Saturday, October 25, 2014

Day 18: Siri TV Kegemaran

Assalamualaikum.

30DaysChallenges-Day18

Siri TV Kegemaran.

Masa aku sekolah rendah dulu, Aku minat Lizzie McGuire.
Time tu dia tayangkan dekat TV2 waktu malam. *akutakdeastro,



Lepas tu, bila dah besar sikit... aku suka layan drama melayu macam Manjalara, Sindarela, Tari Tirana. Tapi aku still layan je Wizard of Waverly Place, Sonny with a chance, Hannah Montana etc



Sekarang, dah jarang dah,, hmm.. atau lebih tepat TAK tengok TV. Sini tak de TVlah awaa~

So, Di situ mulanya perjalanan aku layan cerita Korea, sebab itu je sumber downloaded drama yang paling senang dapat dekat sini. Haha. *nampak sangat ramai bdk sini peminat korea.

Tapi kann... Drama Korea ni kira bersiri ke? sebab  dia kalau dah tengok, memang bantai satu hari habis 2-3 episod. lulz.

Ok.Berbalik pada soalan.

Siri TV Kegemaran?

Siri TV Kegemaran aku, aku pilih Lizzie McGuire & Sindarela.

Lizzie McGuire lakonan Hilary Duff, Adam Lamberg, & Lalaine
Sindarela lakonan Syarifah Amani, Bront Palarae, & Remi Ishak

sebab?

Best.

Kbye, nak bersiap untuk ke kelas.

Thanks For Reading. :)

Monday, October 20, 2014

Day 17: 5 Perkara Yang Sinuha rindu

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day17

Haii! Lama tak buat 30Days Challenge ni.
So, Let's Start!!!

5 Perkara Yang Sinuha Rindu


1) Family


Ok. Ni jawapan common tapi kena letak first jugak. hehe.

2) Makanan Malaysia

Bila dah start kelas,
kadang-kadang tengahari kena isi perut dengan biskut/makanan ringan sebab ada kelas and tak sempat. Kalau bernasib baik, sempatlah makan di kafe which is sangat tak menyelerakan.
Sejujurnya, aku yang jemu. XD

So, Kalau rajin,,Gigihlah aku membawa bekal ke universiti (eleh, roti/nasigoreng je punnn) sebab memang tahu perut ni kriuk..kriuk.. tak tahan lapar and bila tengok makanan cafe, huh! sigh.

Then,barulah rasa;

"Mana makanan malaysia?" T_T

3) Zaman Sekolah

Mengadakann?
Time zaman sekolah selalu cakap:

"Bilalah nak habis sekolah ni?"

Sekarang,

"Rindunya zaman sekolah."

 tak punnn...

 "Bila nak habis belajar ni?"

Ciss. manusia tak tau bersyukur. Haha.

 4) Aktiviti Tarian





Aku rasa aktiviti ni ibarat mengikis sifat "nerd" aku, sebab pasal tarianlah, Aku rasa "circle of friends" aku mengembang. ehehek. Pastu, dapat experience banyak benda!

hmm. Banyaklahhh! Malas je nak cerita pasal pertembungan dengan species lain and kisah makhluk ghaib.
Takut karang berhantu pulak blog ni. LOL!

 5) Cuti Sem 3 Bulan

Haa! ni lagi mengada. baru sebulan lebih naik cuti tapi, dah terfikir nak cuti balik.
Tumbuk sikit!!!

Haa~ so, apa perkara yang korang rindu?

Life Update #3

Assalamualaikum.

Terbengkalai blogposts 30DaysChallenge. sigh.

Tadi baru habis Quiz 1 (Biomaterial). Rabu hingga Jumaat minggu ni ada 19th International Alexandria Dental Congress. *Will update soon insyaAllah. Then, Sabtu ada Quiz 1 (General Surgery). Next, ada Quiz dan Quiz lagi. hehe. Tak habis kalau cerita pasal quiz ni. Hehe. XD

Alginate Impression Material

So, aku memang akan update 30DaysChallenge bila aku ada masa free. Mungkin ada je masa free, tapi aku akan isikan dengan benda lain. hehe. 

Lembab giler kann?
Orang lain buat 30DaysChallenge dalam sebulan je. Aku macam ada potensi nak buat dalam 3 Bulan jerk ni. Haha. 

Sekarang, aku tengah belajar buat Impression - untuk subject Prostho dan Amalgam Restoration untuk Tampal Gigi yang berlubang.

Amalgam Restoration
Setakat ni, okaylah. Adalah sumber "motivasi" bila terfikir:

"Eh, tak boleh malas ni. Sem depan nak kena rawat patient betul ni. Bukan model. Betul-betul tau!

So, dari tak fokus & malas... bergeraklah ke satu fasa yang; Okay, Fokus!!!

Walaupun, berapa kali entah Alginate Impression , Study Cast etc aku menjunam ke laut. Tapi, aku considered okaylah~ bila tengok ada yang lagi kurang bernasib baik. *cett, padahal nak sedapkan hati.

Ok Next.
Sabtu lepas tangan aku lebam sebab main Volleyball. First time tau main volleyball. Best!!!
Walaupun tangan aku lebam, tapi aku ada perasaan gian nak main lagi. Perasaan dia sama macam aku gilerr main futsal dulu..

Perasaan gilerr main futsal sama dengan perasaan taekwondo & tarian masa zaman sekolah dulu. Perasaan puas walaupun Penat. ahh! rindunyaa zaman tu. 

Aaa! kena sambung blogpost 30DaysChallenge-Day 17 ni.

See you soon :)

Wednesday, October 15, 2014

Day 16: Siapa? Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi?

Assalamualaikum.


"Siapa? Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi?"

Okay.

Siapa aku 10 tahun lagi?
Sekarang umur aku 20 Tahun. 
So, 10 Tahun akan datang.. aku akan berumur 30 Tahun. hahahahaha. Simple Math.

k. Tau tak lawak. =.="

K.Serious.. Serious. *kerutdahi*
So, in next 10 years, 
InsyaAllah, Aku dah habis belajar and dah start kerja di mana-mana klinik kerajaan. Aku harap dapat posting terus ke JB sebab aku memang malas dah nak merantau jauh-jauh.
Hope dapat duduk dengan family je and ulang-alik Klinik Kerajaan Taman U. <----aim klinik paling dekat dengan rumah. 

Dengar-dengar, aku boleh apply Master after 6 years kerja. Not Sure. *mcm lama sgt je..*
So, Masa umur aku 30tahun tu mungkin aku sedang apply/dah sambung ambil Master. ehehek XD
Nak aim sambung Master dekat UK/Australia. Haa! part ni boleh cancel yang bahagian atas tu. Yang part "tak nak merantau jauh tu".  *menyambung angan-angan masa SPM.

aaaaaaaaaaaaaaah....... *ngangamulut*

After 10minutes,,,

.........
...............


DING!
-bunyilampuataskepala

Haa!!!! Time tu aku dah ada Rumah and Kereta Sendiri...
 + Vespa. <---- Planning nak jadi ahli Kelab Vespa Malaysia. 
Tuu punnn, kalau ada masa lah. Kalau Buzy, aku hanyutkan angan-anganku di Pantai Lido. 

So, Siapa aku 10 Tahun Akan Datang?
InsyaAllah,

Saya Dr. Siti Nur Hajjar sedia untuk merawat gigi anda. :) 
Doakan ye?

Thanks For Reading :)

Sunday, October 12, 2014

Day 15: Surat Terbuka Kepada Elfira Loy

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day15

Fuwh *lappeluh*. Penat baru balik kelas.

Okay. Aku half-way dah nak habiskan 30Days Challenge ni. Hari ni tajuknya adalah:

"Surat kepada seseorang. Sesiapa Sahaja"

So, pasal aku ni peminat Elfira Loy. Kita buat fan letter lah. ekekeke. (takut karang aku buat surat kepada org yang tak dikenali, korang kata "Merepek apalah, dia ni.". hiks ) 

Aku minat dengan Elfira Loy ni sebab dia comel and semua gambar instagram dia cantik dan kreatif. Eventhough, ramai yang cakap pasal "kening" dia tu.. tapi dia take benda tu in positive way. Aku suka lah cara macam tu, like she let her own weakness to be her strength.

Sumber: Instagram Elfira Loy

Umur dia baru mencecah 20 years old, tapi dah achieve many things in her life like doing her own business and travel. Tu belum cakap yang on the age of 19th dia dah beli rumah sendiri tu.

Ok, tolong sedarkan aku yang aku kena buat Fan Letter, bukannya cerita pasal kenapa aku minat Elfira Loy.

Lempang sikit.
PANG!!!!

Okay. Dah sedar. Nah. Fan Letter :


" Dear Elfira Loy, 
Hai! Saya peminat awakkk! 
 Moga study and kerja dengan penuh semangat. 
Be a good actress dan jauhi gosip liar. Jadi ikon remaja yang memberi contoh baik kepada Malaysian tauu and Semoga Berjaya dalam apa pun yang El lakukann. haa! Tak lupa juga, saya doakan agar dapat jodoh yang baik-baik. 
Lastly, Kalau kita jumpa, Nak Selfie sekali boleh? Hehe ^_^

Sincerely, a big fan of yours :) "

Sumber: Instagram Elfira Loy


P/S: Haters Elfira Loy jangan komen kat bawah ni. Kita semua ada hak masing-masing untuk suka/benci sesiapa sahaja. 
Ehh, tapi pasal haters pun ada hak untuk hate.
Hmmmm,,, Aku bagilah komen tapi syarat no harsh word

Toodles.

Saturday, October 11, 2014

Day 14: Summit, Trade In Your Shoes!

Assalamualaikum

30DaysChallenge-Day 14

Hari ni tajuk 30 Days Challenge aku adalah:

"Cerita Kasut Saya" 

Walaupun tidak sehebat kisah kasut kaca cinderella bersama putera raja.... tapi........
kau layan jelah eh, fefeeling mak-mak jemah aku nak cerita ni.


Ini kasut aku yang  selama 7 bulan dia berjasa dekat aku. Walaupun pakai hingga menjadi mulut buaya, tapi ku gagahkan jua menyarung sampai balik Malaysia Jun yang lalu.
Balik je Malaysia, aku tak terus buang kasut ni. Aku pergi jahit tapak dia sebab condition dia yang still lawa and okay.. cuma tapak je terkopak sikit.

After je dah jahit, memang boleh guna macam biasa.
Tapi kisahnya, bulan lepas masa tengah sibuk-sibuk shopping barang untuk preparation balik Mesir.
Eh...Eh... tengok tu!



Tadaa.. Jumpa pulak Promo ni dekat Jusco kann? Menggatallah nak cuba. Nak-nak lagi memang tengah mencari kasut. Padahal on the same day, dah beli dua kasut dah dekat Jusco tu. Mengadaa kann nak cuba "Trade-In".

So, after shopping barang dekat Jusco. Aku dengan mak aku pergilah dekat outlet Summit tu and dipendekkan cerita. Aku pun Trade-In lah kasut aku tu. 
First time, aku Trade-In kasut. Sebelum ni, kalau tak boleh guna/tak nak pakai lagi, memang buang je, Tak pun sedekah dekat orang. 

Ni kira first time dalam sejarahlah aku "Trade-In". Kurang sikit rasa membazir. hehe.

Sebab hari tu aku dah beli dua kasut, so macam membazir je kalau nak beli lagi dua kasut. So, untuk offer ni aku amik one handbag and one kasut sebab discount 30% untuk the second item tuu memang wajib kena kasut. So, for the 1st item, aku amik handbag.

Handbag: Summit
Shoes: Dr. Cardin
Shawl: Glitter Wide-Shawl
Baju Kurung: Souvenier dari China
Gambar atas tu masa Hari Raya Aidil Adha hari tu.
So, balik je aku terus pakai kasut baruu. Kasut Lama tinggal dekat kedai.

Tadaa~ Ni kasut baru aku.


Balik je hari tu, Lunch Dominos jek. Lepas tu,balik rumah. Lepas tu, amik kereta gerak sengsorang gi Jusco balik, jumpa kawan. Lepas tu, balik rumah balik. After maghrib, keluar lagi amik kawan yg lain pulak dekat stesyen bas. Lepas tu, alang-alang..terus kidnap dia pergi makan-makan sebab malam tu ucu,pak uda mak uda dan family buat gathering and sekali harung sambut birthday iuolls. hectic betul! Tu belum cerita yang paginya tu, adik aku mengaruk nak soh bawa dia mandi kolam. Okay.. memang haru biru hari tu. -_-"

Barulah aku rasa kelam kabutnya lahaiii hidup aku ni!

Okay tu je.
Tata Titi Tutu!

Thanks for reading. :)

Friday, October 10, 2014

Day 13: 5 Blog Kegemaran

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day13

5 Blog Kegemaran saya untuk dibaca pada waktu lapang adalah: *drumrolls*

1) Blog Usang Lagi Bersawang
2) College Prepster
3) Namee Roslan
4) Fatin Liyana 
5) Sally Samsaiman.

Sorrylah short entry. Kalau ada masa lebih bolehlah jenguk-jenguk bloggerz di atas :)

Kbye. Love y'all.

Muah cikedd. :-*


Setelah Sekian Lama: Status CPUV Nuffnang On Going.

Assalamualaikum.




Hai semua,

Blog aku dah kembali sihat. Eceh-ceh-ceh...
Sebabnya CPUV dapat status On Going. Sebelum ni, untuk CTR/CPUV ada status credited je.. tak de pun status On Going. Tau-tau je:

" eh, eh... bertambahlaah duit!" *tp tambah bapa posen jelah. Aku bukan blogger pemess. LOL.

hmm, tapi memang peliklah,
Kenapa sebelum ni dia tak ada status On Going tapi tiba-tiba je credited? Memang macam gitu ea?

Btw, Happy Weekend guys!
Bestnya dapat cuti dua hari kat Malaysia. Saya kat sini cuti satu hari je. Hari Sabtu dah start kelas balik.

kbye.

P/S: Kalau rajin, bolehlah tolong click mana-mana iklan yang terpampang, mane tau ada rezeki untuk aku cash-out, dapat jugalah KFC se-dua. *berangan.

Thursday, October 9, 2014

Day 12: 5 wishlist as a 20-years old girl.

Assalamualaikum.

30DaysChallenge- Day 12

Doa-doakanlah agar aku dapat semua wishlist aku ni.

1) Samsung NX Mini


Masa aku pergi Sarawak hari tu, camera kesayangan aku rosak.Terjatuh di Cultural Village. So, aku tak ade cameralah sekarang ni. Sob.Sob.Sob. 

Walaupun camera aku baru je rosak, tapi aku dah lama dah aim Samsung nx mini ni. Hehe. 
Samsung NX mini ni comell sangat and specification dia memang memuaskan hati aku. Dahlah kecil. Serius aku nak ni!!!

Harga dia dah turun dalam RM1099 sekarang but in next 8month *bilaakubalik 
mesti harga dia turun lagi murah cuma, time tu mesti keluar model-model baru yang lagi gempak kann?

2) Lily Pulittzer Agendas




As a student, aku nak sangat ada agenda yang cute miut for organizing my day. Dekat Malaysia, susahlah nak dapat agenda/organizer yang lawa-lawa. Mostly, organizer yang macam orang tua je ada aka cover kulit warna hitam/coklat which is aku pandang sebelah mata jek sebab tak menarik perhatian aku. Sampai rasa nak buat custom made je.
Aku dah try usha agenda ni. Price dia dalam RM91..tapi untuk beli online and urusan shipping to Malaysia, aku tak pandai sangat.. So, kita pendam jelah yee? hmmph.

Tak de orang melayu ke yang tinggal US/UK yang nak belikan aku? 
memasang secebis harapan sebelum aku gali dan tanam impian.


3) Disneyland


Ni memang of course. Nak pergi dari zaman kanak-kanak lagi kott.

4) Bungee Jumping

Okay. Benda ni kalau buat sekali seumur hidup pun aku puas. At least, pernah cuba sekali pun tak pe.

P/S: Tengah cuba naikkan berat badan, so boleh naik yang Sunway Lagoon punya balik summer tahun depan (kalau berkesempatan)

5) Handphone baru

Aku pengguna handphone Samsung Wonder. Sekarang ni asyik hang je and lambat. Okay je guna handphone ni tak delah sampai nak campak ke apee... tapi saje je nak wishlist handphone baru. hehehe *senyum gatal*
Tak target pun nak handphone ape. Macam nak Iphone, tapi pasal sedar diri student---aku let go jelah nak Iphone tu.

Berpegang pada pribahasa:

"Ukur Baju Di Badan Sendiri"

Thanks For Reading. 

Wednesday, October 8, 2014

Day 11: Kenangan lucu zaman kanak-kanak

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day11

Baru berkesempatan nak sambung balik 30DaysChallenge ni.

Aku sendiri tak tahu apa kenangan lucu zaman kanak-kanak aku.

Yang aku tau, aku ni bukan spesies budak nakal. Ehhh? *jelingdirisendiri*. Tak nakal kottt.

Aku ni agak luruslah masa budak-budak. Jenis yang mengepit je bawah kain mak.
Haa!!! tu akulah tu.
Tak tahulah cerita ni lucu ke tak.. tapi pada aku agak luculah. hehehe *senyum kambing*

Dulu, masa aku Darjah 2. Ada cikgu ni Garanggg Gilerrrr!!!
Kalau tak silap aku, time tu kerja sekolah budak kelas aku banyak salah.
Sampai dia warning:

" Esok pakailah seluar berlapis-lapis. Saya nak rotan bagi setiap kesalahan"

So, balik tu aku Gelabahlah. Memang banyak salah kot. Subjek BM tak silap aku. Ni yang Level cikgu marah, 1 Tanda Pen Merah = 1 Rotan.
Okay. memang aku takut gilerrr.

Keesokannya, masa nak pergi sekolah. Sebelum pakai baju kurung. Aku test pakai dengan berlapis-lapis tracksuit. Okay. Kalau korang bayangkan dengan betul, berlapis-lapis tracksuit tu hingga ke level Kain Baju Kurung tu bersamaan dengan flowy skirt yang macam Cinderella tu. Kembang amat!

So, pasal aku testing depan mak aku. Mak aku suruh kurangkan bilangan tracksuit supaya tak kembang sangat tapi adelah tinggal dalam beberapa helai tracksuit yang aku pakai. Eh, Jap!
Baru aku perasan yang mak aku layan je aku buat benda alah yang aku rasa tak masuk akal ni. Hmm.....



Owh. Lupa.. Masa aku kecik-kecik dulu, walaupun mak aku Cikgu, Aku lebih percayakan Cikgu aku dari mak aku sendiri. *takgunapunyaanak* Hahaha.
Alasan: sebab aku takut kena marah dekat sekolah. Ceh, padahal soalan budak darjah 2, kalau mak aku bukan cikgu pun sah-sah boleh ajar or jawab. hmmph. *time tu pemikiran budak-budak kann?

Ohh. lupa! aku dulu skema....

So, sampailah aku di sekolah memakai baju sekolah dan disaluti dengan berlapis-lapis seluar tracksuit di sebalik kain kurung aku. Bersama dengan debaran jantung yang dup.dap.dup.dap. Aku tunggu dengan sabar Masa Cikgu Garang tu masuk. Perasaan menunggu punishment memang menyiksakan!!!

and bila cikgu tu masuk, cikgu tu kata:

"Hari ini mood saya baik, tak jadi rotan"
-sila bayangkan ditemani dengan effect sound kaset rosak.

Fuwwwhh.. memang aku lega...
Tapi segala usaha aku sia-sia...
Sekarang, aku nak gi toilet macammana...?

P/S: Aku lupa nama cikgu tu apa.. lama sangatlah darjah 2. Long-term memory aku memang lemah sikit.

and

walaupun aku tak ingat; aku berterima kasih sangat kepada semua cikgu-cikgu yang pernah ajar aku.
Takutt woaaah kalau tak dapat berkat cikgu...ada hidup dunia akhirat susah nanti. otak bebal karang.
mohonlah dijauhkan!

Thanks For Reading. :)

Previous Challenges:

Day 1                       Day 6
Day 2                       Day 7
Day 3                       Day 8
Day 4                       Day 9
Day 5                       Day 10

Saturday, October 4, 2014

Bagaimana kami menyambut Hari Raya Aidil Adha di Mesir?

Assalamualaikum.
Buat pengetahuan semua, Kami di sini raya awal sehari dari Malaysia? Yeay! Kitorang raya dulu!!! Hehehe.

Salam Aidil Adha dari Alexandria, Mesir.
Tadi Whatsapp gambar raya ke Family.
Adik aku tanya:
"Eh, Raya bukan esok ke?"
Dah tau dah sebenarnya Malaysia raya esok tapi saje je wish raya awal sebab nak rasa "advanced" sikit. Lulz.

Program raya di sini dinamakan Saadah
Bagi Hari Raya Pertama, Tentatif program amat ringkas . Kami Solat Sunat Aidil Adha di Bangunan Mara pada pukul 7.30pagi. Selesai mendengar Khutbah dan bersalam-salaman, Kami menikmati jamuan yang telah disediakan di rumah Ustaz Sofi.(Penjaga Kami Di Sini).


Program selesai dalam pukul 10pagi tadi. *ringkas kan?* 
Sebab esok baru start busy melapah daging & merewang. 

Habis je menjamu selera, aku dan housemate balik rumah, buat Donut untuk Open House rumah kawan kitorang. So, lepas zohor tadi, Zzuuppp... pergi sambung makan lagi di Jamuan Raya yang dijemput. wiwiiwiwiwi.

Sangatlah kenyang k?


Walaupun kami jauh beribu batu dari tanah air, suasana kemeriahan tetap dirasakan tapiiiii

 still...

"Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri, Lebih Baik Di Negeri sendiri"

Huwaa!!! *crying*

Eh! Takdelah. Mana ada nangis sebab nak balik Malaysia. Debu je banyak ni *Lapdenganlenganbajukurung.

K, That's All.

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua :)

Thanks For Reading.

Friday, October 3, 2014

Day 10: Ada apa di dalam handbag aku?

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day10

Hi u'olls apa khabar? Sihat?
Hari ini tajuk 30DaysChallenge I adalah:

"What's In My Handbag?"

Hhaaaa!.. okayy.. semua tepuk-tepuk tangan sikitt. clap.clap.clap. *eh, sorry suara I sengau sikit hari ni. Amik watak kayy?

Hmm, Agak2 apa yang ada dalam handbag I ni ea? hmm, biasa-biasa je. I bawa benda yang perlu ada dalam handbag seorang pelajar. So, Let's check it out!



So, sebagai seorang pelajar... I bawa... ehem.ehem.ehem. *terbatuksampaikeluarthyroidgland 

opss. sory. Kalau bawa watak pelajar. Suara kena biasa-biasa je, tak leh nak mak datinn sangatt.lulzz


Haa! ni semua harta karun!

So basically, Handbag aku contain all this stuff:

1) Lab coat                                          6) Mini Sejadah
2) Pencil case                                      7) Wallet
3) Emergency Kit                                8) Earphone
4) Tissue                                              9) Mobile Phone.
5) Lip Balm

Hee. Kalau ada yang tanya:

"Eh muat ke Lab Coat tu?"
"Muat yee awak, saya lipat elok-elok" *sy jenis tak kisah labcoat ronyok.

Lab Coat aku bawa pada hari yang ada practical class je, mcm subject Operative/Prosthodontist/ etc.


Pensil Case yang ni adalah Basic Pensil Case aku, which is benda wajib je ada untuk salin nota dalam lecture. Cuma ada 1 pen hitam/biru, pensil/liquidpaper/pembaris/pemadam and few highlighters. Compared to Pensil Case di rumah yang berwarna-warni, this is much more simpler.

Pensil Case: Souvenier from my trip to Sarawak. Check it out here.

For Emergency Kit,


Ada few medicines, inhaler, roll-on perfumes and other little stuffs. 

Emergency Kit(Small Bag): Souvenier from my trip to Turkey. Check it out here. 

So, apa lagi ea?? hmm.. handbag tu Brand British Polo. Beli masa Sales. eheks. *biasaje punn
So, for you guys? What's in your handbag?

Thanks for reading :)

Thursday, October 2, 2014

Day 9: Siapa 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda?

Assalamualaikum.

#30DaysChallenge-Day 9

Siapa 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda?
Adakah Tom Cruise? Brad Pitt? Atau Hans Isaac?

Hari ini tajuk 30-Days Challenge adalah 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda.

....................................................krik.krik.krik......................................................

Blank.

Soalan begini memang selalunya akan mematikan sel-sel neuron dalam otak aku. Bukan sebab aku tak pernah tertarik dengan lelaki. Lekk-lek...aku normal kayyh? Tapi maybe sebab faktor yang aku ni pemalu *ehem* dan sikap aku yang feelingless.

Tapi, aku cuba juga ingin memberikan jawapan yang terbaik supaya tak menghampakan korang yang dah sudi buka blog aku ni. hehe. Thank you so much, babe. 


1) Flynn Rider


Walaupun Flynn Rider ni penyamun tapi pasal watak dia lawak dalam cerita Tangled. Aku kasi lepas je yang bab "penyamun" tu. Kann aku dah cakap...semua benda yang kelakar memang akan attract aku? Haha.

2) Lewis


Aku attracted to Lewis sebab dia punya quote "Keep Moving Forward" tu and Plus, Lewis ni banyak ciri-ciri positif as rajin, x mudah putus asa and banyak idea.. Btw, Aku suka cartoon Meet The Robinson ni!!! Best!

3) David Gordo


Gordo ni attract aku dengan Friendship value yang ada pada watak dia. Gordo je aku suka, Adam Lamberg *rollingeyes-blerghhh. 

p/s: Lizzie Mcguire was my favourite TV series masa budak2 dulu.

4) Bakti Arjuna Fitri


budak kecik ni sebab dia comeellll.

and the last one,

5) Nick Jonas


sebab comel gak.. eh?? u'olls can check it out here.

So, Siapa 5 Jejaka Pilihan korang?

Thanks for reading :)

Previous Challenges:

Day 1                                       Day 6
Day 2                                       Day 7
Day 3                                       Day 8
Day 4
Day 5

Wednesday, October 1, 2014

Day 8: 5 Lagu Cinta Kegemaran Sinuha

Assalamualaikum.

#30dayschallenge-Day8

Sebenarnya, 90% lagu yang aku dengar memang lagu cinta.(10%tu adelahh lagu pasal friendship/instrumental/etc). Sebab kebanyakkan lagu yang kita dengar memang pasal cinta kan??Even nasyid pun berkisarkan cinta.

Actually,  The first thing that pop in my mind bila dengar topik lagu cinta is lagu yang jiwang.... jiwang tahap mengalir air mata satu kolah.

So, here is the top 5 Lagu Jiwang aku. Nah, *hulur tisu* layan perasaan sampai meleleh air mata.

1) Aku Sindarela- Amylea (feat Syarifah Amani)
-Sebab dulu suka tengok drama Sindarela ni... tu yang sukee gilerr lagu ni.

2) Tapi bukan aku-Krispatih

3) Kerna Ku Sayang Kamu- Dygta

4) Penantian- Kertas Band

5) Patah Seribu- Shila

#no. 3&4, Seriuss jiwang nak mampuiihh.. Kalau kau jenis rock, xpayahlah dengar. Confirm! Rasa geli-geliman seluruh badan.

Enjoy guys.
Thanks for reading. :)