Saturday, September 27, 2014

Day 4: Buku Kegemaran Anda

Assalamualaikum.

#30dayschallenge-Day4

Sejujurnya, Aku memang pembaca buku yang tegar. (dululah) dan bila ditanyakan soalan tentang buku kegemaran.Toing!!! Hammer ketuk kepala-sebab tak tau mana satu buku nak pilih jadi buku favourite. me wanna cry! T_T *sakitweikenahammer.

Setelah difikir masak-masa menggunakan periuk kukus dan dibuang segala buku(dengan acah lempar-lempar buku) yang aku rasa tidak memenuhi syarat, Buku kegemaran aku adalah siri Dear Yayah by Kak Farihah Iskandar. Ya! Dan tidak lupa juga Novel Hai Suria dan Dear Yayah The Diary.(Diary aku time form4-5 tuu kott).


Hah! Kira hampir semua novel tulisan Kak Yayah ni aku baca kot. Okayy.. ye, ye..aku ngaku, aku dulu memang pemborong teennovel PTS one. *bhahaha. Sampai dulu berangan kengkonon nak jadi penulis novel.

Haaa~ Nak cerita ni! Meh-meh. *eksaitedakuni  Haha. Dulu aku pernah jumpa Kak Yayah ni dekat Pesta Buku PWTC!!! -nada eksyen. Siap mintak sign lagi dekat buku Dear Yayah The Diary aku tuu.. mwehehe. Sweet memory zaman sekolah. Kira time tu aku bersyukur gilalah dapat sekolah hutan tengah bandar tu. Senang nak terjah PWTC time Pesta Buku berlangsung. Pastuuu nak nak pulak dapat jumpa writer novel yang aku minat! ^_^  Sapa tak rasa gempak weeiiii?!! Okay. Sekarang terserlah zaman "nerd" aku dulu.

Tet.Tet.Tet. tersedar seketika.

Tersedar yang aku ni tadi masa nak tulis entry ni macam tak de idea.BLANK. Bila dah start tulis pasal buku ni, macam banyak pulak benda nak cerita. So, sebelum entry ni terpublish menjadi sebuah novel. Lebih baiklah kiranya jika hamba mengundur diri.

Thanks for reading guys.
*tau aku ni kuat merapu kengkadang.

3 comments:

  1. samalah kita. suka sangat dear yayah. tapi yus tak beli pun komik dia..
    yang hai suria masa dulu tak jumpaaaa...

    ReplyDelete
  2. Samalah. Suka sangat dengan Dear Yayah ni. Siap simpan dalam almari supaya orang lain tak usik

    ReplyDelete
  3. hahaha, ada beli yang di bukukan tebal2 terus. macam kamus dh sekali tengok~ XD

    ReplyDelete