Tuesday, October 8, 2013

Apa Kelebihan Bermain Muzik???

Assalamualaikum.

"Jeng Jeng Jeng"

Tup.Tup. Penyanyi dari youtube keluar. Yuna, Najwa Latif, Ainan Tasneem, dan ramai lagilah. 

"Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang..." 

Jalan-jalan tepi kotaraya, tengok-tengok Busker dah berlambak. 

Oh Haa!! Tak lupa juga yang ada dekat youtube. Tengok kiri, kanan, atas, bawah, Rupanya ramai juga rakyat Malaysia yang berbakat dalam bidang muzik. Tapi persoalan aku pada kali ini, adakah semua tahu kelebihan bermain muzik ni?
So, kali ni aku nak share dengan korang Apa Kelebihan Bermain Muzik?


1) Merangsang Pertumbuhan Otak
- Kajian menunjukkan muzik dapat membantu perkembangan otak terutamanya otak kiri yang berfungsi sebagai intelligent quotient. 




2) Self-expression and Confident
- Muzik juga dikatakan dapat membantu kita mengekspresikan diri dan dapat meningkatkan keyakinan diri. Apabila bermain muzik, kita dapat membina keyakinan diri dengan bermain instrumen-instrumen tersebut. Lihat sahaja Yuna, kelebihannya bermain muzik telah membawa dia membuat konsert orkestranya yang sendiri..

3) Menghilangkan stress
Muzik yang baik juga dapat membantu pengeluaran Hormon Endorfin iaitu hormon bahagia. Hormon ini secara tidak langsung dapat menghilangkan kadar stress dalam diri.

4) Fokus
Seperti yang kita tahu, muzik terdiri daripada not-not yang berbeza. Dalam membaca dan mendengar not-not muzik tersebut, ia memerlukan penelitian. Penggunaan lebih dari dua anggota badan apabila bermain muzik, membantu diri kita untuk lebih fokus. Dengan cara ini, ia dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.


5) Melatih Displin
Muzik mengambil masa yang lama untuk dipelajari. Sebagai contoh, Piano mempunyai 12level untuk dihabiskan. Sesetengah golongan mungkin menganggap Muzik adalah perkara yang mudah namun ia sebenarnya adalah perkara yang mencabar. Ia memerlukan kesabaran dan latihan untuk seseorang itu mahir. Maka, tidak hairanlah kanak-kanak yang menghadiri kelas muzik lebih berdisplin.

Ini antara 5 kelebihan bermain muzik. So, what u waiting for? Just grab a harmonica, recorder, guitar or piano and cabar diri anda!




7 comments:

  1. jadi jom layan muzik tapi jangan sampai melalaikan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Cukup sekadar menggunakan teknik untuk praktis otak kita :)

      Delete
  2. Ambe tak reti main apa2 alat muzik. Cuma ambe minat dgr muzik jerk. Ambe mmg tringin nak main piano. Cuma smp tua skrg ni pun belum trcapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe. Dengar muzik boleh hilangkan stress :)

      Delete
  3. Selalunya main dengar Nuha tak pernah nak cari kelebihannya ,..... hehe gitulah Nuha org dah nak expired ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik, mana ada nak expired, Muda lagi kan? ;)

      Delete