Labels

Showing posts with label TIPS&TUTORIAL. Show all posts
Showing posts with label TIPS&TUTORIAL. Show all posts

Tuesday, January 6, 2015

Egyptian Food: Batotis Bil Beid.

Assalamualaikum.

Perhatian-perhatian!
Makcik, Pak Cik, Suri Rumah, Kakak Adik. Hari ini kamu semua SANGAT-SANGAT beruntung kerana saya akan bagi Idea Sarapan Pagi/ Kudapan yang sangat simple, kenyang dan mudah untuk disediakan.

Kalau sebelum ni aku dah kongsikan tentang Kibdah @ Hati, hari ini kamu semua akan dihidangkan juadah yang sangat special! *bunyi senduk berlaga dengan kuali. Tak sampai Mesir pun boleh cuba makanan ini.

Juadah yang aku ingin kongsikan adalah Batotis Bil Beid ataupun Kentang&Telur.
*kekdahnyalah kan aku berpromosi bagai padahal kentang dan telur je pun. Kehe!


Harga satu hidangan Batotis Bil Beid adalah 4LE=Rm2.

Hidangan ini sangat Simple.

Resipi Batotis Bil Beid

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti Pita (ni kena pandai cari)
  • Telur Mata Kerbau/Lembu
  • Kentang
  • Mayonis
  • Sos Cili/Tomato (Ikut selera sendiri)
  • Sayur (Kot-kot nak tambah)


Cara nak buat:

1) Goreng telur dan kentang
2) Masukkan dalam roti pita
3) Letak Sos
4) Makan!!!

Hidangan ini nampak kecil tapi ia sangat mengenyangkan. Yelah, ada kentang dan roti kan? Tipu tak kenyang. Haaa! Senang kan?

Selamat Mencuba!

Thanks for reading :)

Sunday, November 2, 2014

Day 19: Resipi Kegemaran Saya!

Assalamualaikum.


Hari ni aku nak share resipi kegemaran aku. Resipi kegemaran aku adalah Resipi Kejayaan.

Kikkrek krekk hekkk...*bunyiradiorosak*

k, gurau-gurau. Resipi Kegemaran aku adalah:

Jeng. Jeng. Jeng.

Kuih Donut

Bahan-Bahan

1) Tepung Gandum
2) Yis
3) Mentega
4) Susu Pekat Manis
5) Gula Pasir
6) Telur

Cara-Cara

1) Masukkan Yis dalam 1 Cawan Air Suam. Tunggu Sebentar.
2) Campurkan Tepung Gandum, Mentega yang sudah dicairkan, Susu Pekat manis, Gula yang sudah dilarut, dan telur.-----> Gaul
3) Campurkan dengan 1 Cawan air suam + Yis. 
4) Kalau adunan, lembik = Tambah tepung
    Kalau adunan, Kering = Tambah air.
5) Balut mangkuk yang berisi doh dengan kain basah dan tunggu dalam 40 minit sehingga adunan betul-betul kembang. 
6) Uli adunan tersebut dan goreng. 
7) Tabur gula pasir yang sudah dikisar ke atas donut. Siap!

Ini resipi kegemaran aku sebab Donut ni sedap and aku memang suka-suka-suka giler donut. Plus, aku rasa dia mudah untuk dibuat. haa! yang bahagian kat atas tu tak ade sukatan sebab aku rasa boleh kot main agak-agak ikut sesedap rasa. hehe.

sumber: google





Monday, April 14, 2014

7 Effective Ways To Keep Your Memories Alive

Assalamualaikum.

Just nak share articles yang baru aku baca. About ways to keep our memories alive. Not gonna explain all those tips, just points and pictures. Enjoy! More Details, just click the link. :)

7 Effective Ways To Keep Your Memories Alive

1) Capture The Moment



2) Save Photos



3) Write Them Down


4) Keep A Memory Box


5) Reminisce with friends

6) Update Your Social Media


7) Live in the moments


Sunday, January 26, 2014

5 Tips Memelihara Kucing

Assalamualaikum.

Haiii semua :))
Masih ingat tak pasal Ateh, the ninja?

Hari ni aku nak share pengalaman/tips yg aku dapat after aku dah housemate membela Ateh


1) Be Realistic


Bagai gelas kau hempaskan dekat lantai. Macam gitu lah juga perasaan aku bila Ateh wujud dalam kehidupan aku. Eh, bukan macam gelas,tapi macam lampu chandelier dekat hotel 5 bintang jatuh menjunam merentasi 3 aras.

Perwh, Nasib baik aku ni sleeping partner je dalam membela kucing. Meaning, Aku hanya share kos membeli makanan//pasir//sangkar// and etc dengan seorang lagi housemate aku. So, potty training+bagi makanan+buang pasir, tidak termasuk dalam kerja aku. Nop.*geleng2*

Haa~ ini yang aku maksudkan Be Realistic. Jangan jadi Sang Mimpi macam aku.
sebab banyak sangat aspek yang perlu kita fikir sebelum memelihara kucing.

2) Bajet


Ni yang macam aku cakap tadi. Duit makanan//Pasir//Sangkar//mainan(klu ade) and etc.
Analisis dulu bajet bulanan korang macam mana? Then,Tanya pada diri sendiri. boleh ataupun tidak?



3) Tanggungjawab 

Ini sangat penting. Ini yang baru aku tersedar dari mimpi macam baru kena lempang dengan gergasi.
Kucing ni banyak ragam. Makanan dia. Najis dia. Perangai dia. and banyak lagi. Melalui pemerhatian aku. Kalau kita tak cukup kuat, memang terbengkalailah semua benda sebab menjaga kucing bukannya ibarat kau simpan barang permainan tapi kau memelihara satu benda hidup.

4) No Pain No Gain


Macam mana kau nak bela kucing kalau kau takut kena gigit dan kena cakar?
Haa! Jangan bela kalau kau takut,, sebab dengan berbekalkan minat kau pada kecomelan kucing sahaja tidak cukup.
and memang wajib kau akan kena cakar or gigit if dah bela kucing.

5) Allergic.


Ok. Ini penting. Sebelum bela kucing or any haiwan peliharaan,
Pastikan kau sendiri tak allergic/housemate kau x allergic/adik/kakak/mak/ayah tak allergic// jiran sebelah lantak piiii dia allergic ke tak!//.

Macam aku, aku rasa aku x boleh sangat dengan bulu kucing, So, Bilik aku adalah kawasan larangan bagi Ateh. Actually, aku bagi je masuk, cuma jarang...and aku memang tak akan bagi dia naik atas katil.
Jangan sebab nak bela kucing, kesihatan orang sekeliling terjejas and lagi satu, jadilah rajin+pembersih kalau nak bela kucing. :)




So, Ini sebenarnya sedikit sebanyak pengalaman aku. Harap dapat membantu korang yang memang teringin nak bela kucing atau apa-apa pun haiwan peliharaan.
Alhamdulillah, Ateh, Aku dan Housemate gembira bersama. Nasib baik housemate aku ni memang pandai jaga kucing. So, tak adelah bau kucing/najis.

Semestinya, memang best bela kucing sebab tak adalah bosan dalam kehidupan seharian, ada banyak ragam yang kita boleh tengok. Tak adalah sepanjang masa bergosip benda tak berfaedah je. Eh? Ouch.


Saturday, October 12, 2013

Tutorial : Letak section categories di bahagian atas blog.

Assalamualaikum.

Tutorial ni for newbies macam aku. sekian.
#Sorry kalau gambar memberatkan laptop korang. Aku memang sengaja suroh laptop korang angkat berat. ehh?

So newbies, this is for you. :)

nak macam nii??

1) Firstly, pergi layout and click add a gadget.

Heee. Gurau.


2) Pilih Labels and letak di bahagian atas.


3) Like this. Sebenarnya, korang boleh je tukar setting2 tu.. ikut kesesuaian korang. 

4) Pergi dekat Posts and edit.


5) Click labels.


6) Tulis section yang korang nak and then save. Eg: Home, About Me, Health, Segmen and bla-bla-bla, ikut kreativiti.

7) Finally, korang view blog. InsyaAllah jadi.

and untuk touch-up ,

Korang boleh ke layout---> template designer ----> advanced -----> Tabs text/Tabs background.


Selamat mencuba :)




Wednesday, October 9, 2013

Apa nak buat lepas PMR?

Assalamualaikum


Entry kali ni ditujukan khas kepada adik-adik yang baru sahaja habis menjawab PMR. Mesti korang tersengeh-sengeh baca kann? mentang2 exaaaam dahh habiiiiis.......kaaannnn?


Okay. Dekat sini, Akak nak tanya? Apa yang korang nak buat lepas ni? jawapan korang mesti enjoy kaaan?? yelah, cuti hampir 3bulan. Nak pulakk, dah perah otak selama ni. Mesti nak enjoy!

Nak enjoy tak salah dik, tapi pastikan selama korang bercuti sakan ni, korang buat benda yang berfaedah. Atur percutian korang tu. So that, naik je form4. Korang boleh kata pada diri korang :
"Yes, Cuti Aku Penuh Bermakna!"

takdelah mengeluh. Lepas tu, cakap:
"Alaa, dah nak sekolah dah?!!"

Ceh, cuti akak pun tak beberapa nak terurus sebenarnya. hiks ^_^

Ok, dekat sini akak ada beberapa suggestion untuk korang buat semasa cuti ni. First, Take a deep breath. 
Lepaskan semuanya. Hah! *giggles*

1) Make-the-list

Hah. Ini tujuan yang akak suruh korang breathe in tadi. Supaya korang boleh fikir tenang-tenang dengan bekalan oksigen tadi. Now, fikir dengan teliti. Dalam masa 3bulan, apa yang korang nak buat? "Hutang" apa yang korang nak bayar lepas habis exam? Tengok running man? habiskan movie korea? Tidur?? 


Jangan risau. Semua akan terbayar! Tapi agak-agaklah, takkan korang nak tidur sepanjang 3bulan kot.. itu berhibernasi namanya ataupun takkan korang nak tengok running man je. Gila nanti.

Ok. Fikir masak-masak and make-a-list. Sekarang simpan list tu. Korang kena berjanji pada diri korang yang sebelum 3 bulan, list tu mesti dah siap tick. 

2) Kemas nota.

Ye, akak tau yang korang dah habis exam. Officially, you're not connected to those notes. Tapi, ingatlah maybe notes2 korang tu berguna untuk adik-adik korang, tak pun jiran-jiran korang. Kemas! Yang mana berguna, sedekah je. Mana tahu, sedekah amal jariah yang korang buat ni dapat bantu result exam korang, kalau tidak pun, masa dah mati nanti perlu.



Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya "(Hadis Riwaya Ibnu Majah).



3) Hobby
Hah! Mengikut Mr. Wiki - hobby is a regular activity that is done for pleasure, typically, during one's leisure time. Dah trangtangtang cuti, memang byk leisure time. So, spend time doing your hobbies. Tak kiralah, membaca ke, main basikal ke, nak belajar main muzik ke... macam-macamlah or.........

you also can find a new hobbies, contohnya main puzzle ke? Mana tau, dulu tak pernah jadi satu pun,, bila dah cuti.. Berbingkai-bingkai puzzle korang dapat.

4) Networking system
Kau jangan pulak pikir akak tengah cakap pasal line internet ataupun komputer ea? Ini about relationship. Bukan DATING/COUPLE or such things. Ini pasal korang luaskan rangkaian persahabatan korang. Yelah, mana tau, sebelum PMR korang dok baca buku je. Sibuk memanjang. Budak sebelah kelas pun korang tak kenal. Hah! inilah masanya korang nak tambah kawan. Cuba tegur-menegur dengan budak kelas lain, mana tau korang satu kelas pulak tahun depan. kan senaangg? Tapi, kalau akak tau korang dating, akak rotan!!!



5) Find your passion

Akak kata korang penipu kalau tak bukak internet! Nie blogging bolehhh? Dah alang-alang buka internet tu, cari Passion korang. Matangkan pemikiran. Pilih cita-cita korang (seriously) and cari extra info pasal bidang yang korang nak ceburi. Korang perlu masuk aliran apa untuk capai cita-cita korang tu? Sains tulen ke? Sains Teknikal ke? Sastera ke? Berapa peratus rakyat Malaysia dah ceburi bidang tu? Macam-macam soalanlah. Google jek. Tengok Pros and Cons. Lepas tu, Determined! Whatever it is, the goal is set!

Mesti ada yang cakap, it's too early and plus, we never know what'll happen next. Yes. Akak akui. No one knows what'll happen next but it's better to prepare right?

6)                                                                 "Alaaa, boringlah." 
"Tak tahu nak buat apa!"
"SUMPAH BORING!"

Hah, ini frasa-frasa yang selalu kita ucapkan bila dah nak masuk minggu ke-2 cuti. Hah! sebab tulah akak suruh korang buat list. Masa saat-saat macam ginilah korang pergi tengok list korang balik and buat yang mana belum ditick kan lagi. Kalau kata bosan lagi, nak pelempang jepun namanya.

Haha. gurau. k?

So, whatever it is. Have a nice vacation.
You deserve it!




Cara mudah buat header blog

Assalamualaikum.

Kalau ada yang perasan. Aku dah ada header blog. Yeay! Memang tak sangka aku akan ada header sebab sebelum ni aku memang betul2 tak tahu cara nak buat header. Pernah juga sekali dua cuba, tapi buruk.

and now dah menjadi sebab aku dah jumpa cara mudah. Hip Hip HOORAY!
nak tau macammane?

Go visit picmonkey

1) Pilih create a collage


2) Pilih layout and duck in a row. Pilih yang 3 kotak.


3) Then, save as blank. Benda ni korang akan guna for template header korang nanti.


4) Then, Patah balik at first page--> picmonkey. Tapi this time, korang pilih Edit a Photo.



5) Bukak balik file yang korang dah save tadi.


Then, korang boleh gunakan kreativiti korang untuk buat header atas collage yang korang dah save tadi.

6) and SAVE


7) Untuk size, aku suggest 900xpix X 300pix. Tp, size ni korang boleh try and error untuk dptkan the best for your blog.



So, amacam? Senang kan? sekarang go and TRY!

Sunday, October 6, 2013

Basic that girls should know

Assalamualaikum.

Baru-baru ni baru aku belajar cara menjaga kulit dengan betul. Itupun, setelah aku melihat video yang aku nak sharekan dengan korang ni. Aku rasa video ni memang bagus untuk perempuan yang baru nak belajar cara-cara menjaga kulit especially to teenager.


To those yang tak tengok video tu, ni sum up for korang.

Asas Penjagaan Muka

1) Pencuci Muka
-Membersihkan muka dari kotoran

2) Toner
- Bertindak sebagai pembersih kedua
- Penyegar wajah
- Mengecilkan pori-pori
- Membantu penyerapan

3) Serum
- Memberi nutrisi tambahan pada kulit

4) Pelembab/ Moisturizer
- Melembabkan kulit
- Menghalang dari sinaran UV

5) BB cream
- Asas penutup wajah

      Setakat ni, aku baru belajar pakai toner. Step no. 3 and no.5 aku tak buat. Aku rasa memang bagus kalau kita betul-betul ikut step ni. Cehwah, sebab selama ni aku cuci muka je, moisturizer pun kadang-kadang je pakai. Bila aku try je buat step 1,2,4 and aku dapat rasa perubahan yang positif. Aku rasa aku patut buat entry ni. Ihiks.

Btw, aku pernah try pakai BB cream bila nak keluar and okaylah. Memang kulit nampak lagi segar and natural. Tak berat sangat macam pakai make-up and tak juga nampak kusam. "So-So" lah.

So, Bagi adik-adik yang baru nak melangkah alam remaja. Maybe, this post will be a quick step for you to learn.

# Banyak lagi fungsi no.1-5, utk info lebih: Google sendiri ea. hehe. Aku letak yang penting je :)





Saturday, July 20, 2013

Sushi Kaki te' jadiosh

AnijualSayo  *tundukkepala*

Dengan kuasa kimono yang ada di jari jemari aku ni, ingin aku ucapkan 

"Sheng Sheng"

"Ceng, ceng, ceng"

*Bunyi pedang berselisih*

Assamualaikum.

Kalau siapa yang pandai lagi bijaksana, mesti dah tau apa yang aku nak sampaikan. Hari ni aku nak cerita pasal Sushi. Jangan korang harapkan aku nak buat giveaway belanja tiket sushi king ke ape. Hari ini aku just nak story mory kisah aku membuat sushi.

Ini first time aku nak buat Sushi. Omputih kata first attempt. Dulu masa kecik2 dulu, aku fikir susah buat sushi ni tapi bile dah tau caranya, Hah! Senang Jek! Kacang Goreng!

Sini. Meh aku sharekan...

Tutorial  *bajet jek aku ni* Teruskan Membaca :) Siapa yang nak tutorial betul punya, sila klik sini .

Step 1: 

Masak Nasi. Kemudian campurkan nasi tu, dengan cuka, garam dan gula. Biar Sesedap rasa.
Tapi kalau rasa, hari tu,sedih jek.Muka monyok jek. Assignment kena tolak ke..? Kena marah dengan bos ke..? Bolehlah tambah cuka tu lebih sikit. So, kalau ada orang tanya

"Asal Masam Mencuka je ni?"

tanpa perlu menyatakan sebab yang sebenar. Bolehlah anda selamba badak jawab.

"Memang lebih cuka pun"


Ok Next.
 Beras ni korang kena beli beras jepun. Kena guna nasi yang banyak kanji. But for me, Aku guna beras arab jek. Dah standby bawa dari mesir. 

Step 2:

Bentang Seaweed di tikar sushi.


Aku masa buat ni memang ikut watak betul. Elok2 jek aku bentangkan. Ibarat perempuan melayu terakhir gituwh. Membentangkan tikar lah katakan? cehwah. Haha. Nak-nak tengah tengok cerita Kampung Girl. Terinfluencelah jugak dengan tajuk cerita tu. HikHikHik. :) Lagipun,Nampak Kemas kan aku bentang seaweed tu? 

Step 3:

Sapu Mayonaise di atas Seaweed.


Time ni, aku dah start rasa disaster. Dah rasa macam tsunami kat atas kepala dah. Kerja yang aku buat, tak pernah nampak kemas. Sampai sapu mayonnaise pun, aku rasa serabai. Hilang dah watak perempuan melayu terakhir tu. Hmm..

Step 4:

Susun Nasi, Crab Meat, Timun and Tuna di atas seaweed.


Disaster kan? Tak lawa betul aku susun. Tapi tak pe, Aku ni positive thinking orangnye.

" There's always a chance"

Step 5:

Gulung.

gambar jek nampak lawa ni. Tp lakonan semata-mata

Step 6:

Potong kecik untuk dihidangkan.

Step 6 tak de gambar sebab gambar dia sadis. Tapi tak pe, At least kita belajar something which is

"Don't Judge the Book By It's Cover"

P/S: Siapa yang tak tahu tikar shushi ada jual kat mane, aku cadangkan cari kat jusco jek. RM4.90 jek. and aku punya sushi. sedap; cuma rupa je cacat sikit. Hehe. *siapa lagi nak puji kan,, kalau bukan diri sendiri?"





Wednesday, November 14, 2012

Carrefour

Yo..yo... wassap..wassap..

    Over giler korang tajuk carrefour pun klik nak bace..!! giler stalker ! ahaks! hajjar perasan ade orang stalk blog dier.. k shut up!

    Hari ni 14 November 2012. It means dah masuk due bulan dah aku dekat mesir. So, duit pun masuk untuk bulan yang ke dua. hehe. Hari ni aku nak tulis entri macam mane aku menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi... (Erk, sesuai ke?). Secara ringkasnya, aku nak tulis pasal perbelanjaan bulanan aku.

   Tiap-tiap bulan, setelah elaun masuk , aku dah berazam pada diri aku yang sebulan hanya sekali jek aku keluar beli barang-barang keperluan. Jadi, tempat di alex yang sesuai untuk aku membelanjakan duit aku sekali gus adalah Alexandria City Center. hehehe *sengih.

Inilah carrefour mesir

   Gambar kat atas tulah carrefour mesir. Dia hanya ada satu tingkat tapi memanjang. Aku target 400 L.E jek untuk dihabiskan di carrefour ni. Tiap2 bulan. Insya-Allah 400L.E jek. Maksudnya,aku memang beli semua barang keperluan aku di sini sekaligus.

Ini target belanjawan november 2012 aku:
Barang-barang keperluan (makanan, sabun etc): 200 L.E
Broadband: 150 L.E
Topup Etisalat: 50 L.E

   
   Nak dijadikan cerita, punyelah aku heksaited terlebih nak buat bajet bulan baru, nak jadi orang yang terorganized merancang perbelanjaan, nak jadi mahasiswi pandai berbelanja.. boleh pulekk xde teksi xnak angkut kitorang pergi carrefour... dekat setengah jam nak tahan teksi.. nasib baiklah last sekali jumpe jugak teksi yang nak angkut kitorang.

   Sampai jek carrefour, aku dgn kawan aku terus jek pergi bayar broadband and terus cari barang keperluan sendiri and lastly,tadaa~~

Resit belanja barang keperluan di carrefour
  haha. tetibe tadaa~ dah sampai umah.(erk, +-=" asrama okayh, ko tu baru budak 1st year.xde umah lg..ingat hajjar! ingat!) .

   Aku belanja 164.74L.E untuk barang keperluan. Still under budjet. Yess!!

Barang2 keperluan :)
and itulah barang2 yang aku beli.

TIPS PERBELANJAAN AKU:

1. Tulis duit keluar-masuk setiap bulan.
Dengan cara tulis, at the end of the month, korang boleh teliti and semak balik benda ape yang korang dah belanja and mana duit-duit yang korang dah belanjakan. So, korang boleh tanye kat diri sendiri masa hujung bulan mane duit2 korang pergi.. xdelah duit tu hilang tanpa arah tuju.

2. Be the mastermind!
Hehe. Duit anda hak anda! Rancang perbelanjaan setiap bulan. Bajetkan berapa yang perlu digunakan setiap bulan. Be discipline! Jangan lebih bajet. Well, as student, gunekan duit sebetulnya. Kite belum ade gaji pun nak berjimba-jimba. So, simpan untuk keperluan!

3. Simpan Resit
erk? ni aku tak buat sangat. kengkadang jek. hmm... actually, buat. Tapi... untuk bayaran yang besar2 jek seperti carrefour, broadband, ...tu jek kot. hehe. ni penting gak. At least, korang ade bukti yang korang dah belanja ape..dah bayar ape.. so, penting.penting.penting.....laa kot.. #xley pakai tips aku ni.

4. Simpan duit syiling
Ni kegemaran aku. Atas sebab yang aku ni suka melihat duit syiling. so, ini tabiat yang aku suka. Setiap kali dapat duit syiling. At the end of the day, aku akan letak dalam tabung. So, tanpa kita sedari kita akan dapat juga simpan some amount of money. Bak kata pepatah: sikit-sikit lama2 jadi bukit.

5. Keperluan @ kehendak
Ni ayat yang aku pegang time shopping. Keperluan atau kehendak? Beli jek ape yang perlu. Yang x perlu, XYAH BELI! HAH! garang ak?!! hehe.
don't worry, aku pun manusia gak.. ada kehendak and sebab tulah diwujudkan tips no.4, barang2 kehendak semua amik dari duit syiling @ bagi siapa yang pemalas untuk menyimpan duit yang berat-kira amik jek dari duit lebih elaun korang. kan senang citer! heh! -_-"

#bajet-bajet jugak tapi xyah seksa diri xnak makan sebab nak simpan duit. then, jangan lupe untuk sedekah. bahasa sinisnye: janganlah kedekut sangat yerrkkk.. eheh. :P
Lastly,
Selamat berbelanja bagi siapa yang baru merancang perbelanjaan sendiri. (^_^)