Sunday, January 4, 2015

Review Movie: Manisnya Cinta Di Cappadocia

Assalamualaikum.

Haiii!
Dua hari lepas, aku baru tengok cerita Manisnya Cinta Di Cappadocia.
Rate aku bagi dalam 4/5.

Aku suka je cerita macam ini. Cerita yang comel-comel, konflik cerita tak berat. Santai je tengok.
Haa! sebab tulah aku suka cerita Istanbul, Aku Datang! *ok.lari topik.

Barisan pelakon dia pun mantap (walaupun aku rasa lagi best kalau Lisa Surihani yang jadi Main Actress). Even yang jadi pelakon tambahan pun bukan calang-calang orang.


Release Date: 11 Dec 2014
Genre: Comedy/Romance
Running Time: 102 Minutes
Director: Bernard Chauly
Cast: Fazura, Shaheizy Sam, Faizal Hussein, Fauziah Ahmad Daud,Zaibo, Rafidah Ibrahim....

Trailer


Sinopsis:

Cerita ini mengisahkan tentang Ifti Liyana (Fazura) yang memutuskan hubungannya dengan lelaki pilihan keluarganya Fredo(Josiah Hogan) kerana Fredo telah bersikap curang.

Ifti dan Nizam (Shaheizy Sam) bertemu buat pertama kali ketika Ifti membawa anak-anak saudaranya keluar di Mall. Ifti seorang yang bersifat keibuan dan menjaga anak saudaranya yang telah kehilangan ibu dengan penuh kasih sayang.

Ifti sudi berkenalan dengan Nizam walaupun Nizam memberitahu bahawa dia hanyalah seorang pemandu bas. Pada ifti, harta dan pangkat tidak penting dalam mengecapi kebahagiaan. Bibit-bit percintaan mereka bermula di Turkey (Cappadocia).

Setelah pulang ke Malaysia, Ifti terserempak dengan Nizam bersama seorang wanita dan anak kecil. Ifti kecewa lalu memutuskan hubungannya dengan Nizam tanpa mendengar sebarang alasan.Setelah beberapa ketika, Ifti terserempak lagi dengan lelaki yang sama dan mendapat tahu bahawa lelaki tersebut adalah abang kepada Nizam iaitu Khairil.

Ifti sedar akan kesilapannya. Namun, dia tidak tahu bagaimana hendak menghubungi Nizam untuk meminta maaf. Izzi (Lisa Surihani) sedar akan perubahan kakaknya dan tahu bahawa kakaknya menyesal atas tindakan tersebut.

Pada hari jadi Ifti, Nizam datang membuat kejutan. Dia memberi sebuah kereta sebagai hadiah hari jadi Ifti. Nizam meminta maaf kerana tidak memberitahu Ifti lebih awal bahawa dia adalah seorang Pilot dan bukannya pemandu bas. Rupa-rupanya, Nizam adalah kawan Shahriel (bakal tunang Izzi) yang Izzi sudah cuba untuk memperkenalkan kepada kakaknya. Ifti berterus terang sebab dia marah kepada Nizam dan akhirnya, mereka pun bersama. :)

***

Cerita ini mengingatkan pengalaman aku bercuti di Turkey.
Pada pendapat aku, Turkey memang satu negara yang sangat best untuk melancong. Scenery dia the bomb!!!! Memang lawa yang sampai tak terkata. Rakyat yang peramah dengan pelancong. Sejarah-sejarah islam dia. Awww~ memang rasa nak pergi lagi. Satu tempat yang tak akan rugi kalau jelajah.

and

Kalau rajin, jenguk-jenguklah ^_^ hehe:
Day 1- Turkey, Kami Datang!
Day 2- Cinta Pandang Pertama
Day 3- Bergama
Day 4- Izmir
Day 5- House Of Virgin Mary, Ephesus & Pamukalle
Day 6- Antalya, Kota Salji
Day 7- CAPPADOCIA, Land of beautiful horses
Day 8- Bursa, Pengalaman pertama bermain Ski
Day 9- Antalya, Siapa Kamal Ataturk?
Day 10- Istanbul, Aku kembali!
Day 11- Selamat Tinggal, Turkey!


Saturday, January 3, 2015

Azam 2015

Assalamualaikum.

Hellloooo 2015!!!

Apa azam korang? Nak tau! Nak tauuu!! NAK tauuuu!!! *terkinja-kinja

Aku roughly baru buat Azam 2015.
roughly jelah. Nanti lepas exam, aku specify kan betul-betul.
Baru tulis apa yang aku nak for this year, cuma tak fikir lagi how to get those things.

Sejak habis sekolah ni, Azam tahun baru tak terasa "excited" sangat sebab kelas selalunya start bulan September. Azam "tahun baru" kira akan terAwal. Kalau tidak pun, terLewat sebab Sem baru start bulan Februari.

Kiranya, Azam Sem Baru lagi feel dari Azam tahun baru.

Dulu zaman sekolah, Azam Tahun Baru ni rasa excited sebab tahu masuknya tahun persekolahan yang baru, baju sekolah baru, beg sekolah baru, kasut sekolah baru, pen baru, pemadam baru. Kira dari atas sampai bawah semua baru. So, excitedlah berAzam baru!

Now, semua benda tu buat masa nak masuk Sem baru. Tapi lain pula list shoppingnya.
Gila kau! nak shopping baju sekolah and kasut sekolah.*hah! terkejut beruk korang.



Mestilah, beli barang-barang orang-orang besar pulak sekarang. Cehwah!Kebendalah barang orang besar tu... *merepek je aku ni sebenarnya*

Antaranya,
Dulu cari kasut sekolah, sekarang cari kasut gi kelas. Dah boleh dah usha-usha kasut lawa-lawa.
Dulu cari beg besar belakang, senang nak sumbat barang macam botol air, buku, and segala bagai.
Sekarang cari beg kecik, style handbag.
Dulu, cari tudung sekolah. Sekarang, borong shawl glitter. Eh!
Dulu, takut nak bawa Maggie pergi asrama sebab HARAM!
sekarang 3 Paket Maggie sekali hangkut. <---tu pun untuk 9bulan. Sikit sebenarnya.
Dulu selalu usha notebook comel-comel, sekarang usha Organizer. <--fyi, smpi sekarang x jumpa yg berkenan di hati. So, still stick in buku nota kecik.

So, itulah transition hidup aku.
2015 dah sampai! Umur pun Unofficially, 21 years-old.(officially on Sep 2015). Hopefully, Forever 21. KIKIKI.

Anyways,
nak share this video for u'olls.

How To Keep Up with New Year's Resolution


Hopefully, tahun 2015 ni akan menjadi tahun yang lebih bermakna untuk kita semua.

Enjoy your life!
Be Happy!


Thursday, January 1, 2015

Last Day- Apa yang aku dapat dengan berblog?

Assalamualaikum.

Fuhh. Penat berlari mengejarkan cabaran 30 hari yang sepatutnya habis dalam bulan September 2014. Aku menghabiskan cabaran dalam masa 4 bulan. Memang tidak patut dicontohi ye, kengkawan.

Cabaran untuk hari terakhir adalah untuk aku cerita apa yang aku dapat dengan berblog.

Duit?
Semestinya tidak. Akaun nuffnang aku cuma ada RM11.91 sen je. Tu pun entah tahun bilalah dapat check out. Tapi, tak kisah pun. Kalau bertambah duit, Rezeki.
Kalau tak ada. Tak pelah. Memang tak pernah terfikir untuk jadikan blog sebagai income pun.

Famous?
Oh. Ini sememangnya tidak! Seribu kali tidak. 
Tapi kalau ada, rezeki….. *senyumkambing.
 EH? *hehe.gurau. abaikan

Hobi?
Yes! Blogging is one of my new hobby since 2012. 
Suatu ketika dulu, aku seorang penulis Diary. Kira, tiap-tiap tahun mesti gatal nak beli Diary baru. Lagi-lagi yang comel-comel kann?Ok. Siapa ada Dear Yayah The Diary?
Angguk Kepala ke atas dan ke bawah sekarang!

Hehe. Akulah antara orang yang ada tu. So, after aku start blogging, tanpa aku sedar aku dah kurang menulis Diary. So, nampak sangat  apa yang aku tulis dekat Diary sama dengan apa yang aku tulis dekat blog except the part yang jiwang-jiwang, layan perasaan, aku tak tulislah kat sini. 
Itu private and Confidential kot.

Bahasa ringkasnya nak cakap Blog is my online diary.

Kawan?
Ini sesuatu yang aku tak expect dapat dari blog. Dulu aku fikir, blog ni adalah satu medium dimana hanya satu pihak yang memberi informasi. Aku tak expect akan ada orang yang akan baca dan komen and haaaa *suarasopranosambiltabursprinklewarnawarni. Ada satu dunia yang lain.

Satu dunia dimana semua orang berhubung. *acehwahh!

And tak sangka, aku dapat kawan atau Bahasa omputihnya virtual friends.
Terharu sikitlah, bila aku yang macam blogger biskut ni. Kejap ada, Kejap takde but still ada yang sudi komen dan singgah dekat blog aku.

Antaranya Cik Fafa, Kak Farrah MF, Kak Sally Samsaiman, Kak Farah and mana-mana blogger yang lain. Sejuta terima kasih untuk korang. Lagi-lagi yang pernah bagi aku giveaway, kad raya etc. 
*Cett, ayat dah macam kat atas pentas anugerah bintang popularlah plak.

Bercakap?
Sebenarnya kalau korang betul-betul kenal aku, aku ni memang kuat bercakap dan merepek. So, blogging antara medium dimana aku boleh membebel tanpa mengganggu kawan aku yang entah-entah dah bosan layan aku. Haha.
P/s: Saja tambah isi karangan. EH, Isi blogpost.

So, apa yang korang dapat dengan blogging?

Thanks for Reading and Happy New Year!