Monday, December 29, 2014

Day 28: 5 Perkara bermula dengan andainya

Assalamualaikum

30DaysChallenges-Day 28

Huwaaaaa!!! Tolong aku. *menangisteresak-esak*
Terkelip-kelip mata aku baca tajuk ni.
Serius ini bukan kebolehan aku, nak membina ayat sebegini.

Apa 5 Perkara yang bermula dengan "andainya" ?

Dush. Rasa berat satu dunia terletak di bahu kanan dan kiriku. urgh!
*dramatik sangat*

Ok. *deepbreath*
I'll try.

1) Andainya Mak and Ayah aku tak bercinta and kahwin dulu, mesti tak dapat aku. Hak Hak Hak. XD
*okay,kay..aku serius*

2) Andainya pada waktu dulu, aku tak try main gitar, mesti sampai sekarang, aku akan ada perasaan

 "haa,,, kan best kalau aku reti main gitar"

3) Andainya, waktu lepas aku kena buli dengan senior masa zaman asrama dulu and call mak aku nangis-nangis *sampai terasa masinnya hingus  sebab nak minta pindah sekolah and
ANDAInya lahkann, Mak aku benarkan aku pindah sekolah, mesti aku tak akan dapat kawan-kawan yang happening. Maka, segala pengalaman yang aku dapat kat Seseri akan "Puff". Hilang macam tu jek!



4) Andainya, suatu ketika dulu... Waktu aku tengah dapat gred D & E untuk subjek sains time Trial Exam SPM and aku give up! Mesti aku tak akan dapat lihat betapa banyaknya Allah dah sediakan untuk aku pada waktu sekarang.

Satu pengajaran yang aku teringin nak share untuk adik-adik:

"Jangan give up kalau dapat result exam yang teruk, Keep Trying! Never Give Up!
 Kita tak tahu apa yang Allah dah sediakan untuk kita di masa hadapan. Tak semestinya kalau dapat gred rendah or even fail, kita tak boleh berjaya dalam SPM. Miracles happen! "

For SPM jelah, aku boleh bagi nasihat, For zaman Universiti ni--Aku masih teraba-raba mencari diri. *ampunkan kekhilafan diri ini*

5) Andainyalah kan, aku amik course Sastera, Mesti sekarang korang tengah baca satu blogpost yang puitis dan menggunakan tatabahasa melayu yang betul serta ayat yang penuh melodramatik sekarang.
Tapi, malangya, Bukan.

Terima jelah yekk apa yang aku sajikan ni. Tak berniat nak berpuitis ke apa.Main hentam kromo je ikut gerak hati.

Enjoy!

1 comment:

  1. Andainya akak tak singgah sini,mesti akak terlepas peluang baca entri andainya sinuha ni ;)

    ReplyDelete