Monday, October 29, 2012

Cambodia

WOI! WOI! WOI!
Haha, bapowk kejam panggil macam tu. ahaks!

Well, entri kali ni aku nak bawak korang menjelajah sama dengan aku ke Cambodia and actually menjelajah masa jugak sebab aku pergi sana tahun lepas (Mac 2011). DAN memang BanyakBANYAK giler aku dah lupa tapi aku tetap nak tulis dalam blog gak sebab nak simpan gak pengalaman aku. ngehehehe

Posing jap sebelum naik flight. ngeh. muke ayu.
   Mesti korang tertanya-tanyakan ape benda alah yang aku bawa tu? berkotak2 bagai. Macam nak tinggalkan Malaysia teghus dahh. Heh! Biar aku jawab persoalan yang berlegar-legar dalam kepala otak korang tu. *karang x jawab berkulat pulekk.. huhu. Memandangkan aku pergi sana tahun lepas dan tahun lepas tu adalah tahun dimana aku calon SPM, ini bermakna aku pergi under lawatan sekolah. Maka termaktublah di situ yang sebab aku pergi adalah atas MISI BANTUAN KEMANUSIAAN. (Skemanye sebab...budak sekollaaa~)

   Sebenarnya, lawatan ni buat ke dua negara: Cambodia and Vietnam tapi aku tulis pasal Cambodia jek untuk entri kali ni biar kemas, teratur dan tersusun. CeyhWAH!! 

   Dalam kotak2 tu, ada pakaian dan barang2 terpakai yang kitorang nak sedekahkan dekat umat islam kat sana. Selain tu, kitorang gak ada kumpul duit untuk buat korban kat sana. Kitorang pergi sana 7 hari kalau x silap. 4hari:Cambodia 3hari: Vietnam. Bayaran aku kena RM3000++ *aku lupe exact amount. Kalau nak kirakan memang murah gak ar sebab separuh lagi sekolah bayarkan. YAHOO!!! aku sayang SESERI! <----Promote sekolah! Perbelanjaan dekat sana aka duit poket PA&MA company support.

   Sampai jek dekat sana, kitorang jumpa tourist guide kitorang*bapokhensemdaharretickpmelayu(orgcambodia). Pastu, kitorang terus pergi dibawa naik boat(tasik tonle sap) ke perkampungan orang islam kat sana. Kat sana kitorang jalankan misi kitorang dan semestinya kitorang pun makan.

Bagi ikan posing dulu sebelum dia kena makan! eheks!

Kawan aku yang baik:fed nama dia. Nak berkenalan dengan dia: sila cari di FB sendiri


Yang tengah bagi gule2 tu: ketua warden aku. Maaf sudah berpunya!
     Kitorang banyak melawat kampung2 kat sana untuk hulurkan bantuan. Memang menyayat hati gak ar. Sob..Sob T_T. Ingatlah bahawa kita kat malaysia memang beruntung sangat. Kita still cukup makan,,cukup pakai. Bersyukurlah. Pandulah dengan cermat! *erk?? K. Salah iklan. Ingatlah orang yang memerlukan. HAH! baru betul. 

gambar kat salah satu tempat perlancongan*taktahunamaape

K. Out part sedih. Gambar atas tu aku amik dekat mana hentah. aku pun dah lupa. Tapi yang pasti tempat ni    macam taman and actually dalam dia ada kilang buat kain sutera. nampaklah macam mane ulat tu diproses untuk buat benang. YUcks!

Warga seseri photoshoot!

Lupe nak cakap yang balik dari kampung tu; kitorang singgah tempat bela buaya. K, ni bapok gilerr segham!! kalau dekat Msia, kita punya jaga keselamatan pasal dia buaya dan buaya makan MANUSIA tapi dekat sini.. selamba badak dinesor zaman batu jek dia bela. Kalau terlepas  buaya2 ni: MaMpuiih laa jawabnye.

Posing budak sekolah. hehe
   Kitorang g gak angkor wat; Ni gambar waktu pagi; yang konon2nye nak tengok sunrise.


  Ni gambar petang; yang konon2nye nak tengok sunset. 

   Due angkor wat yang tengok sunset dengan sunrise ni berbeza tau. Yang Sunrise tu angkor wat yang besar tu. Yang sunset tu, taktau yang mana satu. Tapi yang pastinye yang sunset tu, kena daki bukit and amatlah penat and bila dah sampai atas bukit, kenalah panjat monumen tu kalau nak amik gambar. Nampak  tak gambar sunset tu muke penat. NAMPAK TAK?!!!
  Actually, ade lagi tempat2 yang kitorang pergi seperti tempat shopping *I hate shopping dann tempat2 lain. Tapi pasal gambak takda. ingatan pun hat dah nak sampai zaman ketughunan melayu melaka. hat dah lapok gilo. Memang dah lupolah suma benda. 

  Ghasanya hat sampai sini jeklah kot coretan hati hamba. hampo suma tunggu part Vietnam pula ya. X habeih cito lagi ni.

 

   

No comments:

Post a Comment