Wednesday, September 10, 2014

Sarawak, Bumi Kenyalang [Part 2]

Day 2

1) Kedai Crystal&Cenderamata


Pada hari kedua, perjalanan kami dimulakan dengan melawat kedai Crystal. Di sini banyak menjual crystal. haha. apa punya ayatlahh kann?

Selain daripada crystal, di sini ada juga menjual pelbagai cenderamata seperti bag, keychain, pencil etc. Mengikut sumber, harga di sini lebih murah berbanding di Bandaraya Kucing dan memang betul. Harga di sini memang lebih murahh.

sakan membeli belah

2) Gua Angin

Selesai sahaja membeli-belah, Kami semua menuju ke Gua Angin. Sebelum masuk, kita kena daftarkan diri dan sewa lampu suluh yang disediakan. Gua ni nama je Gua Angin tapi Panas! berpeluh-peluh masuk. sigh. Nama pun Outdoor activities kann?


Nah! Belanja gambar kelawar dalam gua sikit.



Dalam gua, of course kan gelap. Pada pandangan aku, tempat untuk berjalan kaki dia tak membahayakan sangat. Memang sesuai untuk "santai2" bagi orang yang memang so-not outdoor person kann?

3)Gua Tergantung/ Fairy Cave

Selepas je, melawat Gua Angin. Kami ke Gua Tergantung. Kenapa Gua Tergantung? Sebab gua tu tinggi dan perlu naik tangga untuk ke Gua tersebut. Tak yah cakaplah. Memang termengah-mengah. Dahlah, pergi tak ready. Masuk gua pakai kasut biasa and bukan sport shoes. Lahaiii! Cuak jugaklah.

Pintu Masuk ke Fairy Cave.
Nak jumpa pintu masuk ni pun kena naik tangga dalam 5-6 tingkat. Bayangkanlah.
Dekat dalam ada tangga lagi.. haa! memang gila.



Tapi memang berbaloi. Dalam gua ni. Subhanallah! Memang cantik pemandangan di sini and udara rasa nyaman dan sejuk je. Tumbuh-tumbuhan pun tumbuh segar. Dengar pulak bunyi flow air. Rasa nature sangat. Memang berbaloii dengan segala tangga-tangga yang kitorang daki tadi. fiuwhh.

4) Matang Wildlife Centre


Next, kitorang ke Matang Wildlife Centre untuk melihat Orang Utan. Walaupun sebenarnya dekat sini banyak juga haiwan lain tapi kitorang memang nak tengok Orang Utan sahaja. Just Orang Utan. Binatang lain is too common. haha. Nampak sangat aku dah bosan pergi Zoo. 


walaupun banyak binatang dan Orang Utan di sini tapi aku share satu je gambar. Ini Orang Utan yang paling besar pernah aku nampak sepanjang hidup. Tak kurang juga dengan perangai dia yang active. Gayut sana Gayut sini. Dalam sangkar, bolehlah tengok depan-depan macam gini, cuba kalau dilepaskan, memang aku lari lintang pukang. 

Hmm, agak sedihlah sebab aku bayangkan all those cute baby Orang Utan yang kite boleh kendong and main tapi dekat sini tak ade. So, tak pelah, takde rezeki.

and actually, aku teringin sangat nak masuk banyak-banyak-banyak-banyak gambar tapi nak upload ada payahlah. Korang pun nak tunggu loading mesti berat kan? So, cukuplah dengan gambar yang ada :'(

Ok. Habis sudah cerita untuk Day 2.  Jangan lupa untuk baca Day 3.

Bye semua :)

1 comment:

  1. Kalau akak naik Gua Tergantung tu, memang boleh 'tergantung' nafas dibuatnya :)

    ReplyDelete