Sunday, November 2, 2014

Day 19: Resipi Kegemaran Saya!

Assalamualaikum.


Hari ni aku nak share resipi kegemaran aku. Resipi kegemaran aku adalah Resipi Kejayaan.

Kikkrek krekk hekkk...*bunyiradiorosak*

k, gurau-gurau. Resipi Kegemaran aku adalah:

Jeng. Jeng. Jeng.

Kuih Donut

Bahan-Bahan

1) Tepung Gandum
2) Yis
3) Mentega
4) Susu Pekat Manis
5) Gula Pasir
6) Telur

Cara-Cara

1) Masukkan Yis dalam 1 Cawan Air Suam. Tunggu Sebentar.
2) Campurkan Tepung Gandum, Mentega yang sudah dicairkan, Susu Pekat manis, Gula yang sudah dilarut, dan telur.-----> Gaul
3) Campurkan dengan 1 Cawan air suam + Yis. 
4) Kalau adunan, lembik = Tambah tepung
    Kalau adunan, Kering = Tambah air.
5) Balut mangkuk yang berisi doh dengan kain basah dan tunggu dalam 40 minit sehingga adunan betul-betul kembang. 
6) Uli adunan tersebut dan goreng. 
7) Tabur gula pasir yang sudah dikisar ke atas donut. Siap!

Ini resipi kegemaran aku sebab Donut ni sedap and aku memang suka-suka-suka giler donut. Plus, aku rasa dia mudah untuk dibuat. haa! yang bahagian kat atas tu tak ade sukatan sebab aku rasa boleh kot main agak-agak ikut sesedap rasa. hehe.

sumber: google





2 comments:

  1. simple ja kan resepi ni. lama pulak tak buat donut. ^_^

    ReplyDelete