Tuesday, February 4, 2014

100 Doraemon Secret Gadget Expo

Assalamualaikum.



Hai,

Apa khabar semua? Sihat? Harap sihat-sihat aje. Kalau tak sihat nanti aku mintak ubat dari doraemon ya?
Dia dengan aku kamcheng, baru kitorang jumpa 2 Februari lepas. ehhheeee.. 

Aku tak tahulah korang tau ke tak? Tapi sebenarnya aku baru je tahu pasal Expo ni. Aku tak tahu sama ada Expo ni antara hot topic ke tak dekat Malaysia. Hmm,,, Tapi bila aku tengok barisan nak beli tiket punyalah panjang, aku rasa hot topic lah sebab makan masa sejam untuk beli tiket.





Sini biar aku story mory sikit apa je ada dekat 100 Doraemon Secret Gadgets Expo ni, manelah tau ade yang nak pergii. Expo ni mempamerkan gadget-gadget doraemon yang selalu kita tengok dalam TV tu. (well, boleh tau dari tajuk expo ni laa kan?)



and sebenarnya banyak patung watak-watak kartun dalam cerita doraemon and dalam ni memang bergambar jelah. (baca tak pun) and memang PENAT sebab bergambar ditambah lagi dengan kesesakan orang ramai. feewh.. *lap peluh
                                                                                         

Kat sini juga korang boleh bergambar dengan scene-scene menarik nobita dan doraemon.

 Dengan harga RM25, korang semua boleh dapat gambar bersama dengan frame yang bertemakan expo ni.






Lepas sahaja korang penat bergambar, korang akan jumpa bahagian cenderahati sebelum pintu keluar.

Bahagian Cenderahati yang terdapat di Expo ni, 
Di sini juga ada Food Court yang bertemakan Doraemon.

Bagi aku, harga dia tak berbaloi sebab ada makanan seperti Roti Bakar dijual dengan harga RM6. Sedangkan kalau di rumah, boleh dapat dalam 1 buku Roti Bakar. Memang tidak berbaloooi, :/



Gambar bawah ni nama dia Atayaki. Dia macam cream puff/kaya ball. Cuma yang specialnya,adalah dia berbentuk Doraemon. 

Ini Atayaki. 

























So, if ade orang yang nak jumpa doraemon dan mengimbau kembali zaman kanak-kanak korang. Bolehlah pergi ke 100 Doraemon Secret Gadget Expo ni. Saje je luangkan masa kannn??