Monday, December 29, 2014

Day 30: Perkara menarik yang saya berbangga tahun ini

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day30

Tajuk hari ketiga puluh adalah:

Perkara menarik yang aku berbangga tahun ini.

Setelah seharian berfikir, aku rasa pasal Lip Ice kot, eventhough tak considered as winner tapi bolehlahh dari tak ada benda nak cerita kat korang kan?

Bolehlah terjah di entry ini dan ini.

Haaa!! Selain itu, *ilhamtetibadatang*-berlatarkan bunyi "ting" 




Aku dapat join ALDT which is Alexandria Dental Team.
One organization yang bertujuan melahirkan seorang pelajar yang kompeten dan proaktif. <--- Ayat dalam pamplet panjang, tak hafal lah pulak.
LOL. Gila skema kan nak hafal ayat dalam pamplet!

Nanti-nanti, bila aku ada masa yang freeee~ aku cerita ea pasal ALDT ni.

Just tunggguuu~ hehehe.





Day 29: Bunga Kegemaran Saya Dan Ertinya

Assalamualaikum.

30DaysChallenges-Day 29

Tajuk hari ini adalah:

"Bunga Kegemaran Saya Dan Ertinya"

Thanks kepada tajuk ni baru aku tahu yang mana satu bunga Dahlia.
Kenapa tiba-tiba Bunga Dahlia? Sebab Dahlia tu nama emak aku.


Sebenarnya, rasa lawak sebab selama 20tahun aku hidup ni, tak pernah terfikir pun nak tengok mana satu bunga Dahlia, eventhough tu nama Mak aku. Hehe. Nampak sangat bukan minah bunga sangat aku ni.

Walaubagaimanapunnn,

Sebagai seorang perempuan, aku ada juga bunga favourite iaitu Bunga Daisy, tapi at the same time aku suka juga Bunga Matahari.
Maksud Tersiratnya adalah-->
"Kalau nak bagi aku bunga, Bagi dua-dua jenis ni sekaligus! Muahahaha!"
*cett, perasan ada orang nak bagi aku bunga.

Maksud Bunga Daisy:



Love, Youth,Purity, Virginal,Innocence, Chastity,Freshness, Fertility,Childhood, Daintiness,Cleanliness, Enchanting,Motherhood, Transformation.

Maksud Bunga Matahari:


Faith, Longevity, Nourishment,Healing, Focus, Good Luck, Magic, Worship, Flexibility,Spiritual Knowing.

Sumber dari google.

Boleh check it out blog ni kalau nak tau tentang maksud pemberian bunga--> here

Thanks For Reading.
Have a nice day! ^_^


Day 28: 5 Perkara bermula dengan andainya

Assalamualaikum

30DaysChallenges-Day 28

Huwaaaaa!!! Tolong aku. *menangisteresak-esak*
Terkelip-kelip mata aku baca tajuk ni.
Serius ini bukan kebolehan aku, nak membina ayat sebegini.

Apa 5 Perkara yang bermula dengan "andainya" ?

Dush. Rasa berat satu dunia terletak di bahu kanan dan kiriku. urgh!
*dramatik sangat*

Ok. *deepbreath*
I'll try.

1) Andainya Mak and Ayah aku tak bercinta and kahwin dulu, mesti tak dapat aku. Hak Hak Hak. XD
*okay,kay..aku serius*

2) Andainya pada waktu dulu, aku tak try main gitar, mesti sampai sekarang, aku akan ada perasaan

 "haa,,, kan best kalau aku reti main gitar"

3) Andainya, waktu lepas aku kena buli dengan senior masa zaman asrama dulu and call mak aku nangis-nangis *sampai terasa masinnya hingus  sebab nak minta pindah sekolah and
ANDAInya lahkann, Mak aku benarkan aku pindah sekolah, mesti aku tak akan dapat kawan-kawan yang happening. Maka, segala pengalaman yang aku dapat kat Seseri akan "Puff". Hilang macam tu jek!



4) Andainya, suatu ketika dulu... Waktu aku tengah dapat gred D & E untuk subjek sains time Trial Exam SPM and aku give up! Mesti aku tak akan dapat lihat betapa banyaknya Allah dah sediakan untuk aku pada waktu sekarang.

Satu pengajaran yang aku teringin nak share untuk adik-adik:

"Jangan give up kalau dapat result exam yang teruk, Keep Trying! Never Give Up!
 Kita tak tahu apa yang Allah dah sediakan untuk kita di masa hadapan. Tak semestinya kalau dapat gred rendah or even fail, kita tak boleh berjaya dalam SPM. Miracles happen! "

For SPM jelah, aku boleh bagi nasihat, For zaman Universiti ni--Aku masih teraba-raba mencari diri. *ampunkan kekhilafan diri ini*

5) Andainyalah kan, aku amik course Sastera, Mesti sekarang korang tengah baca satu blogpost yang puitis dan menggunakan tatabahasa melayu yang betul serta ayat yang penuh melodramatik sekarang.
Tapi, malangya, Bukan.

Terima jelah yekk apa yang aku sajikan ni. Tak berniat nak berpuitis ke apa.Main hentam kromo je ikut gerak hati.

Enjoy!

Sunday, December 28, 2014

Day 27: Mood Saya hari ini !

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day 27

Haii!
Aku ni sekarang tengah sedaya upaya mengejar nak siapkan 30DaysChallenge ni.
Dulu dari nak siapkan sebulan, bawa ke 2 bulan. Pastu, bawa ke 3 bulan and sekarang dah nak masuk 4 bulan.

Puunyeeelahh lambat nak siapkan 30DaysChallenge ni.
Ok.Semua jangan mencontohi perangai macam aku, kayyyhhh??



Hari ini tajuknya adalah mengenai mood aku.
Untuk pengetahuan semua, Aku sedang dalam mood Final Exam. Tadi baru habis satu paper, and ada lagi 5 Subject to go. huuhhh! *melepaskan keluhan berat*

Macam-macam "feeling" jugalah time final exam ni. Orang kata "Final Exam Syndrome". Haishh! Waktu exam, adalah waktu yang paling aku tak suka! Hmm. Siapa yang suka kan?
Aipp!
Siapa jawab dia suka moment exam,Aku ketuk dengan laptop!

So, mood aku hari ni, biasa-biasa je.
Lepas habis exam, Aku dengan kawan2 aku pergi Cinnabon. Makan benda-benda manis sikit, minum caffeinated drink sikit, buka buku sikit.  Lepas tu balik,
*tak gemar sangat sebenarnya cinnabon ni, sbb x suka cinnamon tapi tak pelah sesekali try.

and now, aku di depan laptop sedang menulis blog.
Esok ada exam lagi. Exam practical Prostho. Berperang dengan Wire, Plier dan Casting Wax.
Lahaiii course ni, dari main dengan wax block & Carver sambil acah-acah "mengukir" sampailah kena pegang wire, plier, and cutter. Dah macam mekanik dah.

Okay. That's All.

Thanks for reading.
Bye :)

Day 26: Gajet Kepunyaan Sinuha

Assalamualaikum.

30DaysChallenges-Day 26

Untuk bercerita pasal gajet, aku lemah sikit sebab aku memang macam siput kalau pasal topik ni.
Di kala semua teknologi sedang pesat membangun, aku masih fikir handphone nokia baling anjing tu paling tahan. lulz,over!

But seriously, dulu aku suka giler nokia kot, lagi2 express music. The best! Kena je dengan jiwa aku yang suka dengar lagu, but at the same time jenis lasak, suka handphone jatuh-jatuh.
tapi nak buat cmne, suka-suka,sayang-sayang pun rosak gak. Hahaha.

Handphone fav tapi dah sampai ajal awal. :(


So, sekarang aku pakai Samsung Wonder.
Mesti korang rasa? Eh, yang mana ea?
Haha. pepandailah google.

Ni Smartphone kedua aku since, handphone samsung young aku hilang di Turkey. K, sad story.

Then, aku dapat Samsung Tab 3. Bersyukurlah dapat Mak pemurah & tak kedekut. *hehe, kalau mak aku stalk ni, mesti dia senyum sengsorang.*

Ok, back to main topic.

Sebenarnya aku suka gila Mp3. Dah kate pun suka dengar lagu kan? So, since zaman sekolah Mp3 memang bestfriend aku. Lagi-lagi time asrama. Pergh, x boleh hidup kot klu x de mp3. 1st Mp3 aku brand ape ntah, Pastu, 2nd Philips. 3rd, Aku beli sony erricson eventhough yg Philips tu elok lagi. Ceh, nak style konon. Sekali pakai, tak sampai setahun rosak. Lepas tu, owh tak pelah. Aku beli lagi yang baru... degil nak jugak. Sekali rosak lagi! Pastu, pandang Mp3 Philips yang aku bagi adik aku yang konon-konon xde brand tu, Hidup lagi sampai sekarang. What the heckkk?

Ok. Faham je, ramai yang guna Sony Erricson rasa brand tu okay. Jangan risau. Bukan salah Sony. Aku diagnosed salah tempat beli. Aku beli kat Jusco Tmn U(skudai) and aku suspect barang dia barang lama. Eventhough, ada gurantee. Hmm, entahlah. Untuk orang JB, aku tak sarankan beli dekat situ.

Haa! Nak cerita pasal Samsung Tab 3.

[Review Samsung Tab 3]

Setakat ni memang aku suka gila Samsung tab 3, walaupun ada je aku dengar kata tak best.
Tapi, pada pendapat aku, Best je. Sesuai je untuk student macam aku ni.

Harga dia tak mahal macam iPad. Tab 3 ni boleh masuk simcard and call, and not to forget, whatsapp. For iPad tak boleh kan?
Size dia okay je. Tak besar sangat, tak kecik sangat. Setakat ni, muat je handbag.


As a student, aku boleh masukkan slide lecture and all documents pasal belajar.
Camera dia memang tak lawa, tp okay je untuk aku tangkap gambar education macam microscopic picture and lukisan dekat lab.
and kalau malas buka laptop, internet browser dia okay je. Cun je nak google.
Lagu? Mp3 dia okay, cuma aku tak dengar lagu kat Tab. Mostly,dengar kat Hp.

Setakat ni, jarangg giler hang and aku boleh kate Samsung Tab 3 ni just good untuk student yang nak gadjet untuk menyenangkan student life diorang and at the same time, tak nak mahal macam iPad.

[Besta]

Kalau Besta ni, Okaylah untuk student asrama. Depends kot, sebab dulu time Asrama penggunaan Computer Lab terhad. Lepas tu. Nak cari Dictionary cam leceh ann? Lagi-lagi English aku macam hapeee ntah dulu. Pastu, ada suatu ketika di sekolah asrama dulu, Pengharaman membawa mp3 di sekolah. So, aku memberontak dalam diam.Lastly, Besta lah solution aku untuk dengar mp3, sebab aku ni memang skema ikut cakap cikgu kalau tak boleh bawa mp3 tu, Maksudnye, tak bolehh!

#cett, padahal tau je ramai je kawan yang seludup.
Now, Besta tu ibarat khazanah negara. =-="

So, itu jelah. Sekarang Handphone Wonder ni selalu hang and dah bercadang nak beli hp baru tahun depan. Haha. Lama lagi.
Dengan ciri-ciri Hp pocket-size, camera lawa, mp3 cun.

Any suggestion?

Day 25: Pesawat Air Asia QZ8501 Dilapor Hilang.

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day 25

Hari ini tajuk 30DaysChallenge adalah Berita Terkini Hari Ini Yang Aku Baca.

Okay.
Rutin aku setiap pagi adalah menggapai Handphone dan Tab.

Aku akan cek whatsapp, facebook dan instagram.
Okay. Instagram tu memang merosakkan rutin pagi aku sebab aku akan meluangkan banyak masa untuk skroll instagram dan resultnya adalah aku malas nak bangun dari katil.

Hari ini, seperti biasa. Aku memulakan hari aku dengan menggapai handphone.
and berita first yang aku baca adalah tentang:
Kehilangan Air Asia QZ8501.

Boleh Baca--> Sini Untuk Maklumat Lanjut

Dimaklumkan penerbangan Air Asia QZ8501 yang berlepas dari Surabaya, Indonesia ke Singapura telah hilang komunikasi dari Menara Kawalan. Pesawat membawa 155 Penumpang Dan 7 Anak Kapal. 156 Rakyat Indonesia, 3 Orang Rakyat Korea, Seorang Rakyat Malaysia, Singapura dan British.

Terkejut aku bila baca berita ni. Belum lagi hilang sayu MH370 dan MH17, kita sudah digemparkan lagi dengan kehilangan pesawat ni. Sejak-sejak ni, banyak sangat berita dari bidang penerbangan.

Hmm,
Apa-apapun yang berlaku. Aku doakan semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan oleh-Nya.
Tidak lupa juga kepada Mangsa Banjir di Malaysia. Semoga tabah ye, semua.
Doa kami dari sini tidak pernah putus untuk kamu semua.

Thanks For Reading.
Bye. 

Saturday, December 27, 2014

Sinuha pemenang #mylipstyle contest by Lip Ice?

Assalamualaikum.

Korang, korang, korang,,,

Ingat tak blogpost yang aku minta tolong korang vote aku dalam satu contest Lip Ice ni.
Yang ni---> Vote SINUHA for #mylipstyle contest by Lip Ice

Applying my Lip Ice Colour Gloss  ^_^


Aku fikir aku tak menang tau, sebab bila je Page Lip Ice announce winner, nama aku tak ada pun dalam senarai. Obviously. -__-

Hak Hak Hak. XD
Memang aku tak considered as Winner pun.
Tapi kannnn,
Rupa-rupanya........

Jeng. Jeng. Jeng.

Aku check page Lip Ice JEK tapi e-mail aku tak check!

So, setelah sekian lama, aku pun buka email aku and...

 tadaaaaa!!!



Sebenarnya, aku memang dah terpilih as one of the winner pun untuk join that party tapi pasal aku ni bukan jenis orang yang selalu check email. Maka, aku tak tahu pun Pihak Lip Ice dah email aku untuk bagi details.

Bila baca email ni, due date pun dah lepas. So, terlepaslah peluang. hehe.

Tapi, sebenarnya, memang aku tak akan dapat pergi pun.. sebab tengah musim belajar kan? Memang taklah nak balik Malaysia semata-mata benda ni.

But, anyway.
Thanks Lip Ice for the opportunity and thanks sesiapa yang vote aku for this contest.
Sayang kengkorang sesangatlah. Memang mewarna-warnikan hidup aku macam crayon.
*hugssikit*

Pengajaran utk diri sendiri:
If masuk apa-apa contest, jangan lupa check email, messages, whatsapp and etc.
Bukan bila masuk contest je, Rajin-rajinkan diri check semua tu, supaya orang senang nak reach and communicates.

Ok.
Toodles. :)


Phylox Princess Project 2.0

Assalamualaikum.

Kalau korang pernah baca entry blog aku yang bertajuk Shooting Project di Country Garden, mesti korang dah aware pasal Phylox Princess Project ni.

and Alhamdulillah 11 November yang lalu. Program ni dah selesai dengan Jayanya.
*clapsikit*



Phylox Princess Project 2.0 kali ni bertemakan Royal Masquerade, and memang ramai yang datang dengan Mask yang pelbagai warna dan bentuk. Colourful sangat. *walaupun time ni sebenarnya sedang musim mid-term*

Terdapat 3 Aktiviti sepanjang Program ini dijalankan. Antaranya adalah Princess's Got Talent, Wizards Magic Mirror, and Royal Blood Award.



7 Persembahan Princess's Got Talent memang memukau audience. Ada tu selalunya pemalu, tapi bila di atas pentas. Haa! Amik kau! Keluar semua bakat terpendam.

Wizards Magic Mirror adalah pertandingan macam Celebrity looks-alike. Ramai yang hantar penyertaan. Ada yang hantar muka macam Princess Jasmine (aladin)lahh, muka sama dengan irma hasmie, and yang sama dengan Siti Nurhaliza pun ada.
Pemenang untuk Wizards Magic Mirror adalah yang muka sama dengan Liyana Jasmay. *Sori gambar tak boleh share*.


and *drumrolls*
Royal Blood Award memang acara yang dinanti-nantikan oleh para hadirin.
Royal Blood Award ni adalah anugerah yang akan diberikan kepada Princess yang datang dengan mengikut tema dan memenuhi syarat iaitu perlu menjawab soalan daripada evil witch.Muehehhe.
and Finally, Pemenangnya adalah: Najihah.

Aku harap sangat semua orang happy pada malam tu and it seem so. Objektif program ni sebenarnya adalah untuk merapatkan ukhuwah antara batchmates Phylox antara Pelajar Jurusan Medic dan Dentist. Satu mini activities yang diselitkan adalah sesi tukar hadiah antara batchmates and this is so cutteeee, aku dapat mini elephant. Kikikii. ^_^

Well, itu jelah kot. Blogpost ni sepatutnya aku post sebulan yang lalu..tapi,, hmm...biasalah kann?
*tutup muka*


" Be A Girl with a mind,
A Woman with attitude, and
A Lady with class"

Thanks For Reading.
Byeee!!!

Friday, December 12, 2014

Day 24: Rumah Impian & Sneak-Peak Rumah Sewa Sinuha

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day 24

Tajuk hari ini adalah Rumah Impian Saya!

Rumah Impian aku adalah Rumah Semi-D.

Haa! Yang ada laman tu,
Aku nak ada gazebo dekat dalam rumah aku and mini air terjun serta kolam ikan koi.
Lepas tu, aku nak tanam bunga yang senang jaga and rumput karpet. Kalau laman tu besar, aku nak tanam pokok yang rendang dekat korner laman supaya rumah aku sejuk and angin akan sentiasa tiup sepoi-sepoi bahasa. ~ ~ ~ haaa..

Style greenery gituwwh.

Decoration dalam rumah, hmm...
Tak tahulah. Kadang-kadang aku nak mcm modern english style, kadang-kadang nak style village sikit. So, aku rasa kalau dah ada rumah sendiri baru aku betul-betul make-up my mind. Haha.
entah-entah dalam masa 10 tahun lagi baru akan berlaku. Entah-entah time tu, aku tak terfikir pun aku pernah buat entry ni.

Haa! and alang-alang dah tajuk ni. Aku nak share pengalaman 1st time duduk rumah sewa. So, basically, ni rumah tempat berteduh aku yang pertama masa zaman universiti. Something to flash back bila dah tua nanti. Haha <----- Sentimental sangat.

Jenis Rumah: Imarah / Flat @ apartment
Sewa Rumah: 500genih 
Jumlah Bilik: 5
Jumlah Bilik Air: 3
Housemate: 5



So, kitorang duduk sorang sebilik and aku amat bersyukur sebab bilik aku + bilik air. So, bilik aku considered my own tiny miny sweet home. Bilik aku biasa-biasa je, tapi untuk hidup seorang sebilik. Ini memang sudah lebih dari cukup. Alhamdulillah.



Aku tak tahu style rumah sewa untuk student di Malaysia macam mana. Tapi dekat mesir ni, Atas pilihan atau rezeki kita untuk dapat rumah yang Mafrushah atau tidak. Mafrushah tu adalah fully furnished. Tapi seperti yang aku katakan tadi. Depends on rezeki jugak. Ada yang dapat Mafrushah tapi mahal. Ada jugak rezeki yang dapat Mafrushah tapi sewa rumah murah. Dependslah.

Rumah aku ni kira half kot. Sebab ada je yang tuan rumah bagi tapi kondisi "hidup segan mati tak mahu". End up, kitorang beli je sendiri.



This is my fav part. View dari balkoni.
Maybe korang rasa biasa je, tapi aku rasa lawa dan menenangkan. Bangun-bangun pagi, tengok view macam gini memang refreshing. Tapi before winter bestlah. For now, jarang dah aku buka pintu balkoni sebab sejuk and angin kuat.




Alhamdulillah. Setakat ni, rumah ni okay and tak de bawa apa-apa masalah sangat. Masa awal-awal dulu adalah, tapi kitorang berjaya hadapi dengan jayanya! cehhwahhh!!!

Housemate aku pun okay je. Aku harap sangat dapat duduk rumah ni sampailahhh final year aku dekat sini, tak naklah pindah-pindah. Leceh. Dulu, masa dengar senior cerita pasal rumah,, phobia jugaklah dengar kes-kes student Malaysia yang ada problem dengan Rumah, Tuan Rumah etc.

I hope this is the best for five of us.
Duduk diam-diam dan tenang.

Thanks for reading.

Friday, November 28, 2014

19th Alexandria International Dental Congress

Assalamualaikum


19th Alexandria International Dental Congress ini berlangsung selama 3hari di Green Plaza.
bertemakan:

"Technology Meets Challenges"

Okay.
Ini first time aku join Dental Congress and it was great!
Rasa highly motivated sangat bila diexposed dengan pengetahuan yang macam ni. Plus, aku rasa aktiviti ni mematangkan pemikiran aku dalam membina diri sebagai seorang dentist yang berjaya. *headsup*

Before this, jujur aku cakap kadangkala rasa jugak terumbang ambing duduk dalam kos ni and selalu je rasa

"eh, aku salah amik kos ke?"


But, this congress proved me wrong.
Aku rasa ade something special dalam bidang ni, rasa ada tujuan, ada life. Cehh gituwhh... *tangandibahumatajulingkeatas*

Something special tu bukan lagi mainly fokus pasal duit or fame. Eh. Ade ke fame dlm bidang dentist ni? toink. Saje ayat kasi dramatik sikit.

Dental Congress ni menyediakan banyak topik-topik menarik seperti teknologi baru dalam bidang pergigian, cara advanced surgery untuk prostho and banyak lagilah. Aku banyak masuk lecture room yang berkenaan Prosthodontics & Surgery.

*Dental Congress ni banyak lecture at the same time. So, kena pilih betul-betul, lecture mana nak dengar.

Selain itu, AIDC ni juga ada menyediakan pameran and jualan. Haa! ni korang boleh bayangkan ala-ala International BookFair dekat PWTC tu.


Ramai senior nasihatkan supaya kitorang beli peralatan dentist dekat sini sebab lagi murah. Contoh  Alginate, K-files, Diamond Bur and macam-macam lagilah. Serious best!!!

Handpiece ada yang warna warni. arghh! serious nak beli! tapi bila memandangkan amatlah membazir kalau beli lagi.. sebab bila habis graduate tak guna pun handpiece sendiri, semua hospital dah sediakan. *Handpiece ni kira macam magic wand kitoranglah. hahaha.

Memang mata bersinar-sinar tengok peralatan dentist kat situ sebab ada bermacam-macam jenis and banyak benda yang kitorang tak pernah tengok and baru nak discover.

Antara benda yang aku shopping adalah buku, sebab tau je nak beli buku dekat Malaysia mahal and benda-benda yang aku sebut sebelum ni.Haa! ni antara untungnya study dekat egypt, buku level universiti murah-murah berbanding di Malaysia.


And lastly,
Aku memang nak pergi lagi mana-mana Dental Congress macam ni. Antara sebab nak pergi lagi tu sebab dapat sijil. Muehehehe. Plus, aku rasa perlu untuk diexposed dengan aktiviti-aktiviti sebegini supaya naik sikitlah semangat untuk belajar. Hahaha. sebab tau je selalu malas.*tolehkiripandangslackdekatdirisendiri 

K. Thanks For Reading!

Friday, November 21, 2014

Simple 1st Giveaway Segment by Beba Ifa

Assalamualaikum.


Saya ditag oleh Kak Farrah MF.
Thanks Kak :)

Giveaway ini bertujuan untuk menghargai rakan follower blog Beba Ifa dan bakal followers.

Syarat-syaratnya sangat senang! Hanya jadi followers Blog Beba Ifa, Like Fb Page, Copy Banner and Tag min 3 rakan. 
Giveaway ini tamat pada 30 Disember 2014, Jam 11.59malam.
(Banyak masa lagi ni...)

Haa! Kacang goreng saja. Nak tahu lebih lanjut bolehlah usha-usha blog Beba Ifa. 

Saya tag:

#walaupun tak tahu hadiah dia apa, tapi saya harap saya menang! hehe


Tuesday, November 18, 2014

Day 23: Pekerjaan yang anda inginkan selain daripada sekarang.

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day23

Aku tak kerja lagi.

So, kita tukar soalan
Kos apa yang aku inginkan selain daripada kos sekarang?

Law / Journalism/ Business / Architecture.
Haha. Banyak kan?

Sebenarnya, masa aku kecik2 aku nak jadi architect@designer sebab aku minatlah tengok rumah lawa-lawa and nampak cool. Plus, aku memang suka mewarna&melukis dulu.


Bila dah besar sikit, aku suka tengok Majalah 3. Best je tengok Norzie Pak Wan Chek tiap-tiap minggu dapat explore benda baru and pergi merata-rata tempat. Masuk hutanlah..naik gununglah...
Aku rasa job ni dapat ilmu pengetahuan yang luas (iaitu tak tertumpu pada satu bidang je) and adventurous. but it was only just a dream-Nelly. *terngiang-ngiang lagu.

Pastu,

Bila dah besar lagi sikit, aku jadi sedikit mata duitan.(Sedikit ke?) Hakhak.
Tu yang teringin nak ambil kos business sebab dapat generate duit. Time ni dah ambil kos science stream kat sekolah. Maka, di situlah terhapusnya harapan dan impian untuk jadi seorang arkitek @ bussiness woman tu. Tapi tak pelah, aku lemah Math. So, harapan memang boleh terkubur di situ.
*Cacak Dua batu nisan!

Pastu, time nak isi UPU, aku nak ambil kos law. Ceh, konon-kononnya, aku ni pandai bercakap dan pandai menegakkan perkara yang benar dan sebenar-benarnya. *Tangandibahumatajulingkeatas.
Choii! Perasan je sebenarnya tu. =_="

Tapi, parents aku tak bagi. So, semua UPU aku isi bidang sains bertepatan dengan kos yang aku ambil time form 4-form 5. Time isi UPU, tak terfikir pun pasal Dentist... sampailah...
hmm.
ok. banyak lagi nak cerita sebenarnya....So, end up. Aku disinilah. haa!



Tapi, Alhamdulillah! Aku Happy je dengan kos ni! Tak kenal Maka Tak cinta kann?

Walaupun tak dapat jadi arkitek@designer, Takpe. Nanti aku designlah rumah aku lawa-lawa. Ikut taste aku sendiri.
Walaupun tak dapat jadi Journalist, Takpe, Tulis blog pun rasa macam journalist.
Walaupun tak dapat jadi Business Woman, Takpe, Nanti aku bukak Dental Clinic, Businesslah tu kan?
Walaupun tak dapat jadi Lawyer, Takpe, Bukankah semua manusia perlu menegakkan perkara yang benar?

Hehe.
Thanks for reading, guys :)

Friday, November 7, 2014

Day 22: Destinasi Percutian Impian

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day22

Destinasi Percutian Impian aku? hmm.. jap.
Tak rasa macam tajuk ni sama macam 30DaysChallenge-Day21 ea?

Tapi tak pelah. Sebab kalau tajuk pasal percutian ni, aku memang banyak je wishlist. Lulz.


So, Destinasi percutian impian aku adalah Krabi.
K, tau mainstream sangat sebab ramai yang dah pergi tapi suketilerrr, dah iuolls tak pernah pergi.

Dulu macam tak pernah terlintas pun pasal Krabi. Tapi bila selalu pulak terdengar pasal tempat ni,
haaa! mulalah aku start google-ing. Dah google, pastu jumpa pulak gambar lawa-lawa. Memang teringinlah nak pergi oiii.

Emerald Pool

Krabi ni rupanya bukan pulau, dia cuma satu daerah je tapi dikelilingi banyak pulau.
Aktiviti-aktiviti di Krabi yang aku teringin nak buat adalah Island hopping aka snorkeling, Elephant riding, berendam di emerald pool and banyak lagilah.

Elephant Riding
Krabi ni macam Summer Bucket List aku jugaklah.
Hehe. 
Tak salahkan kalau berangan?

Thanks for reading :)

Tuesday, November 4, 2014

Day 21: Tempat yang saya ingin pergi dan tak pernah pergi

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day21

Tempat yang aku nak sangat pergi and tak pernah pergi adalah UK. Bukan Ulu Klang ea,

"United Kingdom"



K, dulu berangan nak study sana sebenarnya... tapi dah namanya tak ade rezeki.
Jomlah kita berangan menjadi pelancong di UK!

Kalau pergi UK, aku nak ambil gambar banyak-banyak-banyak...
k, tau tu satu benda yang semua orang dah tahu. Kalau pergi melancong mestilah ambil gambar banyak kann? -_-"

Haa! and paling wajib sekali, aku nak ke Stonehenge.


Tahukah korang bahawa batu-batu misteri ini di UK? 

Aku baru tau sebenarnya.

So, stonehenge memang nak pergi. Rasa macam awesome gila kalau dapat gambar berlatar belakangkan stonehenge ni.. Yelah, selalu nampak dekat wallpaper laptop etc.. 
Kalau dapat jumpa depan mata, mesti rasa macam tengah masuk dalam wallpaper laptop.
Ekekekekek

and banyak lagi aku nak buat dekat UK ni,
Naik bas hop on hop off dia, Pastu acah-acah buat music video macam 1 Direction,
Masuk pondok telefon dia yang warna merah menyala, pastu, acah-acah call orang...
and banyak lagilahh..

Hmmmmm,, bestnyeee kalau dapat pergi :) *senyumsambilberangan

Thanks for reading.

Sunday, November 2, 2014

Day 20: Quote Kegemaran Sinuha

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day20

Hari ni laju je nak menaip untuk 30Days Challenge. Hehe. Sebab lepas je baca tajuk, sepantas kilat keluar jawapan. Tak perlu fikir-fikir dah. ohh.. ya! Selamat Pagi, semua!

Sekarang pukul 7.06minit waktu tempatan, angin sejuk pagi amat mendamaikan dan suasana masih sunyi sepi cuma kedengaran sedikit bunyi deruman kereta dan sedikit bunyi hon.

Okay, back to main topic. Quote favourite iuolls adalah:

"Keep Moving Forward"



Semoga semua pembaca akan sentiasa terus melangkah ke hadapan dan tak pernah putus asa!

Bye semua.
Have Fun!

Thanks For Reading.

Day 19: Resipi Kegemaran Saya!

Assalamualaikum.


Hari ni aku nak share resipi kegemaran aku. Resipi kegemaran aku adalah Resipi Kejayaan.

Kikkrek krekk hekkk...*bunyiradiorosak*

k, gurau-gurau. Resipi Kegemaran aku adalah:

Jeng. Jeng. Jeng.

Kuih Donut

Bahan-Bahan

1) Tepung Gandum
2) Yis
3) Mentega
4) Susu Pekat Manis
5) Gula Pasir
6) Telur

Cara-Cara

1) Masukkan Yis dalam 1 Cawan Air Suam. Tunggu Sebentar.
2) Campurkan Tepung Gandum, Mentega yang sudah dicairkan, Susu Pekat manis, Gula yang sudah dilarut, dan telur.-----> Gaul
3) Campurkan dengan 1 Cawan air suam + Yis. 
4) Kalau adunan, lembik = Tambah tepung
    Kalau adunan, Kering = Tambah air.
5) Balut mangkuk yang berisi doh dengan kain basah dan tunggu dalam 40 minit sehingga adunan betul-betul kembang. 
6) Uli adunan tersebut dan goreng. 
7) Tabur gula pasir yang sudah dikisar ke atas donut. Siap!

Ini resipi kegemaran aku sebab Donut ni sedap and aku memang suka-suka-suka giler donut. Plus, aku rasa dia mudah untuk dibuat. haa! yang bahagian kat atas tu tak ade sukatan sebab aku rasa boleh kot main agak-agak ikut sesedap rasa. hehe.

sumber: google





Saturday, October 25, 2014

Day 18: Siri TV Kegemaran

Assalamualaikum.

30DaysChallenges-Day18

Siri TV Kegemaran.

Masa aku sekolah rendah dulu, Aku minat Lizzie McGuire.
Time tu dia tayangkan dekat TV2 waktu malam. *akutakdeastro,



Lepas tu, bila dah besar sikit... aku suka layan drama melayu macam Manjalara, Sindarela, Tari Tirana. Tapi aku still layan je Wizard of Waverly Place, Sonny with a chance, Hannah Montana etc



Sekarang, dah jarang dah,, hmm.. atau lebih tepat TAK tengok TV. Sini tak de TVlah awaa~

So, Di situ mulanya perjalanan aku layan cerita Korea, sebab itu je sumber downloaded drama yang paling senang dapat dekat sini. Haha. *nampak sangat ramai bdk sini peminat korea.

Tapi kann... Drama Korea ni kira bersiri ke? sebab  dia kalau dah tengok, memang bantai satu hari habis 2-3 episod. lulz.

Ok.Berbalik pada soalan.

Siri TV Kegemaran?

Siri TV Kegemaran aku, aku pilih Lizzie McGuire & Sindarela.

Lizzie McGuire lakonan Hilary Duff, Adam Lamberg, & Lalaine
Sindarela lakonan Syarifah Amani, Bront Palarae, & Remi Ishak

sebab?

Best.

Kbye, nak bersiap untuk ke kelas.

Thanks For Reading. :)

Monday, October 20, 2014

Day 17: 5 Perkara Yang Sinuha rindu

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day17

Haii! Lama tak buat 30Days Challenge ni.
So, Let's Start!!!

5 Perkara Yang Sinuha Rindu


1) Family


Ok. Ni jawapan common tapi kena letak first jugak. hehe.

2) Makanan Malaysia

Bila dah start kelas,
kadang-kadang tengahari kena isi perut dengan biskut/makanan ringan sebab ada kelas and tak sempat. Kalau bernasib baik, sempatlah makan di kafe which is sangat tak menyelerakan.
Sejujurnya, aku yang jemu. XD

So, Kalau rajin,,Gigihlah aku membawa bekal ke universiti (eleh, roti/nasigoreng je punnn) sebab memang tahu perut ni kriuk..kriuk.. tak tahan lapar and bila tengok makanan cafe, huh! sigh.

Then,barulah rasa;

"Mana makanan malaysia?" T_T

3) Zaman Sekolah

Mengadakann?
Time zaman sekolah selalu cakap:

"Bilalah nak habis sekolah ni?"

Sekarang,

"Rindunya zaman sekolah."

 tak punnn...

 "Bila nak habis belajar ni?"

Ciss. manusia tak tau bersyukur. Haha.

 4) Aktiviti Tarian





Aku rasa aktiviti ni ibarat mengikis sifat "nerd" aku, sebab pasal tarianlah, Aku rasa "circle of friends" aku mengembang. ehehek. Pastu, dapat experience banyak benda!

hmm. Banyaklahhh! Malas je nak cerita pasal pertembungan dengan species lain and kisah makhluk ghaib.
Takut karang berhantu pulak blog ni. LOL!

 5) Cuti Sem 3 Bulan

Haa! ni lagi mengada. baru sebulan lebih naik cuti tapi, dah terfikir nak cuti balik.
Tumbuk sikit!!!

Haa~ so, apa perkara yang korang rindu?

Life Update #3

Assalamualaikum.

Terbengkalai blogposts 30DaysChallenge. sigh.

Tadi baru habis Quiz 1 (Biomaterial). Rabu hingga Jumaat minggu ni ada 19th International Alexandria Dental Congress. *Will update soon insyaAllah. Then, Sabtu ada Quiz 1 (General Surgery). Next, ada Quiz dan Quiz lagi. hehe. Tak habis kalau cerita pasal quiz ni. Hehe. XD

Alginate Impression Material

So, aku memang akan update 30DaysChallenge bila aku ada masa free. Mungkin ada je masa free, tapi aku akan isikan dengan benda lain. hehe. 

Lembab giler kann?
Orang lain buat 30DaysChallenge dalam sebulan je. Aku macam ada potensi nak buat dalam 3 Bulan jerk ni. Haha. 

Sekarang, aku tengah belajar buat Impression - untuk subject Prostho dan Amalgam Restoration untuk Tampal Gigi yang berlubang.

Amalgam Restoration
Setakat ni, okaylah. Adalah sumber "motivasi" bila terfikir:

"Eh, tak boleh malas ni. Sem depan nak kena rawat patient betul ni. Bukan model. Betul-betul tau!

So, dari tak fokus & malas... bergeraklah ke satu fasa yang; Okay, Fokus!!!

Walaupun, berapa kali entah Alginate Impression , Study Cast etc aku menjunam ke laut. Tapi, aku considered okaylah~ bila tengok ada yang lagi kurang bernasib baik. *cett, padahal nak sedapkan hati.

Ok Next.
Sabtu lepas tangan aku lebam sebab main Volleyball. First time tau main volleyball. Best!!!
Walaupun tangan aku lebam, tapi aku ada perasaan gian nak main lagi. Perasaan dia sama macam aku gilerr main futsal dulu..

Perasaan gilerr main futsal sama dengan perasaan taekwondo & tarian masa zaman sekolah dulu. Perasaan puas walaupun Penat. ahh! rindunyaa zaman tu. 

Aaa! kena sambung blogpost 30DaysChallenge-Day 17 ni.

See you soon :)

Wednesday, October 15, 2014

Day 16: Siapa? Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi?

Assalamualaikum.


"Siapa? Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi?"

Okay.

Siapa aku 10 tahun lagi?
Sekarang umur aku 20 Tahun. 
So, 10 Tahun akan datang.. aku akan berumur 30 Tahun. hahahahaha. Simple Math.

k. Tau tak lawak. =.="

K.Serious.. Serious. *kerutdahi*
So, in next 10 years, 
InsyaAllah, Aku dah habis belajar and dah start kerja di mana-mana klinik kerajaan. Aku harap dapat posting terus ke JB sebab aku memang malas dah nak merantau jauh-jauh.
Hope dapat duduk dengan family je and ulang-alik Klinik Kerajaan Taman U. <----aim klinik paling dekat dengan rumah. 

Dengar-dengar, aku boleh apply Master after 6 years kerja. Not Sure. *mcm lama sgt je..*
So, Masa umur aku 30tahun tu mungkin aku sedang apply/dah sambung ambil Master. ehehek XD
Nak aim sambung Master dekat UK/Australia. Haa! part ni boleh cancel yang bahagian atas tu. Yang part "tak nak merantau jauh tu".  *menyambung angan-angan masa SPM.

aaaaaaaaaaaaaaah....... *ngangamulut*

After 10minutes,,,

.........
...............


DING!
-bunyilampuataskepala

Haa!!!! Time tu aku dah ada Rumah and Kereta Sendiri...
 + Vespa. <---- Planning nak jadi ahli Kelab Vespa Malaysia. 
Tuu punnn, kalau ada masa lah. Kalau Buzy, aku hanyutkan angan-anganku di Pantai Lido. 

So, Siapa aku 10 Tahun Akan Datang?
InsyaAllah,

Saya Dr. Siti Nur Hajjar sedia untuk merawat gigi anda. :) 
Doakan ye?

Thanks For Reading :)

Sunday, October 12, 2014

Day 15: Surat Terbuka Kepada Elfira Loy

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day15

Fuwh *lappeluh*. Penat baru balik kelas.

Okay. Aku half-way dah nak habiskan 30Days Challenge ni. Hari ni tajuknya adalah:

"Surat kepada seseorang. Sesiapa Sahaja"

So, pasal aku ni peminat Elfira Loy. Kita buat fan letter lah. ekekeke. (takut karang aku buat surat kepada org yang tak dikenali, korang kata "Merepek apalah, dia ni.". hiks ) 

Aku minat dengan Elfira Loy ni sebab dia comel and semua gambar instagram dia cantik dan kreatif. Eventhough, ramai yang cakap pasal "kening" dia tu.. tapi dia take benda tu in positive way. Aku suka lah cara macam tu, like she let her own weakness to be her strength.

Sumber: Instagram Elfira Loy

Umur dia baru mencecah 20 years old, tapi dah achieve many things in her life like doing her own business and travel. Tu belum cakap yang on the age of 19th dia dah beli rumah sendiri tu.

Ok, tolong sedarkan aku yang aku kena buat Fan Letter, bukannya cerita pasal kenapa aku minat Elfira Loy.

Lempang sikit.
PANG!!!!

Okay. Dah sedar. Nah. Fan Letter :


" Dear Elfira Loy, 
Hai! Saya peminat awakkk! 
 Moga study and kerja dengan penuh semangat. 
Be a good actress dan jauhi gosip liar. Jadi ikon remaja yang memberi contoh baik kepada Malaysian tauu and Semoga Berjaya dalam apa pun yang El lakukann. haa! Tak lupa juga, saya doakan agar dapat jodoh yang baik-baik. 
Lastly, Kalau kita jumpa, Nak Selfie sekali boleh? Hehe ^_^

Sincerely, a big fan of yours :) "

Sumber: Instagram Elfira Loy


P/S: Haters Elfira Loy jangan komen kat bawah ni. Kita semua ada hak masing-masing untuk suka/benci sesiapa sahaja. 
Ehh, tapi pasal haters pun ada hak untuk hate.
Hmmmm,,, Aku bagilah komen tapi syarat no harsh word

Toodles.

Saturday, October 11, 2014

Day 14: Summit, Trade In Your Shoes!

Assalamualaikum

30DaysChallenge-Day 14

Hari ni tajuk 30 Days Challenge aku adalah:

"Cerita Kasut Saya" 

Walaupun tidak sehebat kisah kasut kaca cinderella bersama putera raja.... tapi........
kau layan jelah eh, fefeeling mak-mak jemah aku nak cerita ni.


Ini kasut aku yang  selama 7 bulan dia berjasa dekat aku. Walaupun pakai hingga menjadi mulut buaya, tapi ku gagahkan jua menyarung sampai balik Malaysia Jun yang lalu.
Balik je Malaysia, aku tak terus buang kasut ni. Aku pergi jahit tapak dia sebab condition dia yang still lawa and okay.. cuma tapak je terkopak sikit.

After je dah jahit, memang boleh guna macam biasa.
Tapi kisahnya, bulan lepas masa tengah sibuk-sibuk shopping barang untuk preparation balik Mesir.
Eh...Eh... tengok tu!



Tadaa.. Jumpa pulak Promo ni dekat Jusco kann? Menggatallah nak cuba. Nak-nak lagi memang tengah mencari kasut. Padahal on the same day, dah beli dua kasut dah dekat Jusco tu. Mengadaa kann nak cuba "Trade-In".

So, after shopping barang dekat Jusco. Aku dengan mak aku pergilah dekat outlet Summit tu and dipendekkan cerita. Aku pun Trade-In lah kasut aku tu. 
First time, aku Trade-In kasut. Sebelum ni, kalau tak boleh guna/tak nak pakai lagi, memang buang je, Tak pun sedekah dekat orang. 

Ni kira first time dalam sejarahlah aku "Trade-In". Kurang sikit rasa membazir. hehe.

Sebab hari tu aku dah beli dua kasut, so macam membazir je kalau nak beli lagi dua kasut. So, untuk offer ni aku amik one handbag and one kasut sebab discount 30% untuk the second item tuu memang wajib kena kasut. So, for the 1st item, aku amik handbag.

Handbag: Summit
Shoes: Dr. Cardin
Shawl: Glitter Wide-Shawl
Baju Kurung: Souvenier dari China
Gambar atas tu masa Hari Raya Aidil Adha hari tu.
So, balik je aku terus pakai kasut baruu. Kasut Lama tinggal dekat kedai.

Tadaa~ Ni kasut baru aku.


Balik je hari tu, Lunch Dominos jek. Lepas tu,balik rumah. Lepas tu, amik kereta gerak sengsorang gi Jusco balik, jumpa kawan. Lepas tu, balik rumah balik. After maghrib, keluar lagi amik kawan yg lain pulak dekat stesyen bas. Lepas tu, alang-alang..terus kidnap dia pergi makan-makan sebab malam tu ucu,pak uda mak uda dan family buat gathering and sekali harung sambut birthday iuolls. hectic betul! Tu belum cerita yang paginya tu, adik aku mengaruk nak soh bawa dia mandi kolam. Okay.. memang haru biru hari tu. -_-"

Barulah aku rasa kelam kabutnya lahaiii hidup aku ni!

Okay tu je.
Tata Titi Tutu!

Thanks for reading. :)

Friday, October 10, 2014

Day 13: 5 Blog Kegemaran

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day13

5 Blog Kegemaran saya untuk dibaca pada waktu lapang adalah: *drumrolls*

1) Blog Usang Lagi Bersawang
2) College Prepster
3) Namee Roslan
4) Fatin Liyana 
5) Sally Samsaiman.

Sorrylah short entry. Kalau ada masa lebih bolehlah jenguk-jenguk bloggerz di atas :)

Kbye. Love y'all.

Muah cikedd. :-*


Setelah Sekian Lama: Status CPUV Nuffnang On Going.

Assalamualaikum.




Hai semua,

Blog aku dah kembali sihat. Eceh-ceh-ceh...
Sebabnya CPUV dapat status On Going. Sebelum ni, untuk CTR/CPUV ada status credited je.. tak de pun status On Going. Tau-tau je:

" eh, eh... bertambahlaah duit!" *tp tambah bapa posen jelah. Aku bukan blogger pemess. LOL.

hmm, tapi memang peliklah,
Kenapa sebelum ni dia tak ada status On Going tapi tiba-tiba je credited? Memang macam gitu ea?

Btw, Happy Weekend guys!
Bestnya dapat cuti dua hari kat Malaysia. Saya kat sini cuti satu hari je. Hari Sabtu dah start kelas balik.

kbye.

P/S: Kalau rajin, bolehlah tolong click mana-mana iklan yang terpampang, mane tau ada rezeki untuk aku cash-out, dapat jugalah KFC se-dua. *berangan.

Thursday, October 9, 2014

Day 12: 5 wishlist as a 20-years old girl.

Assalamualaikum.

30DaysChallenge- Day 12

Doa-doakanlah agar aku dapat semua wishlist aku ni.

1) Samsung NX Mini


Masa aku pergi Sarawak hari tu, camera kesayangan aku rosak.Terjatuh di Cultural Village. So, aku tak ade cameralah sekarang ni. Sob.Sob.Sob. 

Walaupun camera aku baru je rosak, tapi aku dah lama dah aim Samsung nx mini ni. Hehe. 
Samsung NX mini ni comell sangat and specification dia memang memuaskan hati aku. Dahlah kecil. Serius aku nak ni!!!

Harga dia dah turun dalam RM1099 sekarang but in next 8month *bilaakubalik 
mesti harga dia turun lagi murah cuma, time tu mesti keluar model-model baru yang lagi gempak kann?

2) Lily Pulittzer Agendas




As a student, aku nak sangat ada agenda yang cute miut for organizing my day. Dekat Malaysia, susahlah nak dapat agenda/organizer yang lawa-lawa. Mostly, organizer yang macam orang tua je ada aka cover kulit warna hitam/coklat which is aku pandang sebelah mata jek sebab tak menarik perhatian aku. Sampai rasa nak buat custom made je.
Aku dah try usha agenda ni. Price dia dalam RM91..tapi untuk beli online and urusan shipping to Malaysia, aku tak pandai sangat.. So, kita pendam jelah yee? hmmph.

Tak de orang melayu ke yang tinggal US/UK yang nak belikan aku? 
memasang secebis harapan sebelum aku gali dan tanam impian.


3) Disneyland


Ni memang of course. Nak pergi dari zaman kanak-kanak lagi kott.

4) Bungee Jumping

Okay. Benda ni kalau buat sekali seumur hidup pun aku puas. At least, pernah cuba sekali pun tak pe.

P/S: Tengah cuba naikkan berat badan, so boleh naik yang Sunway Lagoon punya balik summer tahun depan (kalau berkesempatan)

5) Handphone baru

Aku pengguna handphone Samsung Wonder. Sekarang ni asyik hang je and lambat. Okay je guna handphone ni tak delah sampai nak campak ke apee... tapi saje je nak wishlist handphone baru. hehehe *senyum gatal*
Tak target pun nak handphone ape. Macam nak Iphone, tapi pasal sedar diri student---aku let go jelah nak Iphone tu.

Berpegang pada pribahasa:

"Ukur Baju Di Badan Sendiri"

Thanks For Reading.