Saturday, January 17, 2015

Aktiviti selepas exam sem 5

Assalamualaikum.

wiwiwiwiwiwi. Dah habis exam! tapi hari ni baru nak update blog.
Busy lah katekan? --tak tahulah busy kebendanya lepas exam, tapi sedar-sedar dah berganti hari dah. Cepat betul masa berlalu.

Aku habis final exam 13hb Januari (Selasa). Habis je exam terus makan Ayam Penyet,Dah plan lama dah dengan kengkawan gegirls kite *gegirls tu pronounce gediks sikit* BHAHAHAHA!

Pastu, kitorang gi Carrefour. Sheshoping sikit.



Malamnya, aku sleepover rumah kawan aku layan cerita "Manisnya Cinta Di Cappadocia". Esoknya layan movie lagi kat rumah aku. Part ni special sikit sebab sewa LCD,15LE satu malam. So, aku dengan rajinnya bentang saratoga--amik selimut bantal--Haha. Syiok! Bukan senang nak rasa ruang tamu macam panggung wayang.


Hari ini aku sibuk siapkan perihal journey winter break aku. Aku pergi tukar duit, check email,kemas barang etc..

Haa~ Nak tau aku pergi jalan-jalan ke mana? Jangan lupa nantikan travelogue aku.. Tunggu~~~
*Ayat jet-jet promo sikit. Huhu

Okay, Bye. 

Sunday, January 11, 2015

Giveaway Ole-Ole dari Japan By Ayue Idris


Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)

instagram id : @ayueidris

Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 

P/S: Hari ini ada mood join Giveway. Harap-harap ada rezeki. Amin! ^_^



Friday, January 9, 2015

Restoran 3B (Big.Best.Burger)

Assalamualaikum.

Sebelum ini, ramai aku dengar dah makan dekat restoran ini. Orang ini dah makan, Orang tu dah makan. Tengok kiri kanan. Aku je yang tak pernah makan lagi dekat sini.

So, masa ahli SC (Smart Circle/Usrah) bercadang untuk membuat perjumpaan. Aku dengan excitednya mencadangkan tempat ini. So, selepas sahaja habis satu exam semalam. Kami pun berkumpul di Restoran 3B (Big.Best.Burger) yang kononnya dah jadi famous tahap pelakon Amyra Rosli. (famous tahap biasa)

Cuaca semalam sejuk. Restoran ini terletak di ala bahr (tepi laut) bahagian Camp Caesar. Aku dengan perut lapar baru habis exam, sanggup meredah angin lautan bak taufan semata-mata untuk mencuba restoran ini.



Masuk-masuk je, terus dapat menu (Of courselah kann?). Pastu, kitorang tunggu kawan kitorang, baru nak order.


Aku order yang 3B burger tu. Mentang-mentang, First time makan sini haruslah mencuba menu utama. Kawan aku ada order ape ntah. Tak ingat nama menu dorang. Tapi aku rasa menu yang dorang order tu lagi best dari menu aku. Cett- (Ni part di mana aku rasa menyesal plak excited nak datang sini)

Ini makanan yang kawan aku order. Nampak sedap kan?
"nampak" jelah kann?
     
Ini Menu 3B yang aku order.

Aku ada mention sebelum ini yang aku dah rasa menyesal sebab excited nak datang sini. Bila dah makan lagi rasa---PERGH! Kecewa. Hatiku retak seribu. pshh pshh pshh *bunyi kaca pecah. Hehe. over je.

Tak delah teruk sangat. Aku rasa biasa je. Pasta tu aku rasa macam..... aku masak je lagi sedap. Kikikiki. *Pang sikit.Burger dia pulak--biasa je. Wedges--biasa je. Nak sedapkan hati sebab kecewa dengan expectation yang aku dah letakkan melambung untuk restoran ini. Aku pujuk diri aku, 

"Tak pelah, atleast kau dah try sekali"

So, kami pun bincanglah pasal aktiviti SC kitorang yang dah lama terbengkalai. For Sem ni, baru sekali je session SC kitorang buat. Btw, Kakak SC aku baru balik Malaysia. Kalau ada jumpa, dak houseman kat hospital nama Asma tu--Haa!! entah-entah Kakak SC aku. (tak pasal-pasal kak asma dapat publisiti murahan di blog cebisan aku ni)

Semalam, kitorang dah decide dengan penuh semangat! Yes! *tunjukbicepkiridankanan* . Rancangan untuk Sem depan adalah untuk mengadakan sesi SC dua minggu sekali dan meletakkan nickname for ahli SC Destrezza dengan alasan mengeratkan hubungan. bolehlahh~ Lepastu, kitorang decide budak batch kitorang je jadi ketua SC memandangkan dah besor katenyeee. Dah 3rd year kan? *menangis sebab x sangka dah besorr * 

Pastu, setelah aku meluahkan perasaan pasal aku kecewa dengan restoran ni. Kawan aku pun cakaplah yang restoran ni orang kata best sebab boleh refill air and boleh ambil banyak-banyak menu salad dorang for free. Owh! haa! Lupa nak cakap--restoran ni ada satu bahagian banyak-banyak salad/sayur/jeruk. Pastu, kita boleh ambil banyak-banyaklah. Free je. 

Memandangkan aku ni bukanlah peminat sayur. Jadi, aku tak heranlah kalau dorang bagi selambak sayur for free pun. So, mungkin berita-berita yang aku dengar konon-kononnya best tu peminat sayur kot. Sebab tu dorang rasa best. Lepas tu, memang silap aku pun. Suke benor letak expectation tinggi sangat--pastu,kecewa sendiri. 

Itu je kot. Terima Kasihlah sudi baca aku berceloteh ni.

Thanks For Reading 
Bye :)

Tuesday, January 6, 2015

Ribut Pasir Melanda

Assalamualaikum.

'Desir Pasir Di Padang Tandus, Segersang Pemikiran Hati,
Terkisahku di antara cinta yang rumit'

Beremosikan ayat-ayat cinta pula aku malam ni. Nasib baik aku kongsikan bait-bait lirik ayat-ayat cinta je, bukan nyanyi depan korang. Ada karang, aku kena sepak terajang dek soghe semerdu keldai. Hik Hok Hik Hok.

Kalau kena sepak terajang dek soghe macam keldai mujur lagi. Kalau kena disambar petir, Prenggg! mati kejung aku. Nauzubillah.

Hari ini cuaca sejuk. Angin kuat. Dengar berdentam dentum bunyi angin berlaga di pintu kaca balkoni aku. Tum Tam Tum Tam. Mujur tahun ni aku pakar. Dah pandai kunci pintu balkoni. Kalau tahun lepas, boleh kata berperang jugalah nak tutup pintu. Now, I've got skill. Cehwahh!
Aku ada ceritakan bagaimana aku berperang entri ini.

gigih aku menahan sejuk demi sekeping gambar
Hah. Nampak suasana coklat dan berdebu pemandangan dari balkoni ni. Gambar ini tiada filter. Memang coklat sejak azali. Amacam bagaikan sedang berada di zaman 60-an bukan?

hah. Ini suasana normal. Tengok perubahan warna jek. Bezanya cuma satu aku ambil angle belah kanan (yg gmbr atas). dan satu lagi aku ambil angle belah kiri (gmbr bawah)



Saje je nak share. Sharing is Caring kan? *lirik mata mengada* kikiki. ^_^
Pang! Satu tamparan 3T bagi dekat diri sendiri. Tamparan Toxic Tornado. Sekali lempang timbul satu cop hazard di pipi kanan dan kiri. Tembus..

Thanks for reading.
Ciao!

Egyptian Food: Batotis Bil Beid.

Assalamualaikum.

Perhatian-perhatian!
Makcik, Pak Cik, Suri Rumah, Kakak Adik. Hari ini kamu semua SANGAT-SANGAT beruntung kerana saya akan bagi Idea Sarapan Pagi/ Kudapan yang sangat simple, kenyang dan mudah untuk disediakan.

Kalau sebelum ni aku dah kongsikan tentang Kibdah @ Hati, hari ini kamu semua akan dihidangkan juadah yang sangat special! *bunyi senduk berlaga dengan kuali. Tak sampai Mesir pun boleh cuba makanan ini.

Juadah yang aku ingin kongsikan adalah Batotis Bil Beid ataupun Kentang&Telur.
*kekdahnyalah kan aku berpromosi bagai padahal kentang dan telur je pun. Kehe!


Harga satu hidangan Batotis Bil Beid adalah 4LE=Rm2.

Hidangan ini sangat Simple.

Resipi Batotis Bil Beid

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti Pita (ni kena pandai cari)
  • Telur Mata Kerbau/Lembu
  • Kentang
  • Mayonis
  • Sos Cili/Tomato (Ikut selera sendiri)
  • Sayur (Kot-kot nak tambah)


Cara nak buat:

1) Goreng telur dan kentang
2) Masukkan dalam roti pita
3) Letak Sos
4) Makan!!!

Hidangan ini nampak kecil tapi ia sangat mengenyangkan. Yelah, ada kentang dan roti kan? Tipu tak kenyang. Haaa! Senang kan?

Selamat Mencuba!

Thanks for reading :)

Monday, January 5, 2015

Egyptian Food: Kibdah @ Hati

Assalamualaikum.

Hari ni terdetik hati *tik-bunyihatiberdetik. k, joke hambar. tau-tau. *anguk-anguk
Okay. terdetik hati aku *tik-tik-tik nak kongsikan makanan orang mesir ni.

Korang makan hati tak? Aku memang tak makan hati. Korang fahamkan maksud makan hati aku di sini apa kan? Bukan "Makan Hati" as in peribahasa tau. Makan hati as in.... hmm.. korang fahamlah kann?


Satu keajaiban berlaku dimana, aku ni yang memang bukan jenis makan hati atau mana-mana organ dalaman sukakan Kibdah ni iaitu hati. Hati lembu/kambing aku tak pasti. Lembulah kottttt.


Orang Mesir ni memang mostly makanan dia berasaskan roti. So, kalau kita, orang melayu ni makan  lauk hati bersama nasi. Dorang makan hati @ Kibdah ni dengan roti @ Iish. Aku tak sangka aku boleh makan hati ni. Tapi cara orang mesir ni masak buat aku berubah. Aku dah boleh dah makan hati. YEAHHH! Maybe, sebab cara dorang masak yang buat tekak aku boleh terima kot.

Jangan tanya aku macam mana dorang masak sebab aku sendiri pun tak tahu. hehehe

Kenyang ke tak?
Itu depends kalau korang baca doa makan ke tidak kot. hak hak hak. XD

Harga pun berpatutan je. Satu ni harga 3.5L.E = Rm 1.70 (baru cek currency) 

Okay. Itu je.
Thanks for reading.
Bye :)

Sunday, January 4, 2015

Review Movie: Manisnya Cinta Di Cappadocia

Assalamualaikum.

Haiii!
Dua hari lepas, aku baru tengok cerita Manisnya Cinta Di Cappadocia.
Rate aku bagi dalam 4/5.

Aku suka je cerita macam ini. Cerita yang comel-comel, konflik cerita tak berat. Santai je tengok.
Haa! sebab tulah aku suka cerita Istanbul, Aku Datang! *ok.lari topik.

Barisan pelakon dia pun mantap (walaupun aku rasa lagi best kalau Lisa Surihani yang jadi Main Actress). Even yang jadi pelakon tambahan pun bukan calang-calang orang.


Release Date: 11 Dec 2014
Genre: Comedy/Romance
Running Time: 102 Minutes
Director: Bernard Chauly
Cast: Fazura, Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Fauziah Ahmad Daud,Zaibo, Rafidah Ibrahim....

Trailer


Sinopsis:

Cerita ini mengisahkan tentang Ifti Liyana (Fazura) yang memutuskan hubungannya dengan lelaki pilihan keluarganya Fredo(Josiah Hogan) kerana Fredo telah bersikap curang.

Ifti dan Nizam (Shaheizy Sam) bertemu buat pertama kali ketika Ifti membawa anak-anak saudaranya keluar di Mall. Ifti seorang yang bersifat keibuan dan menjaga anak saudaranya yang telah kehilangan ibu dengan penuh kasih sayang.

Ifti sudi berkenalan dengan Nizam walaupun Nizam memberitahu bahawa dia hanyalah seorang pemandu bas. Pada ifti, harta dan pangkat tidak penting dalam mengecapi kebahagiaan. Bibit-bit percintaan mereka bermula di Turkey (Cappadocia).

Setelah pulang ke Malaysia, Ifti terserempak dengan Nizam bersama seorang wanita dan anak kecil. Ifti kecewa lalu memutuskan hubungannya dengan Nizam tanpa mendengar sebarang alasan.Setelah beberapa ketika, Ifti terserempak lagi dengan lelaki yang sama dan mendapat tahu bahawa lelaki tersebut adalah abang kepada Nizam iaitu Khairil.

Ifti sedar akan kesilapannya. Namun, dia tidak tahu bagaimana hendak menghubungi Nizam untuk meminta maaf. Izzi (Lisa Surihani) sedar akan perubahan kakaknya dan tahu bahawa kakaknya menyesal atas tindakan tersebut.

Pada hari jadi Ifti, Nizam datang membuat kejutan. Dia memberi sebuah kereta sebagai hadiah hari jadi Ifti. Nizam meminta maaf kerana tidak memberitahu Ifti lebih awal bahawa dia adalah seorang Pilot dan bukannya pemandu bas. Rupa-rupanya, Nizam adalah kawan Shahriel (bakal tunang Izzi) yang Izzi sudah cuba untuk memperkenalkan kepada kakaknya. Ifti berterus terang sebab dia marah kepada Nizam dan akhirnya, mereka pun bersama. :)

***

Cerita ini mengingatkan pengalaman aku bercuti di Turkey.
Pada pendapat aku, Turkey memang satu negara yang sangat best untuk melancong. Scenery dia the bomb!!!! Memang lawa yang sampai tak terkata. Rakyat yang peramah dengan pelancong. Sejarah-sejarah islam dia. Awww~ memang rasa nak pergi lagi. Satu tempat yang tak akan rugi kalau jelajah.

and

Kalau rajin, jenguk-jenguklah ^_^ hehe:
Day 1- Turkey, Kami Datang!
Day 2- Cinta Pandang Pertama
Day 3- Bergama
Day 4- Izmir
Day 5- House Of Virgin Mary, Ephesus & Pamukalle
Day 6- Antalya, Kota Salji
Day 7- CAPPADOCIA, Land of beautiful horses
Day 8- Bursa, Pengalaman pertama bermain Ski
Day 9- Antalya, Siapa Kamal Ataturk?
Day 10- Istanbul, Aku kembali!
Day 11- Selamat Tinggal, Turkey!


Saturday, January 3, 2015

Azam 2015

Assalamualaikum.

Hellloooo 2015!!!

Apa azam korang? Nak tau! Nak tauuu!! NAK tauuuu!!! *terkinja-kinja

Aku roughly baru buat Azam 2015.
roughly jelah. Nanti lepas exam, aku specify kan betul-betul.
Baru tulis apa yang aku nak for this year, cuma tak fikir lagi how to get those things.

Sejak habis sekolah ni, Azam tahun baru tak terasa "excited" sangat sebab kelas selalunya start bulan September. Azam "tahun baru" kira akan terAwal. Kalau tidak pun, terLewat sebab Sem baru start bulan Februari.

Kiranya, Azam Sem Baru lagi feel dari Azam tahun baru.

Dulu zaman sekolah, Azam Tahun Baru ni rasa excited sebab tahu masuknya tahun persekolahan yang baru, baju sekolah baru, beg sekolah baru, kasut sekolah baru, pen baru, pemadam baru. Kira dari atas sampai bawah semua baru. So, excitedlah berAzam baru!

Now, semua benda tu buat masa nak masuk Sem baru. Tapi lain pula list shoppingnya.
Gila kau! nak shopping baju sekolah and kasut sekolah.*hah! terkejut beruk korang.



Mestilah, beli barang-barang orang-orang besar pulak sekarang. Cehwah!Kebendalah barang orang besar tu... *merepek je aku ni sebenarnya*

Antaranya,
Dulu cari kasut sekolah, sekarang cari kasut gi kelas. Dah boleh dah usha-usha kasut lawa-lawa.
Dulu cari beg besar belakang, senang nak sumbat barang macam botol air, buku, and segala bagai.
Sekarang cari beg kecik, style handbag.
Dulu, cari tudung sekolah. Sekarang, borong shawl glitter. Eh!
Dulu, takut nak bawa Maggie pergi asrama sebab HARAM!
sekarang 3 Paket Maggie sekali hangkut. <---tu pun untuk 9bulan. Sikit sebenarnya.
Dulu selalu usha notebook comel-comel, sekarang usha Organizer. <--fyi, smpi sekarang x jumpa yg berkenan di hati. So, still stick in buku nota kecik.

So, itulah transition hidup aku.
2015 dah sampai! Umur pun Unofficially, 21 years-old.(officially on Sep 2015). Hopefully, Forever 21. KIKIKI.

Anyways,
nak share this video for u'olls.

How To Keep Up with New Year's Resolution


Hopefully, tahun 2015 ni akan menjadi tahun yang lebih bermakna untuk kita semua.

Enjoy your life!
Be Happy!


Thursday, January 1, 2015

Last Day- Apa yang aku dapat dengan berblog?

Assalamualaikum.

Fuhh. Penat berlari mengejarkan cabaran 30 hari yang sepatutnya habis dalam bulan September 2014. Aku menghabiskan cabaran dalam masa 4 bulan. Memang tidak patut dicontohi ye, kengkawan.

Cabaran untuk hari terakhir adalah untuk aku cerita apa yang aku dapat dengan berblog.

Duit?
Semestinya tidak. Akaun nuffnang aku cuma ada RM11.91 sen je. Tu pun entah tahun bilalah dapat check out. Tapi, tak kisah pun. Kalau bertambah duit, Rezeki.
Kalau tak ada. Tak pelah. Memang tak pernah terfikir untuk jadikan blog sebagai income pun.

Famous?
Oh. Ini sememangnya tidak! Seribu kali tidak. 
Tapi kalau ada, rezeki….. *senyumkambing.
 EH? *hehe.gurau. abaikan

Hobi?
Yes! Blogging is one of my new hobby since 2012. 
Suatu ketika dulu, aku seorang penulis Diary. Kira, tiap-tiap tahun mesti gatal nak beli Diary baru. Lagi-lagi yang comel-comel kann?Ok. Siapa ada Dear Yayah The Diary?
Angguk Kepala ke atas dan ke bawah sekarang!

Hehe. Akulah antara orang yang ada tu. So, after aku start blogging, tanpa aku sedar aku dah kurang menulis Diary. So, nampak sangat  apa yang aku tulis dekat Diary sama dengan apa yang aku tulis dekat blog except the part yang jiwang-jiwang, layan perasaan, aku tak tulislah kat sini. 
Itu private and Confidential kot.

Bahasa ringkasnya nak cakap Blog is my online diary.

Kawan?
Ini sesuatu yang aku tak expect dapat dari blog. Dulu aku fikir, blog ni adalah satu medium dimana hanya satu pihak yang memberi informasi. Aku tak expect akan ada orang yang akan baca dan komen and haaaa *suarasopranosambiltabursprinklewarnawarni. Ada satu dunia yang lain.

Satu dunia dimana semua orang berhubung. *acehwahh!

And tak sangka, aku dapat kawan atau Bahasa omputihnya virtual friends.
Terharu sikitlah, bila aku yang macam blogger biskut ni. Kejap ada, Kejap takde but still ada yang sudi komen dan singgah dekat blog aku.

Antaranya Cik Fafa, Kak Farrah MF, Kak Sally Samsaiman, Kak Farah and mana-mana blogger yang lain. Sejuta terima kasih untuk korang. Lagi-lagi yang pernah bagi aku giveaway, kad raya etc. 
*Cett, ayat dah macam kat atas pentas anugerah bintang popularlah plak.

Bercakap?
Sebenarnya kalau korang betul-betul kenal aku, aku ni memang kuat bercakap dan merepek. So, blogging antara medium dimana aku boleh membebel tanpa mengganggu kawan aku yang entah-entah dah bosan layan aku. Haha.
P/s: Saja tambah isi karangan. EH, Isi blogpost.

So, apa yang korang dapat dengan blogging?

Thanks for Reading and Happy New Year!