House of Virgin Mary |
Alhamdulillah selamat sampai di rumah sejak 4 hari yang lalu. Masa lenggang diisikan dengan perkara penting seperti membuat report polis akibat kehilangan IC, Membuat IC baru, Melawat sekolah sambil ambil sijil SPM, and juga menghabiskan lesen kereta yang sudah 10bulan tergendala.
Dengan hasrat yang murni, kali ini akanku ceritakan pengalaman hari kelima aku di bandar Turkey. Harap tidak bosan membaca entry-entry aku setakat ini. Maklumlah, aku ni hanyalah blogger yang baru menapakkan diri di dunia karya alam maya ni.
Our first tour guide. |
Ephesus |
Destinasi kedua adalah Ephesus. Disini dikatakan peninggalan bandar greek dan rome lama. Gambar dibelakang itu dikatakan adalah peninggalan library pada zaman dahulu. Our Mr. Tour guide banyak juga cerita pasal kewujudan bandar ni tapi kebanyakannya aku ingat2 lupa. haha. Sorylah otak berkarat lorh..
Jamban |
Gambar hok kat atas' tu dikhabo jambe ore dulu2. *kecek kelate pulekk* Ia diperbuat daripada marmar dan cuba bayangkan bila tibanya musim sejuk. Macammane dorang melepas ??? Tour guide kitorang khabo, diorang *yang hok kayo ni* akan bawa dua orang hamba diorang untuk duduk dekat situ and panaskan jamban tu dengan suhu badan hamba2 tersebut dan akan bergilir untuk sentiasa panaskan jamban tersebut untuk tuan diorang. Tapi kesahihan cerita ni tak taulah betul ke tak..tapi menarik bukan?
Pamukkale |
Destinasi ketiga kami pada hari kelima adalah Pamukkale. Tempat yang memang lawa. Pamukkale dalam bahasa inggeris maknanya cotton castle. Di Pamukkale ni ada Air panas and actually yang warna putih tu mineral karbonat...erm, senang cerita garamlah kot. Pemandangan di situ memang lawa dan nyaman. Bila dah naik atas tu, ada batu2 juga.
Salam Sayang dari Pamukkale. :) |
Gambar diatas tu, gambar masa rendamkan kaki dekat air panas dia tapi sebenarnya takdelah panas sangat. Suam2 kuku jek. Licin tempat ni. Sebelum masuk dah ada signboard "No Shoes Allowed". Yelah, bahaya kot. Tempat ni memang licin. Senang Jatuh.
Rasanya setakat ni sahaja. Ok Bye.
Rasanya setakat ni sahaja. Ok Bye.
No comments:
Post a Comment