Thursday, July 18, 2013

Day 9: Antalya, Siapa Kamal Ataturk?

Assalamualaikum,

Siapa Mustafa Kamal Ataturk?

Dia Penegak Agenda Yahudi. Mengikut buku ni katalah.


    Aku dah start baca buku ni tapi baru sampai bab 2 jelah, Jadi nak cerita lebih-lebih memang x sampailah ilmu tu kann? tapi insyaAllah, kalau ada masa. Aku akan update blog ni biar kasi entry ni lebih berinfo sikit.Cehwahh.Biar terang lagi bersuluh kann? hehe. Anyway, juz klik sini untuk mengetahui lebih info tentang Mustafa Kamal Ataturk.

Kenapa aku membicarakan pasal Mustafa Kamal Ataturk pulak ni kan? 

Hah.. Sebab kali ini travelogue aku akan melawat ke Muzeum presiden pertama Turkey yang sudah menjatuhkan sistem khalifah yang kita agung-agungkan. Haish, memang padanlah mati tak diterima bumi.



On our way nak cari Muzeum Ankara

 Aktiviti kitorang pada hari ni cuma melawat muzeum Ankara. Tersesat-sesat tau nak cari muzeum ni. Dari Stesyen bas, kitorang naik stesen tren turkey, and dari stesyen tren turkey.. terus berjalan kaki sampai jumpa museum tu. Sebenarnya memang dekat jek muzeum dia, tapi pasal kitorang pelancong, tak tau jalan. Tu yang macam lost-lost sikit tu. But, Alhamdulillah. Akhirnya, sampai juga kitorang di muzeum walaupun actually we're running out of time sebab sampai dah petang. Kalau tak silap, lagi dua jam jek,Muzeum tu dah nak tutup tapi sempat jek. Nasib baik.

Ataturk Mausoleum (anitkabir)- Ankara

  Dekat museum ni, adalah ceritakan pasal Mustafa Kamal Ataturk dari lahir sampai ke mati. Ada juga dia punya patung lilin, pergh, nampak hidup wa cakap lu. Kalau ikut apa yang aku baca dari buku dekat atas tu, Haaa! Memang betullah sebiji.

     "Matanya biru seperti warna langit, Rambutnya pula seperti bulu jagung.." Page 7. -Mustafa Kamal Ataturk: Penegak Agenda Yahudi. Abdul Latif Talib.
    Dalam muzeum ni pun ada tunjukkan kisah perang Turkey, Sejarah Turkey and macam-macam lagilah yang ada dekat Muzeum. Dekat sini diorang ada gunakan stimulation sound bila cerita pasal perang *cet, macam dekat melaka, xde jekkan?*. and ada patung lagi. Untuk aku, takut sikitlah, sebab aku memang tak suka sikit kisah-kisah perang ni.

 

Hah. Sengaja bagi gambar besaw sikit. Biar Jelas. Sebelah aku tu, memang panglima tentera yang hidup. Apa yang menarik tentang dia adalah dia memang macam patung. Tak bergerak. Tak Senyum. Macam mati. Trylah buat muka ke, jelir lidah ke, joget-joget depan dia ke? Aku rasa sumpah dia buat tak tahu jek. haha. trylah, trylah, Kalau dia bergerak, meh sini bagitau aku. Aku bagi upah. haha. Sumpah ni manusia paling lawak aku pernah jumpa.


Then, kitorang cari surau untuk solat. Dekat sini kalau nak tanya diorang mana surau, kena cakap mescit.Sebab diorang panggil Masjid = Mescit.


and berakhirlah aktiviti hari ini dengan menjamu selera. Lepas ni, kitorang akan terus ke Stesyen bas untuk bertolak kembali ke Istanbul. Hehe. Aku Suka-aku Suka-Aku Suka.

Joget2.


*aku rasa aku ada tertonggang-terbalikkan hari travelogue aku nilah. Sory ea. Teruskan membaca*
















No comments:

Post a Comment