Tuesday, January 6, 2015

Egyptian Food: Batotis Bil Beid.

Assalamualaikum.

Perhatian-perhatian!
Makcik, Pak Cik, Suri Rumah, Kakak Adik. Hari ini kamu semua SANGAT-SANGAT beruntung kerana saya akan bagi Idea Sarapan Pagi/ Kudapan yang sangat simple, kenyang dan mudah untuk disediakan.

Kalau sebelum ni aku dah kongsikan tentang Kibdah @ Hati, hari ini kamu semua akan dihidangkan juadah yang sangat special! *bunyi senduk berlaga dengan kuali. Tak sampai Mesir pun boleh cuba makanan ini.

Juadah yang aku ingin kongsikan adalah Batotis Bil Beid ataupun Kentang&Telur.
*kekdahnyalah kan aku berpromosi bagai padahal kentang dan telur je pun. Kehe!


Harga satu hidangan Batotis Bil Beid adalah 4LE=Rm2.

Hidangan ini sangat Simple.

Resipi Batotis Bil Beid

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Roti Pita (ni kena pandai cari)
  • Telur Mata Kerbau/Lembu
  • Kentang
  • Mayonis
  • Sos Cili/Tomato (Ikut selera sendiri)
  • Sayur (Kot-kot nak tambah)


Cara nak buat:

1) Goreng telur dan kentang
2) Masukkan dalam roti pita
3) Letak Sos
4) Makan!!!

Hidangan ini nampak kecil tapi ia sangat mengenyangkan. Yelah, ada kentang dan roti kan? Tipu tak kenyang. Haaa! Senang kan?

Selamat Mencuba!

Thanks for reading :)

7 comments:

  1. Roti pita tu sukar sikit nak dpt hihi

    ReplyDelete
  2. Macam menarik je nih.leh cuba nih

    ReplyDelete
  3. bookmark duluuu ler.. roti pita tu macam roti burger eak kak? xD sy memang suka makanan yang simple simple and kering kering.. kenyang pun kenyang.. hehehe

    ReplyDelete
  4. resepi baru ni, nak try le jugak :D harga yg dijual kat sana pun kita reasonable dah tu :)

    ReplyDelete
  5. ini nk makan mlm pun boleh ni. hehehehe

    ReplyDelete
  6. amboi sedapnya...buat makan malam ni..tmbh air milo..fuh..

    ReplyDelete