Tuesday, October 30, 2012

Vietnam

Hi, Okay we meet again !

Nak sambung cerita pasal Vietnam, sambungan dari entri yang lepas=> Cambodia.

    Kitorang ke Vietnam menaiki bot tapi sebelum menaiki bot tu kitorang kembara guna bas. *k,ape function aku bagitau transport yang aku naik kann? .Ok, ape yang aku nak bagitau sebenarnya adalah dalam perjalanan ke vietnam aku jumpa something yang menarik. memang MENARIK! Jeng..Jeng..Jeng.

Makanan Exotic!
    Ini yang aku jumpa. bhahaha. Mari-mari datang lihat, katak sambal ada, telur ular ada. 1kilo sepuluh hinggit. Murah. harga murah. mari-mari datang sini. haha. Berbakat tak jadi penjual pasar malam?? ngeh :D

   Kat sini ada jual macam-macam yang pelik bagi orang Malaysia. Antaranya Ular, Katak, Labah-labah, Belalang dan macam2 lagi. Semuanya dimasak dengan pelbagai resipi. Memang x percaya bila lihat binatang2 tu dijadikan lauk. Memang macam..ergh! *peluh menitik di dahi

   K, done with the food. Now, let's continue with our charity work. Perjalanan dari Cambodia ke Vietnam menaiki bot mengambil masa 3-4 jam *kalau x silap. dan perjalanan tu amatlah menguji kesabaran. --> menguji kesabaran bila kitorang tau yang hotel kitorang kat vietnam pun atas air. Memang beralun jek. Mabuk laut aku jadinya. Kitorang ke kampung pun naik bot. haiyaa!!

Aku kuat! mwahaha

Budak2 baik sekolah aku!
   Ada satu kampung ni kitorang kena buat persembahan. Fuwh *lap peluh. Nasib baik aku budak nirmala digantra. hehe. HAH! lupe nak cakap *tepuk dahi. Kitorang jugak sumbangkan duit untuk buat perigi and hasil daripada tu 17 buah perigi siap dibina *punn kalau x silap aku.

   Kemudian, kitorang jalan2 kat Vietnam. Melawat muzium2 yang ada istana emas. Masuk tempat bersejarah yang masa vietnam perang dengan Amerika. Sempatlah masuk terowong yang orang vietnam buat untuk selamatkan diri dari kekejaman Amerika dan nampak jugaklah kesan bom dorang. Besar! macam gaung.

gambar dekat luar muzium istana tuu~

then, shopping. Erm, kalau bab shopping nie. Nasihat yang aku nak bagi adalah kalau korang ke dua negara ni sekali gus. Silalah shopping sePuas-PUAS gilerr dekat cambodia (angkor night market). The reason is kat cambodia kita lagi relax sebab masyarakat dorang baik-baik lagi tapi kalau kat vietnam masyarakat dia kasar-kasar. Ini SERIOUS! aku dah kena marah dengan makcik Vietnam, kena tarik dengan penjual2 dorang and seriously dorang kasar. Jangan haraplah nak shopping dengan tenang. tapi ok jek shopping kalau korang tu penSHOPPING YANG TEGAR! mwehehe.

Posing dalam hotel. A day before we returned to Malaysia

I love cambodia! tp pmndgn negara vietnam

Ok, tu jek kot. Kisah yang ingin diceritakan telah pun sampai ke penghujungnya. Semoga bertemu di lain hari . Maasalamah :)


  

No comments:

Post a Comment