Assalamualaikum,
Setelah kakiku menapak dari satu tanah turkey ke satu tanah yang lain. Akhirnya, aku kembali ke kota Istanbul. Banyak daerah negara seribu kubah ini telah aku jejaki. Bermacam- ragam manusia telah aku jumpa. Walaupun tidak semua yang aku ceritakan di blog ini, tetapi sudah cukup untuk menjadi salah satu pengalaman yang berharga untuk diri aku.
Istanbul. Kota yang paling aku gemari antara semua daerah yang sudah aku jejaki. Sebab?
sebabnya adalah kerana ia kota yang penuh warna warni dan mungkin kerana di situnya terletak masjid biru.
Setelah bertolak dari Antalya, Kami sampai di Istanbul ketika subuh. Sejuk. Itu sahaja yang dapat aku gambarkan pada pagi itu.
*senyum nampak gigi dua batang*
Di hadapan Topkapi Palace. P/S: Kami tiada kena mengena dengan lelaki tersebut. Klik untuk lihat dengan lebih jelas. |
Pada mulanya, kami tidak mengenal pasti tempat tersebut kerana pada pertama kali kami sampai di Stesyen bas Istanbul,suasana stesyen bas tidak seperti itu.Pelik.
Kami meneruskan perjalanan dalam keadaan yang sejuk dan gelap itu. Setelah keluar dari perkarangan parking lot bas, baru kami sedar bahawa kami berada di tempat lain. Kami segera mencari surau untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Solat subuh harus ditunaikan.
Setelah hari sudah cerah, Kami ke Sultanahmet Square untuk ke hotel yang sudah kami booking pada hari pertama kami sampai di tanah istanbul ini. Setelah selesai menyiapkan diri, kami berkunjung ke topkapi palace.Kami ke Topkapi Palace hanya dengan berjalan kaki. Almaklumlah, dari sultanahmet square nak ke Topkapi tu bukannya jauh mana.
Topkapi Palace
Alhamdulillah, Aku suka dengan Topkapi Palace ni. Nak tau kenapa? Sebab disinilah terletaknya tinggalan Nabi Muhammad S.A.W. Janggut beliau, tapak kaki beliau, even gigi beliau di simpan di Topkapi Palace tersebut. Macam-macam yang ada disini. Pedang 4 khalifah khulafa' ar-rasyidin pun ada di sini. Aku bersyukur kerana dikurniakan peluang untuk melawat tempat sebegini.
Dalam perkarangan Topkapi Palace. |
Setelah hari sudah cerah, Kami ke Sultanahmet Square untuk ke hotel yang sudah kami booking pada hari pertama kami sampai di tanah istanbul ini. Setelah selesai menyiapkan diri, kami berkunjung ke topkapi palace.Kami ke Topkapi Palace hanya dengan berjalan kaki. Almaklumlah, dari sultanahmet square nak ke Topkapi tu bukannya jauh mana.
Tempat untuk berteduh. |
Topkapi Palace
Alhamdulillah, Aku suka dengan Topkapi Palace ni. Nak tau kenapa? Sebab disinilah terletaknya tinggalan Nabi Muhammad S.A.W. Janggut beliau, tapak kaki beliau, even gigi beliau di simpan di Topkapi Palace tersebut. Macam-macam yang ada disini. Pedang 4 khalifah khulafa' ar-rasyidin pun ada di sini. Aku bersyukur kerana dikurniakan peluang untuk melawat tempat sebegini.
Kami meneruskan hari kami dengan berjalan-jalan di sekitar Sultanahmet Square sambil jalan-jalan cari makan and lastly, we decided to eat at this restaurant.
setelah kenyang, apa lagi?
balik hotel dan tidurlah.
ohhh teringat cerita lisa dgn tomok. ngee
ReplyDelete