Friday, February 1, 2013

Day 1: Turkey, Kami Datang !

Over giler! dalam lif pun dah start amik gambar.

Dimulakan penulisan blog dengan gambar eksaited kitorang untuk travel as backpackers for the first time !

Ok. Start.

Perjalanan kami bermula pada pukul 9 a.m


Naik teksi untuk ke satu tempat bernama Mau'af Gadid. Satu tempat yang boleh diibaratkan sebagai stesyen bas Larkin cuma dia sedikit " maju ". Paham kannn???

Bas kitorang pukul 10.30 pagi. Perjalanan ke Cairo mengambil masa 3 jam. Tetapi, kitorang sampai ke airport pada pukul 4.30 petang. Mungkin sebab kami berlima ambil tiket bas yang menyediakan perkhidmatan terus ke airport dan stesyen2 lain seperti ramsis, and bla..bla..bla. So, practically, dah sampai Cairo pukul 1.03p.m, tapi duduk dalam bas menunggu dan terus menunggu.

Penantian itu satu penyiksaan !
Sampai di airport, kitorang kena tunggu lagi. Tiket flight pukul 9.25p.m So, kitorang relax-relax sahaja. Solat dan mencari makanan untuk mengisi perut yang sudah berbunyi. (skema plak ayat?! diminta abaikan)


antara gambar yang diambil.
VISA

Untuk ke Turkey, kami semua tidak memerlukan Visa sebab memang Malaysian don't need Visa untuk ke Turkey.(FYI) But the problem occured when kitorang tiada visa di Egypt. Maksudnya, Visa kitorang yang dibuat untuk juz tiga bulan tu dah R.I.P (Rest in Peace for Noob). Visa dah R.I.P tapi kitorang tak peace pun. Masalah ni bukan berpunca daripada kitorang for u'olls information. Sesiapa yang lebih mengenali diri dan situasi yang sedang kami semua hadapi dapat fahamlah perasaan kitorang. Malaslahkan nak burukkan negara orang dalam blog ni. Kita pun menumpang jek di sini.

So, kalau diikutkan memang kitorang salah. Jadi kitorang terima dengan redha dan bayar sahaja denda yang dikenakan.Denda=153L.E.

Cinderella's Step Mother Come Real!





Ok. Kalau nampak, that woman yang tengah2 tu. Nama dia aku tak tahu. Asal daripada Iraq. Detik pertemuan dengan kitorang. Sadis giler. Sadis ker? Korang tentukan.

Kitorang jumpa dia dekat airport. Luggage dia banyak giler, entah apa dia buat kat Egypt sampai ada barang sebanyak tu. Dia mintak tolong kitorang pool luggage. So one of us, Umirah, carry luggage dia yang berat tu. I was hesitated, sebab aku ada negative thinking.Yelah, Mana tau dia bawa dadah ke, benda haram ke.. Kite tak taukan. Sebagai perantau di negara orang hendaklah sentiasa mengambil langkah berhati-hati. Kalau dulu rambut sama hitam, hati lain-lain. Sekarang, rambut pun dah warna lain, hati lagilah. So, make sure be careful!

Disebabkan aku berada dekat dengan insan yang baik-baik dan berfikiran positif. Maka, kitorang pun tolonglah dia. 

Pasal dia orang iraq. Kitorang pulak orang melayu. Arab Ammiyah Mesir ,erm,?? *fikir* kiranya dua-dua kurang fasih. Bahasa arab fushahlah yang membantu, tapi ada jugak part yang bagi aku sedikit cengkerik.

"d*78^&6:"":";$#@#$@#$" She said

"hah??" -our reaction

Then, i saw a lot of cute stars at the top of my head. Dush!

Dia ni dari awal aku pandang. Bermasalah. Masalah! *ceyh, sesuka jek judge orang. :P 
Kenapa? there's 3 reason. (ni berdasarkan pandangan akulah, xsuka xyah baca. bye!)

1) Dia dah bawa luggage berbanyak pastu nak complain kena bayar mahal. Dah sah-sahlah luggage dia besaw2.. dua tiga beg. Of Courselah kena bayar. Kira untunglah ada orang nak pool luggage, kalau tak tanggunglah dia sorang-sorang kena bayar duit overweight.

2) Adalah berbual, then dia cakap pasal masalah perkahwinan dia. haiyoo! x pasal2 aku dengar masalah rumahtangga orang. Dush! I hate meeting with this kind of people yang membawa aura negative. Nyah kau dari hidup aku!

3) Dia naik angin bila dapat tau trolley dekat airport Turkey kena bayar. Haiyoo! Kalau dia faham bahasa melayu nak jek aku cakap.

"Masuk kandang kambing mengembek, Masuk kandang kerbau menguak"

and masalahnye dia tak faham bahasa melayu. The End.

footnote: sorry sebab menyebabkan anda semua terbias dengan kisah negative ni. Sila abaikan dan ambil pengajaran sahaja.
Lesson: Banyakkan bersabar :)

Bon Appetit- Turkish airlines


End of Day 1

Nothing much. Juz pergi money changer dan tidur di surau airport. 
Senyum bermakna.
 Kamilah perantau tegar.
:)






1 comment:

  1. wahh.. jeles gilerr. huhu.. byk tempat pegi kan? perantau tegar sungguh.. :)

    ReplyDelete