Tuesday, September 30, 2014

Day 7: Sejauh mana pendidikan itu penting bagi Sinuha

Assalamualaikum.

#30DaysChallenge-Day7

Sejauh mana pendidikan itu penting bagi Sinuha?

Nak jugakk tunjuk rajin. ekekeke.

Tajuk kali ni agak serius. Bolehlah semua sediakan sikat. Buat rambut belah tepi. Pastu, amik cermin mata besar. Baju jangan lupa tight-in ya?

Bagi aku, pendidikan tu sejauh mesir? Eh.. Gurau-gurau. k. Serius!!

Aku tak tahu bagaimana nak jawab sejauh mana pendidikan itu penting bagi aku?
Sebab pada aku, Pendidikan atau ilmu ni adalah perjalanan yang tiada penghujung. Haaa! *keluar sudah ayat komsas. 

Siapa je yang tak anggap pendidikan ni penting weii? Kalau korang tanya pengemis tepi jalan pun, sah-sah dia nak suruh anak diorang pergi sekolah. Kalau tanya Cikgu, Lagilahhh...Silap haribulan tak dapat result cemerlang, dibantai dengan batang paip. Ehh? *macam pernah kena je.
Jadi, pendidikan tu penting.

hmm,,,ketap gigi. kecilkan mata..

yee.. amat penting!!!

Di sini aku senaraikan beberapa kepentingan ilmu. Kot-kot masih ada yang tak tahu kepentingan ilmu, yelah. Zaman dah moden. Kadang-kadang 21+11 pun nak guna kalkulator kat henponn tuu. *sindirdirisendiri

Kepentingan Ilmu:


1) Orang yang berilmu dihormati dan disanjung. 
2) Meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia.
3) Membentuk peribadi yang baik.
4) Membantu menyelesaikan masalah dan menggalakkan inovasi.
5) Membantu Pembangunan Negara.

ehh.. ade lagi ke??? Korang bolehlah tambahh sendiri...

btw,
Thanks for reading.
Lots of love, me. :)

Day 6: Menu Hari Ini

Assalamualaikum.

#30DaysChallenge-Day6





Kebetulan, Day-6 betul-betul jatuh pada hari aku ditugaskan masak kat rumah ni.
Aku masak simple je hari ni. (padahal memang selalu je punn masak simple...hmm).

Hari ni lauk kami adalah Asam Pedas. Alaa~ guna pes je punn. Katenyee,, hidup orang bujang. ekekekeke :)
and tambah je kicap sikit. Simple. Janji Perut Kenyang. :)


Lepastuuuuuuuuuuu,,,

Hari ni lepas balik kelas, Mesir dituruni hujan sekejap.
 Winter nak datanglerr tu. 
Bolehlahh, lepas ni aku get ready. 

Itu je untuk hari ini.
Thanks for reading :)

Sunday, September 28, 2014

Day 5: 3 Perkara yang Sinuha ingin katakan pada bekas kekasih.

Assalamualaikum.

#30DaysChallenge-Day5

"titew nak cakap kat ex-boyfriend titew yang titew sayang sangat kat dia..."
-mata malu-malu. tangan silang belakang. Badan goyang-goyang. Kaki main batu kecil di tanah. (amat gedikks)

***

Big HAHA.
Maaflah. Kalau itu sebenarnya yang korang harapkan dari aku sebab ia takk akan berlaku! Bhahahaha!!! *ketawagayalanun

Melompat dari satu batu ke batu yang lain. Mata korang melilau melihat lanun macam aku ni. Teruja. *lanunpakaitudung. Rare kan?

Hari ni aku nak bawa watak Lanun.*Kching-kching.-bunyi tangan cangkuk lanunku yang diasah pisau.
Lompat lagii dari batu tinggi ke batu yang laagi tinggii!

Cing.cing.cing. Aku lompat dari satu batu ke batu yang lain dengan pantas! dan tetiba...... mata korang bersinar melihat apa yang diukir oleh aku ke batu tu. *teror gak tangan cangkuk ni.

Tadaaaa!

"SINUHA TIADA EX-BF"

kwang.kwang.kwang.

By, #Teamsingle

Thanks for reading.
May you have a bright day ahead. ^_^

Saturday, September 27, 2014

Day 4: Buku Kegemaran Anda

Assalamualaikum.

#30dayschallenge-Day4

Sejujurnya, Aku memang pembaca buku yang tegar. (dululah) dan bila ditanyakan soalan tentang buku kegemaran.Toing!!! Hammer ketuk kepala-sebab tak tau mana satu buku nak pilih jadi buku favourite. me wanna cry! T_T *sakitweikenahammer.

Setelah difikir masak-masa menggunakan periuk kukus dan dibuang segala buku(dengan acah lempar-lempar buku) yang aku rasa tidak memenuhi syarat, Buku kegemaran aku adalah siri Dear Yayah by Kak Farihah Iskandar. Ya! Dan tidak lupa juga Novel Hai Suria dan Dear Yayah The Diary.(Diary aku time form4-5 tuu kott).


Hah! Kira hampir semua novel tulisan Kak Yayah ni aku baca kot. Okayy.. ye, ye..aku ngaku, aku dulu memang pemborong teennovel PTS one. *bhahaha. Sampai dulu berangan kengkonon nak jadi penulis novel.

Haaa~ Nak cerita ni! Meh-meh. *eksaitedakuni  Haha. Dulu aku pernah jumpa Kak Yayah ni dekat Pesta Buku PWTC!!! -nada eksyen. Siap mintak sign lagi dekat buku Dear Yayah The Diary aku tuu.. mwehehe. Sweet memory zaman sekolah. Kira time tu aku bersyukur gilalah dapat sekolah hutan tengah bandar tu. Senang nak terjah PWTC time Pesta Buku berlangsung. Pastuuu nak nak pulak dapat jumpa writer novel yang aku minat! ^_^  Sapa tak rasa gempak weeiiii?!! Okay. Sekarang terserlah zaman "nerd" aku dulu.

Tet.Tet.Tet. tersedar seketika.

Tersedar yang aku ni tadi masa nak tulis entry ni macam tak de idea.BLANK. Bila dah start tulis pasal buku ni, macam banyak pulak benda nak cerita. So, sebelum entry ni terpublish menjadi sebuah novel. Lebih baiklah kiranya jika hamba mengundur diri.

Thanks for reading guys.
*tau aku ni kuat merapu kengkadang.

Paris Souvenier Giveaway By JINDRISSKA

Assalamualaikum.

Haiii. *senyum seindah mentari*
Di pagi yang indah dan segar, (baru balik jogging tauu...*eksyensiked)

Aku nak join contest ni. Yoohoooo! Sebab contest ni macam tertarik menarik dia memang de'bomb. *nyanyi rentak ruffedge,



Syarat2 penyertaan:

  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  • Buat satu entry bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan dan backlink ke blog JINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  • Wajib tag 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat bawah ni. Siap!


GIVEAWAY BERAKHIR 28 OKTOBER 2014
(jam 11:59 tengah malam, waktu Malaysia)


Senarai hadiah untuk dimenangi:
  • Hadiah Utama          : 20 x keychain Eiffel Tower
  • Hadiah Sampingan  : 3 x poskad Eiffel Tower
  • Hadiah Saguhati      : 3 x maps Paris 2014

hah, senang kan ? so, siapa yang nak join tu bolehlahh buat sekarang. So, aku dengan baik hatinya nak tag 3 orang Blogger yang comellzz.. Tadaaa~


#ni kali ketiga aku join GA. Yang dulu, tak dapat.. xde rezeki. Sobs. :'( Harap2lah ni dapat. Bahahahhaa. *mintaksimpati. K. Gurau je.

See ya!

Friday, September 26, 2014

Day 3: Sesuatu yang menguatkan anda

Assalamualaikum.

#30DaysChallenge-Day 3

Hari ni 30DaysChallenge bertajuk:

"Sesuatu yang menguatkan anda?"

Oh... sudah semestinyalah pengambilan Susu bagi meningkatkan kandungan kalsium dalam badan, yang membuatkan tulang badan kita kuat seperti besi.
Walaubagaimanapun akaan tetapp berkarat akibat lanjutan usia dan kena sedar dunia ni hanya sementara. acehwah. sentap tak?
Bolehlah beristighfar seminit dua.

Bila je baca tajuk ni, aku dah agak dah.. Jawapan mesti cliche.
Sebagai insan yang normal, jawapan aku pun cliche gaklah. hmm,
Sila lihat gambar dibawah:


my family.

Dah tahu kan jawapan aku?

So, apa yang menguatkan anda?

Terngiang-ngiang pulak lagu "What Doesn't Kill You Make You Stronger By Kelly Clarkson" dalam kepala ni. *Hangguk-hangguk kepala sikit.


nah. layan~~

Day 2: 5 Cara Memenangi Hati Sinuha

Assalamualaikum.

#30DaysChallenge- Day 2

5 Cara Memenangi Hati Sinuha


Actually, tulang pipi aku naik bagai ditarik jutaan rama-rama bila baca tajuk ni. Bhahaha. Seriously, aku memang tak open sangat kalau bab-bab nak "win" hati ni sebab seperti yang aku kata-- aku ni feelingless and memang entah. tak amik port.

Okay. So, Let's not talk in "Love" aspect. Aku akan cakap in general.*akupunsatu, tak semestinya memenangi hati ni kena "boys" kann?*
So, basically aku akan mudah tertarik dengan:

1) Perkara yang kelakar.

Everything yang buat aku gelak & ketawa,,, aku suka! *sengihkambingjap*.
Kira semua yang kelakarlah jadi pilihan aku, sebab tu mostly aku senang rapat dengan kawan-kawan yang bengong, gila-gila & kecoh.
Kawan-kawan yang macam ginilah yang akan buat aku ketawa bila aku ingat kat dorang.

2) Ice-cream
Sebenarnya aku dulu ada satu habits, dimana kalau aku sedih mesti nak ice-cream sebab aku percaya bila makan benda-benda yang manis akan membuatkan kita release stress and suntik hormon bahagia. Haha. Tapi tu pun dululah...masa zaman budak sekolah menengah. Sekarang punn,, kadang-kadang teringin gak bila kita sedih, orang belanja ice-cream. Hehe

3) Aktiviti yang Bold and Menarik
Aku akan tertarik dengan kawan yang boleh buat benda Bold and Menarik dengan aku. Contohnya macam Bungee Jumping/Naik Slide Tinggi/ Extreme activities... apa-apa yang mencabar dan mendebarkan. Jeng..Jeng...Jeng...

apa lagi eh yang boleh "win" hati aku ni?hmm...
tapi kalau aku merajuk,,, *jaritelunjukbouncefewtimestogether*-lulz, gediklah tuuwww.
cara nak "win" balik adalah.......................................

4) Say Sorry 
 Minta maaf dengan ikhlas je. Tak susah pun... nanti lama-lama aku cool gak.Tapi kalau ego kau meninggi ke langit, memang hatt-ttuii lah kawan macam gini. Nak makan kasut aku???

5) Leave me alone.
Leave me alone and biar aku cool dulu, nanti aku dah okay aku keluarlah dari kepompong aku. Haha. senang gilerwzz kan actually nak pujuk aku...

cuma the problem is......

"boleh detect kerw.... kalau aku merajuk?"


Wednesday, September 24, 2014

Day 1: Gambar Terbaru dan 5 Fakta tentang Sinuha

Assalamualaikum.

#30DaysChallenge-Day 1


Nak feeling jadi Cinderella sekejap.

Gambar latest actually dah post dekat entry sebelum ni and bila dah start kelas, sangat rare untuk aku amik gambar.
Ini gambar 4 hari before aku balik Egypt. Melepak di Dataran Merdeka, JB before pergi makan-makan dengan family sambil celebrate birthday aku & adik bongsu aku.
*birthday kitorang jatuh pada tarikh yang sama*.
Sibuk je kan nak lahir time birthday aku??? *pegang rotan*

5 Facts About Me

1) I Am the eldest of 4 siblings.

2) Not prefer sweet food. Choc is an exceptional.

3) Love everything that is Creative which is the reason why my fav app is Pinterest.

4) I talk fast but for the past few years, rasa dah makin kurang.

"Hah,,, apa??? "
"Lajunyer, ulang balik"
"Mana fullstop & koma kau?"

Get used by this kind of respond and really don't mind if I have to repeat myself.

and lastly,

5) Family Oriented Person.
sebab tu if anyone noticed, I'm most likely to hangout with family rather than friends.
But recently,

"dah pwaandai dah diee... hangout dengan kawannnn...."
 *tunding jari kat muka sambil tonggeng2 punggung macam nenek kebayan* 
hehe ^_^ 

Maybe the major factor is that I'm already 20 and most of my friend is 20 (ofcourselah kann) and maybe that's what 20-years old girls/boys do. LOL XD

Okay.
Thanks for reading.

Cabaran 30 Hari

Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama dah aku perasan pasal Cabaran 30 Hari ni. Best je bila baca, tapi masa dekat rumah dulu.. tak adelah sampai mencari siapa yang anjurkan segmen ni.. sebab dah agak mesti tak ada masa punya, sebab dekat rumah aku ni memang busy. Ish, busy aku ni kalahkan orang bekerja. Memang asyik "bekerja" je aku ni (tidur, makan, tengok movie, etc). Haa~ tu yang blog tak berupdate tu.

Tapi selepas 5 hari aku sampai sini, terasa macam nak join pulak segmen ni. Rasa macam banyaklah pulak "masa lapang".
 *smirksikit. Kau tunggu bape minggu nanti baru kau tau, jar.. camne "Masa Lapang" kau tu...




Lepas search, baru aku tau yang Idea ni adalah daripada blog Catatan Sue Izza dan rakan-rakan lain dari Kelab Blog Ben Ashaaari. (Btw. camne nak join Kelab Blogger Ben Ashaari ni pun aku tak tau) Nampak tak aku macam datang dari zaman batu?

So, aku pun tak berapa tahu sangat syarat dia...tapi rasa tak delah complicated dan memandangkan aku ni dah ketinggalan keretaapi beribu batu, jadi aku buat jelah apa yang aku mampu. Harap rakan-rakan blogger yang lain, tegurlah kalau aku tersilap buat ke apa... sebab boleh dikatakan yang aku nak buat ni macam "hentam kromo" je.

Haa! and insyaAllah aku akan start esok.
Nantikan!!!*bayangkan aku pakai black robe, lepas tu kibas black robe aku, ~ala yang macam magician tu.. lepas tu, aku terbang. suspen tak?*

Thanks for reading. 

Monday, September 22, 2014

The Versatile Blogger Award

Assalamualaikum.

Big thanks to Fadh Leyani for giving me this Award. ihiks :) 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rules.
If you are nominated, you’ve been awarded the Versatile Blogger award.
  •  Thank the person who gave you this award. That’s common courtesy.
  •  Include a link to their blog. That’s also common courtesy — if you can figure out how to do it.
  •  Next, select 15 blogs/bloggers that you’ve recently discovered or follow regularly. ( I would add, pick blogs or bloggers that are excellent!)
  •  Nominate those 15 bloggers for the Versatile Blogger Award — you might include a link to this site.
  •  Finally, tell the person who nominated you 7 things about yourself.
copied from here.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

15 cool & awesome Bloggers

4) Eeqa
12) Asha Lya

Ok. Senarai di atas adalah 15 Blogger yang aku pilih for this award. Big Thanks kalau mau melayan and Sorry kalau menyusahkan. Ala.. faham je kalau busy or malas. hehe.

Then, Let's proceed to next step. Kat bawah ni adalah 7 Fakta tentang diri aku. Hee~ Rajin-rajinkanlah baca. Aku rasa aku dah tulis ringkas sangat dah tu. :)

7 Facts About Me

1) Mula berkecimpung dalam dunia Blogger since 2012.
2) Kelam kabut tapi sebenarnya suka benda yang organized.
3) Pendiam tapi pandai bercakap (fakta ambil dari characteristic org yg lahir bulan Sep) Haha.
4) Lebih suka mee&roti berbanding Nasi.
5) Nasi Lemak bukan pilihan untuk Breakfast/Lunch/Dinner. Not my fav actually.
6) Ignorant and selalu org kata feelingless (utk yg dah betul2 kenal kot)
7) Favourite Cartoon adalah Mickey Mouse.

Ok. Done!

p/s: Kalau ada yang tag for liebster award, nanti-nanti eh... tunggu kalau ada free time lain kali. Hehe XD... kalau lama-lama tak ada tu, sama ada lupa/malas or busy tahap gabann. maaf.

Thanks for reading. ^-^

Sunday, September 21, 2014

Dah Sampai Alex Semalam.

Assalamualaikum.

Selfie first pada hari pertama kuliah. weehooot!

#First sekali nak cakap sorry kepada sesiapa yang tag aku, Sorry shesangat ye awak, nanti bila ada masa saya respond.

Okay,
Aku dah selamat sampai Alexandria, Egypt semalam. Sampai dalam pukul 4.30petang waktu tempatan tapi sampai rumah malam (tak tahu pukul berapa). Sampai-sampai.... Setelah angkat beg, housemates sambut birthday titeww... maluu angat. macam blushing je pipi kite. lulz. btw, thanks housemates. 

Nasib baik keadaan bilik aku "okay". Okay sebab aku memang dah expect the worst. Aku membayangkan bilik aku dah berpasir dengan kerusi meja berantakan dek ribut pasir yang mungkin berlaku semasa ketiadaan aku selama 3 bulan. Tapi Alhamdulillah, cuma debu je banyak. kerusi meja still dekat tempat yang sama. Kipas aku rosak--okay ini pun perlu cerita ke?

xpelah.continue...

tapi nasib baik aku beli kipas&lampu rechargable dekat Mydin. So, tidaklah tidur berpanas. harap2 tahan lamalah sebelum aku jumpa kipas baru. Mohon doakan agar aku jumpa senior  yg nak jual kipas dengan harga yang murah-murah-murah dan murah. 

Kelas??

Kelas okay je tadi. First day kann....Tapi tak tahulah esok-esok dan seterusnya, dimana kemungkinan aku untuk melompat/menjerit/melalak tak tentu pasal akibat stress akan berlaku. *tangan di bahu mata juling ke atas. mulut miming "over sangat".


Haa.. and bersyukur sebab masa fly semalam, Nina hantar aku ke airport. Thanks buddy.

.............................................................................................................................................

untuk pengetahuan, aku dah banyak type and delete, type and delete, type and delete......
sebab apa yang aku nak cerita pasal Nina rasa macam ayat sahabat cliche sgt and untuk mengelakkan kalian semua dan aku nak termuntah berbaldi, lebih baiklah aku bagitahu ayat dengan ringkas je.

Nina ni Bestfriend aku.

Dengan itu, aku mengakhiri entry aku pada kali ini. 

Sekian.

Friday, September 12, 2014

Shooting project di Country Garden

Assalamualaikum.

Tajuk aku memang fefeeling benar macam retiss gituwh. Padahal, bukan aku yang jadi Actress. Poyoss sangat kann?

Haiii uolls'
Ok.
Dekat Johor Bahru ni ada satu tempat nama Country Garden baru buka. Dekat Danga Bay. Lawa tempat dia, ala-ala bali gitu. Masuk je dari parking lot, ada transport yang macam kereta golf amik kita untuk bawa ke main entrance. Tak kena bayar pun. Rasa macam exclusive gitu. fefeeling orangkaya sikit.

But actually, tempat ni memang untuk orang kaya pun. Dorang rancang nak buat satu housing area 5-Star punya. Masuk je ada satu plan area yang dorang buat. Bangunan bertingkat-tingkat. Memang kaya giloss lah. Pastu, ada tempat relax macam ginikan. memang rasa macam duit berjuta sangat dalam poket.

Nak feeling juga jadi Mak Andam. Choiii!

Haa~ tapi tujuan aku datang ke sini dengan kawan-kawan aku bukanlah untuk membeli rumah/apartmen *takmampuuolls. Tapi tujuan kitorang adalah untuk membuat video Teaser Phylox Princess Project---kata dekat sini cantikk sangat kannn.
Haa! InsyaAllah, nanti after everything is ready, aku akan share dengan korang.

Yang edit-edit video ni pulak kawan aku lagi sorang, dia memang terorlah bab2 computer/gadget/buat video ni. Memang macam video editor tergempakk di tempat kitorang. Aku ni pun ikut-ikut je. Tolong2. Padahal kerja aku kena fikir activities and nama creative untuk project ni. Entah apa jelah yang jadi nanti. *pusingkepalaku*

Main Actress.

Tadaa~ Nilah main actress kitorang. Cun kann? Dia single tapi heart is taken. Wahaahahahahah XD

Hmm, Aku harap sangat Phylox Princess Project ni berjaya and Happening! Nak sangat rasa puas buat benda ni. Semoga semuanya dipermudahkan. :)


Thanks for reading. 

Thursday, September 11, 2014

Vote SINUHA for #mylipstyle contest by Lip Ice

Assalamualaikum.

selfie tudung ronyok.

Hai lovelies,
Semoga hari ni merupakan hari yang indah buat korang.

Hari ni aku nak cerita tentang "kerajinan" aku yang aku tak tahu datang dari mana untuk masuk contest #mylipstyle by Lipice ni. mwehehehe


Sebenarnya aku baru beli Lip Ice Water Colour (Kissy Pink), Colour Gloss and Sheer Colour semalam-preparation untuk balik Egypt. Egypt kering kot. *kipas2 tangan.

Egypt memang negara yang kering. Aku tak tipu. Kalau kat M'sia, aku rasa Lip Balm tu macam...

"Alaa, tak pelah. Minum air je"

tapi kalau kat Egypt memang selalu je kena tegur bibir kering. *sigh*
Padahal bukan apa, aku asyik lupa je nak pakai. *ketuk kepala. So Careless me.
Sampai satu tahap, aku terpaksa masukkan lipbalm dalam pencilcase, so that aku tak lupa.

Eh,Panjang pulak cerita. 

Okay.
So, Ceritanya pagi tadi aku telah pun bersiap-siap untuk Selfie. Sebenarnya takut juga. 
Yelah, Selfie sorang2 dalam rumah... takut je ade yang menumpang.urgh! Mintaklah dijauhkan.

haa! Look girls, the result, walaa~
Gambar kat atas nilah yang aku hantar for that contest. Korang if nak join, boleh buka FB Lipice Malaysia, okay? ^_^

Mintak vote satu, ya?
So, dah alang-alang aku join ni. Nak jugalah minta korang vote aku satu.
Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Ahaks.

Just go to this link and vote me k?
Muahh cikedd. Berjuta sayanglah untuk korang and....

*kalau malas nak scroll, just enter je nama aku. Then, it will go direct to my picture tapi kalau banyak masa/rajin bolehlah scroll lama-lama and look at all those beautiful ladies.

Ok, till then girls. Bye2

See ya' next time. :)

Sarawak, Bumi Kenyalang [Part 4]

Assalamualaikum,
Hai semua. Jumpa lagi nampaknya.
Ok, you guys can view [PART 1]/[PART2]/[PART3] here.

Day 4

1) Bandaraya Kuching

Kami menghabiskan hari terakhir dengan berjalan-jalan di bandaraya Kuching dan cuci-cuci mata sikit tengok barang-barang yang boleh buat souvenier. Antara tempat yang kitorang lawat adalah India Street. India Street ni ala-ala macam Jalan Tar/Masjid India. Kat situ jual barang-barang murah as T-shirt and other stuffs.

Ish. Mana mak bapak korang ni??
 Haa! Dekat situlah aku jumpa Orang-orang Utan ni. Lawa Mural dekat sini. Tak sangka dekat tepi jalan pun dapat ambil gambar lawa macam gini. Me is very eksaiteddz u'olls sebab memang dah lama teringin amik gambar macam gini tapi tak berpeluang.

Haa~ pilih-pilih
Cuaca memang Panaslah dekat sini. hehe. tapi nak buat macammana Malaysia memang Panas pun. Sini bukan UK, ye dokk?

Menyusuri Sungai Sarawak.
Nak tauu? Dekat sini pun kitorang ada naik bot. Nak menyusuri Sungai Sarawaklah katanye...
Naik bot ni dalam satu jam setengah. Suasananya amatlah nyaman. Angin sepoi-sepoi bahasa, memang sesuai untuk tidur. zzzzZZz...
Awal-awal naik je sibuk ambil gambar sana sini, lama-lama tersandar....haii.. sedapnya tidur.

"Mana Bantal?"
zzzZZZzzzzz.....

And then,
*drumrolls*
*heartbeating*

Tadaaaa~~~
Gambar Wajib
Kitorang menjenjakkan kaki ke Tugu Kuching ni.

haa! Gambar dekat atas ni memang gambar wajiblah. Ia ibarat kalau tak amik gambar dekat sini macam tak pernah sampai Kuching. Dulu masa aku pergi sebelum ni, aku tak ingat kitorang ada amik gambar dekat sini ke tak.. macam tak de.. tapi... hmm, entahlah. aku ni pelupa.

2) Muzium
Ok. Next,
On this last day, kitorang ada jugak jalan2 ke Muzium. Ada dua muzium kitorang pergi, Muzium Sarawak dan Muzium Kuching, Sarawak.


Meoowww!
Ini Muzium Kucing. 
Dekat sini, semua tentang kucing ada. Even, the slightest thing yang ada kucing mesti letak dalam muzium ni. Entrance fee PERCUMA tapi kalau bawa kamera kena bayar for that particular camera. (of courselah, korang bawa kamera kan?) -_-"

feeling meow sikitt!

nampak fokuss kannn?


Untuk Muzium Sarawak, aku ada ambil gambar tapi ......
*jari telunjuk kanan menyentuh jari telunjuk kiri berkali-kali* 

hehee.. malas nak transfer dari HP ke Laptop. Faham2 jelah ya. *peacecikedd*

Okayyy! Now,,,
Loncat2!!  A BIG yeay! 
Habis juga Travelogue Sarawak aku ni.

Enjoy Reading u guys. 
muah cikedd..

Wednesday, September 10, 2014

Sarawak, Bumi Kenyalang [Part 3]

Hello There,
Okay, Jom sambung dengan cerita tentang percutian aku di Sarawak [part 3]. Hope you don't get bored.
Enjoyy!

Day 3

ya. aku pendek.
1) Sarawak Cultural Village

Sarawak Cultural Village terletak di kaki Gunung Santubong which is very legendary dekat Sarawak ni. On the way to this Cultural Village, korang boleh tengok bentuk Gunung Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang yang berbentuk muka dan badan manusia (need alotsa imagination)

Sampai sahaja di entrance dan selesai membeli tiket, korang akan diberikan Passport untuk dicopkan di setiap rumah budaya di sini. Kira untuk checkpointlah.Bagus juga, So that boleh detect kalau tak masuk mana-mana rumah. It was very fascinating experience for everyone to have. Terasalah macam

"Wahh, Malaysia memang kaya dengan budayanya *lagu instrumental patriotik berkumandang"

Rumah Penan :)
Di sini terdapat lebih kurang 7 rumah budaya Etnik yang dipamerkan. Antaranya Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu, Melayu and etc. Setiap rumah akan mempamerkan keunikan etnik masing-masing dan tidak lupa juga "welcoming dance" dari etnik mereka.

Not to miss chance to sumpit beside half-naked man 0-0 ooopsie.
 Dalam tidak sedar, hampir setengah hari juga kitorang berada di sini. Berjalan sana-sini and not to forget selfie sana-sini. hmm. cuaca waktu ni panas terik. So boleh consider fortunate jugalah kann... daripada kena berjalan dalam hujan. hehehe

Selesai habis semua checkpoint, kami ke dewan untuk menikmati persembahan yang telah disediakan.

Thumbs up for Persembahan Sumpit. :)



Lepas tengok show, kitorang pulak buat performance. Hehe. Mentang-mentang dua dua ex-dancer sekolah. haha.

Okay. After show, macam biasa pergi ke kedai cenderamata and then menuju ke destinasi seterusnya which is........

2) Shopping Ikan Terubuk di Pasar Satok


---------------tetttttt-----------
tak ade gambar sebab kami adik beradik tak ikut serta dalam sesi membeli belah ikan di pasar.

3) Beraya

Okay. Aku rasa tak pernah dibuat orang menyambut raya di rumah tourist guide. But, anyway thanks to Pak Jai sebab ajak kitorang beraya. Kira dapat jugalah rasa mood raya di perantauan. haha. Pak Jai pun cakap tak pernah dia bawa orang makan angin waktu musim perayaan.
Haha, kitorang memang suka buat benda lain daripada yang lain. Despite the fact that actually time raya je CONFIRM dapat kumpul semua. hahahah.


Okay. Don't forget to read on the finale part. [PART 4]

Sarawak, Bumi Kenyalang [Part 2]

Day 2

1) Kedai Crystal&Cenderamata


Pada hari kedua, perjalanan kami dimulakan dengan melawat kedai Crystal. Di sini banyak menjual crystal. haha. apa punya ayatlahh kann?

Selain daripada crystal, di sini ada juga menjual pelbagai cenderamata seperti bag, keychain, pencil etc. Mengikut sumber, harga di sini lebih murah berbanding di Bandaraya Kucing dan memang betul. Harga di sini memang lebih murahh.

sakan membeli belah

2) Gua Angin

Selesai sahaja membeli-belah, Kami semua menuju ke Gua Angin. Sebelum masuk, kita kena daftarkan diri dan sewa lampu suluh yang disediakan. Gua ni nama je Gua Angin tapi Panas! berpeluh-peluh masuk. sigh. Nama pun Outdoor activities kann?


Nah! Belanja gambar kelawar dalam gua sikit.



Dalam gua, of course kan gelap. Pada pandangan aku, tempat untuk berjalan kaki dia tak membahayakan sangat. Memang sesuai untuk "santai2" bagi orang yang memang so-not outdoor person kann?

3)Gua Tergantung/ Fairy Cave

Selepas je, melawat Gua Angin. Kami ke Gua Tergantung. Kenapa Gua Tergantung? Sebab gua tu tinggi dan perlu naik tangga untuk ke Gua tersebut. Tak yah cakaplah. Memang termengah-mengah. Dahlah, pergi tak ready. Masuk gua pakai kasut biasa and bukan sport shoes. Lahaiii! Cuak jugaklah.

Pintu Masuk ke Fairy Cave.
Nak jumpa pintu masuk ni pun kena naik tangga dalam 5-6 tingkat. Bayangkanlah.
Dekat dalam ada tangga lagi.. haa! memang gila.



Tapi memang berbaloi. Dalam gua ni. Subhanallah! Memang cantik pemandangan di sini and udara rasa nyaman dan sejuk je. Tumbuh-tumbuhan pun tumbuh segar. Dengar pulak bunyi flow air. Rasa nature sangat. Memang berbaloii dengan segala tangga-tangga yang kitorang daki tadi. fiuwhh.

4) Matang Wildlife Centre


Next, kitorang ke Matang Wildlife Centre untuk melihat Orang Utan. Walaupun sebenarnya dekat sini banyak juga haiwan lain tapi kitorang memang nak tengok Orang Utan sahaja. Just Orang Utan. Binatang lain is too common. haha. Nampak sangat aku dah bosan pergi Zoo. 


walaupun banyak binatang dan Orang Utan di sini tapi aku share satu je gambar. Ini Orang Utan yang paling besar pernah aku nampak sepanjang hidup. Tak kurang juga dengan perangai dia yang active. Gayut sana Gayut sini. Dalam sangkar, bolehlah tengok depan-depan macam gini, cuba kalau dilepaskan, memang aku lari lintang pukang. 

Hmm, agak sedihlah sebab aku bayangkan all those cute baby Orang Utan yang kite boleh kendong and main tapi dekat sini tak ade. So, tak pelah, takde rezeki.

and actually, aku teringin sangat nak masuk banyak-banyak-banyak-banyak gambar tapi nak upload ada payahlah. Korang pun nak tunggu loading mesti berat kan? So, cukuplah dengan gambar yang ada :'(

Ok. Habis sudah cerita untuk Day 2.  Jangan lupa untuk baca Day 3.

Bye semua :)

Tuesday, September 9, 2014

Summer Break 2014: Sarawak, Bumi Kenyalang. [Part 1]

Assalamualaikum.


Hai semua, 
Dengan menepekkan gambar aku yang berlatarbelakangkan airport sudah semestinya korang dah tau aku nak cerita pasal apa kann? 
Hahh? Apaa? Dah tau dah destinasi akuu? 
Tipu. 
Kau usha title kannn? Eleehhhh~ 

K.

So, Let's Get Started.

Day 1

Kalau perasan, ada aku memeluk beruk.
Kami spend 4days & 3nights dekat Sarawak ni. Pergi masa Hari Raya Kedua, Balik Johor Hari Raya Kelima.-The reason kenapa gambar raya/duit raya aku sikit.  T_T

Tapii ada pros/cons jalan waktu musim perayaan ni, Antaranya:
Advantage: Tempat2 perlancongan sikit orang
Disadvantage: Susah cari makan. Restaurant/warung/gerai mostly tutup.

Kami sampai di Kuching International Airport pada waktu pagi.*tak ingatlah pukul berapa. 
So, dari situ kitorang terus memulakan perjalanan kitorang. First, cari breakfast.
dan seperti yang aku katakan tadi, time musim perayaan ni susah nak cari makanan. Mostly, kedai tutup. Hambar.

Nasib baik Giant buka. So, kitorang makan fast food jelah. 
Restoran Sugar Bun, agak popular juga aku tengok restaurant ni dekat bumi kenyalang ni. Dekat semenanjung tak pernah pula aku perasan.

1) Jong's Crocodile Farm & Zoo

Inilah destinasi pertama yang kitorang pergi. Pada aku agak bosan sebab.... alaaa~ dari besar ke kecik asyik tengok binatang je. Dekat Johor ni pun ada satu ladang ternakan buaya tau, yang siap jual daging buaya. Lagi gila. Dahlah mahal harga daging buaya ni. 



Namun, Show "Flying Crocodile" ni tak menghampakan. Aksi-aksi crocodile ni bila diberi daging ayam gantung memang syiok. Cuba bayangkan kalau kita yang digantung?


Selain daripada Show "Flying Crocodile", Disini juga ada mempersembahkan "Arapaima Giga Show" tapi basically, show ni adalah memberi roti kepada sekumpulan ikan.  -_-"


Selain itu, ada jugalah mempamerkan beberapa hidupan liar dan spesies2 lain. Bolehlaaa~

2) Kek Lapis Sarawak


Benda ni memang perkara wajib bila dah jejakkan kaki di Sarawak. Sarawak yang memang terkenal dengan Kek Lapisnya. Maka, Haruslah kita singgah dan membeli belah sebanyak mana yang mungkin untuk dibawa balik ke Semenanjung. Kalau disini, harga baru RM10, Kalau di semenanjung, harganya sudah mencecah RM20++.

Haa, Sesi Memilih!!

Selesai saja memilih dan try tester, kitorang dibawa makan tengahari (walaupun dah petang) dan sekali lagi ditekankan, memang susah cari kedai makan. Yelah, raya kedua. Semua masih dalam mood beraya. Nasib baik jumpa juga tempat makan. Selesai je, kitorang dihantar ke homestay oleh Pak Jai. Haa! yang berbaju biru di atas tu.
Malam kitorang tak jalan. Lagipun, di sini kedai tutup awal. Jadi, pada malam hari kitorang hanya berehat dan menikmati telemovie syawal di TV3. Hahahaha.

Okay. Nantikan Part 2 ya? 

P/S: sorrylah, cerita dah lama peram jadi pekasam baru nak update. :'(