Thursday, November 3, 2016

Pisa & Rome, Italy

Assalamualaikum.
Pisa

Lepas habiskan empat hari di Venice dan Fluorence, kami berlima singgah di Pisa untuk bergambar dengan Pisa Tower. Harga souvenir lagi murah dekat sini compared to Venice, tapi di Venice aura shopping tu lain sikit. Mungkin dekat sana lebih meriah. Aku beli sikit-sikit souvenir tambahan. Takut ada yang aku lupa and takut juga ada benda yang aku dah beli kat Venice tapi tiba-tiba tak nak bagi dekat orang. (So, kena ganti) Hahahahahahaha.



Masa on the way balik, kitorang jumpa orang special (Penyeluk saku). Time kitorang tengah tanya direction platform, baik sangat diorang nak tolong. Bersungguh nak masuk satu lif dengan kitorang. Rupa-rupanya dalam kalut-kalut tu try nak mencuri.

Aku letak bag aku dekat bahagian depan (ni dah langkah berjaga dah ni), tu pun selamba badak je dia buka zip beg aku. Nasib baik Nada perasan, terus dia tepis tangan perempuan tu and tutup zip beg aku. Fuwh. Memang berdebar jantung. Dahlah handphone aku baru kena curi bulan April lepas (RIP my Sony Z3), memang meroyanlah kalau hilang lagi. T_T *ciumhandphonebaru*

Aku banyak dah pengalaman dengan pickpocket ni. [I've been pickpocketed]
Dulu masa 1st year, kena curi purse, habis hilang IC, kad bank semua. Pastu, masa 4th year, kalut sangat naik tram kena curi handphone. Seriously,bangsa arab ni memang kalau dah firaun, perangai memang setan betul (lepas geram), tapi kalau dah alim, baik betul. Gua stress memikirkannya! *picitkepala* . [but partially my fault, so yeeee, aku tahu aku cuai]---- tp diorang still salah sebab mencuri!
Mujur lagi 7 bulan je dekat sini. Lepas tu, gua chao tak pandang belakang. Mohon tembakan doa supaya selamat je aku sepanjang final year ni.

Nota Kaki: Italy memang terkenal dengan kes pickpocket. Beware!

Rome

Collosseum
Di Rome, kami habiskan masa melihat landmark-landmark yang ada di sini. Banyak sangat. Ada yang aku ingat dan ada juga yang aku lupa. So, aku akan share gambar je. 

Pantheon

ni lah landmark yang aku lupa apa nama dia. huhu.

Trevi Fountain
Trevi Fountain ni memang aku dah cop nak pergi. Sampai banyak kali aku ingatkan Nada pasal tempat ni. Semua gara-gara cerita Lizzie McGuire The Movie. Dalam movie tu, ada satu scene Hilary Duff make wish dekat sini. hee! Saje jelah nak tengok tempat yang pernah keluar dalam one of my fav movie.
Ice-cream!

Vatican City
Ni saje je tiru cerita A Walk To Remember: Be in two places at once. 
Right Foot at Vatican City (which is the smallest country in the world) and left foot at Rome. Yezza!
*banyaksangattengokmovieakuni*

And finally, #travelexsquad has come to and end. 


Thanks for reading :)

Monday, October 31, 2016

Pengalaman bercuti di Venice & Fluorence, Italy

Assalamualaikum.

Venice

Things that I looked forward to in Venice is Gondola Rides. Seperti di Amsterdam, Venice juga terkenal dengan small canals and streets but lagi berselirat and serabut. Memang sesat pun dekat sini. Walaupun dah download maps still sesat. Kalau dekat Maps kata boleh jalan, boleh pulak dekat situ jalan tutup... terpaksa pusing and cari lagi. cari lagi and cari lagiiii.....




Caj yang dikenakan untuk naik gondola adalah 80Euro per 30-40minutes [16 euro per person].

30-40 minit tu sebenarnya tak cukup masa untuk bergambar. Sorang je dah berapa banyak poses. Nak ambil gambar berlima lagi. Video lagi. Kalau korang bayangkan kitorang naik gondola dengan santai,  menikmati pemandangan sambil berlatar belakangkan lagu sentimental. Ooh memang tidak! 
40minit tu memang diperuntukkan untuk ambil gambar sahaja. Tak de nye acah-acah nak fefeeling titanic. 
papepun enjoy je. Huhu ^_^

Salmon Pizza


Selfie lepas penat jalan :)
Lepas penat berjalan and sesat (note that:tak singgah pun mana-mana tourist attraction), kitorang lunch untuk gain energy. *emoticonbiceps*, Menu kali ni Salmon Pizza & Fries.


Di Venice, banyak juga kitorang shopping sebab tahu dekat sini murah compared to negara-negara lain [sumber dari kawan-kawan yang dah pergi] . Lagipun, Italy negara last before kitorang balik Egypt, bolehlah beratkan beg sikit.

Keychain kat sini dapat 1 Euro and kalau bargain boleh dapat lagi murah. Postcard pun ada yang 0.50 euro je.  Semua souvenir untuk member-member memang aku beli dekat sini.

Fluorence

Sebelum sampai di Italy, aku ada search tentang souvenir apa yang terkenal dan popular di Italy. Dua benda top list yang aku jumpa adalah Murano Glass and Leather. Aku plan shopping mengikut adviced tourist-tourist tersebut. Memang betul seperti yang mereka katakan, Leather and Murano glass memang banyak dan murah di Fluorence manakala barang souvenier seperti keychain,postcard etc tumpukan di Venice/Pisa.

Teringat cerita Hilary Duff The Movie. 
So, di Fluorence dapatlah aku merasa beli purse leather and pendant Murano Glass. Time ni memang niat nak shopping untuk diri sendiri. Lagipun dekat Venice, Aku dah banyak beli souvenir untuk family and member.

 Aku tak tahulah betapa murahnya leather dekat sini *sebab kat Malaysia tak pernah beli leather pun* Aku pernah usha beg Sembonia, ( leather kalau tak silap aku ) harga rm500.  Kat sini boleh dapat dalam Rm150-Rm200 gitulah. Okaylah kan? Made in italy lagi.

View Fluorence City
Murano Pendant
Murano Glass Pendant ni favourite aku! Lawakan? Tangan aku memang kecil. Selalunya kalau bab gelang ni, mesti tak muat. Orang lain boleh pakai aksesori gelang yang cantik-cantik tapi aku selalu 'hmm, tak payahlah' sebab nanti buat pergelangan tangan tu nampak lagi kelakor ada laa.

Mula-mula beli tak kisah pun besar ke kecil, (sebab selalu sangat gelang tak sesuai) Main reason aku beli sebab aku tertarik dengan design Murano Glass tu. Tak sangka pulak dia boleh buat ikut saiz. Woohoo!
Rasanya ni first time kot aku ada aksesori gelang yang betul-betul ikut size aku.
Serius pasal benda simple ni pun aku happy! Happy sangat!

Fluorence Cathedral


Okay, tu je nak cerita.

Thanks for reading :)

Btw, aku sorang je ke yang tak boleh buka website nuffnang? ke memang itu masalah global yang semua blogger hadapi sekarang? Thanks you in advance bagi siapa yang menjawab soalan aku. Semoga dipermudahkan urusan korang di lain kali. okay, ciao! 

Thursday, October 27, 2016

Unexpected Trip: Slovenia

Assalamualaikum.

Last entry aku ada cakap yang aku akan update pasal Italy kan? Jeng.Jeng.Jeng.
Siapa sangka keesokan harinya aku tak sampai pun dekat Italy, dan siapa yang baca blog aku mesti tertanya-tanya di mana aku tersadai. (cehh, padahal dekat tajuk blogpost aku dah bagitahu...)

Muka barai kena transit :(
Ada masalah dengan tiket bas. Cerita panjang aku pendekkan je. Kitorang tertinggal bas, so kena transit and naik bas lain. Nak inform je, pasal tertinggal bas ni bukan salah kitorang. Ada problem dengan jadual syarikat bas. So, dia ganti dengan bas lain. End up, kitorang transit lama sikit and habiskan masa dekat bus station makan Mcd (obviously boleh order kentang and kopi je)--- and time ni rasa bersyukur gila aku sambung belajar dekat Egypt, pergi mana-mana restaurant confirm halal and boleh makan. Tak delah berkira-kira tak tau nak makan apa. Huhu. Tapi belajar mana-mana pun sama je, ada pros and cons. Asal kau belajar, ye dok?! *sindir diri sendiri*

Okay. Rasa macam panjang je explaination kat atas, tapi tu dah cukup pendek lah tu... pendek macam 1/3 panjang jari kelingking korang. kuangkuangkuang. XD

Ljubljana Bus Station
 So, end up kitorang sampai Ljubljana, iaitu capital city of Slovenia.


Turun je bas, refresh diri and decide nak cari mana-mana makanan halal sebab time ni bekalan makanan dah tak cukup.(haha,sedih sangat bunyinya) So, Najaa tour guide time ni yang tetibe kena handle situasi mengejut kenalah carikan makanan untuk kitorang manakala yang lain tunggu jaga luggage. hehe. cian najaa.


Bagusnya dekat sini, tourist dapat free wifi 1 hour and jauh jugaklah liputan wifi dia, sebab Najaa yang tengah order makanan pun boleh whatsapp kitorang yang dekat station bas. Nasib baik najaa jumpa restaurant turkey, sebelum ni ada je cari kedai yang dekat, kitorang ade tanya gak

 "Is this Halal?"
 Dorang bantai jawab "Halal!". Siap bagi salam.
Halal kepala otak kau! bila tengok menu ada Ham. Mujurlah kitorang teliti dulu kedai. Ciss!! Sesuka je nak tipu, fikir untung je.



Okay sambung balik. So, Najaa & Elyss order makanan. Dah whatsapp nak order makan apa, tiba-tiba diorang whatsapp ni---gambar-gambar souvenir Slovenia. Rupa-rupanya belakang tu ada satu tourist attraction, Ljubljana Castle. Dah alang-alang jejak, nak jugalah merasa ada souvenier dekat sini, bukti dah sampai. hehe. 


Makanan siap lambat. Entah macam mana, sedar-sedar lagi berapa minit je bas ke Italy nak sampai. Berlarilah aku and Najaa pergi cari Souvenier. Aku and Najaa je pergi, yang lain semua kirim je, sebab kena ada yang standby dekat bas station in case bas sampai.So, bolehlah yang lain check-in kan dulu kalau kitorang lambat. Nervous gila time ni, takut kena tinggal bas lagi. T_T

Sampai je kedai, tak de pun tawar menawar, yang mana kirim t-shirt, aku grab. Aku nak postcard, sekali lalu terus pilih and grab mana-mana yang okay. Kabut!


The only selfie yang aku dapat ambil dekat Slovenia. Tak dapat snap betul, (kelam kabut kan?) tapi view belakang ni sebenarnya nampak Llubljana Castle. Fuwh. Ini memang unexpected short-trip. Planning nak pergi 4 Negara, tiba-tiba dapat free lagi 1 negara. Haha. 

Rasa barai waktu ni tapi best! sebab
 INI BARU ADVENTURE!!!

Thanks For Reading :)