Meet Shiro! Sorry, she kinda cocky sometimes. |
Nama Manja : Baby Shiro
Umur :7 bulan
Status : Single (tapi pernah direbut oleh dua ekor jantan)<--nak kate aku hotsetap snnye.
Ahli Keluarga : Semua budak shengal floor 7.
Nama Ibu : Ain (sebab mama ain yang bawa aku ke floor 7)
Hobi : Makan dan Tidur
Masa Aktif : Waktu Malam (sebab merayau satu floor pada waktu malam)
Makanan Kegemaran: Makanan kucinglah sengal!
Minuman Kegemaran: Susu (I kucing terjaga tauu, jaga standart sikitlaa~)
Jangan ganggu aku tidor! |
Comelkann shiro! Semua ahli floor 7 sayang kat dia. Sayang sangat! sampai ada peristiwa kasih sayang yang x terbelah bagi oleh seorang kakaknye yang bernama Syera Dila. Tersebutlahh kisaaah~~
Shiro menceritakan:
Kakak Syera bangun pada waktu malam dan ternampak aku di dalam shower. Aku dah terPoops dekat situ. Kakak Syera marah dan terkejut. Aku tau dia sayang kat aku walaupun dalam hati
"kenapalah Kakak Syera bangun memalam buta? Kantoilah aku TerPoops dalam shower"
"Shiro, Kenapa poops dalam shower?" -Syera Dila
Aku pandang jerk buat muka tak paham.
Kakak Syera Dila baik. Dia basuhkan segala najis yang aku dah buang. Yelah, najis aku kan jenis najis mutawasitah, kenalah dibersihkan sehingga hilang bau, warna dan rasa. Tapi dalam konteks ni takdelah Kak Syera rase najis aku. Jadahnya nak bersihkan najis sampai main rasa2 pulekk kann?
Tapi tetiba. Dia bukak air paip. Alamak!!! Dia angkat aku. Dia hulurkan aku kat air paip. Aku dah terkejut berokk dah.
"Apa salah aku kak? Sampai perlu dihulurkan ke air paip? Sekarang winter kak. Kau nak suruh aku mati kesejukan ke? janganlah kejam sangat Kau pun mandi dua hari sekali jek kak!."
Tapi nasib baik, dia tak hulurkan aku kat air paip betul2,, kalau tak... mati kesejukan aku. Aku dahlah hydrophobia. Aku fikir penyiksaan dan denda kerana aku poops di shower sudah berakhir tetapi rupanya dikurungnya aku dalam shower tersebut. Aku takut dan hanyalah mampu...
"meow, meow, meow"
Aku tau niat Kak Syera Dila adalah untuk mencebok aku. Kasih sayang Kak Syera Dila memang melimpah ruah. Dia melayan aku ibarat menatang minyak yang penuh (bangga cikgu BM aku)
Opsie, Malu2. Aku xde cikgu BM. Aku x g sekolah. |
Walaupun nama manja aku adalah BABY SHIRO tapi bukanlah diri ini hendak dibelai seperti baby manusia yang perlu dibersihkan setiap hari. Bukanlah aku jenis yang perlu dicebokkan setiap kali aku mengeluarkan najis. Walaupun umur ini baru mencecah 7bulan, namun dalam dunia kucing (bukan dunia doraemon), aku sudah matang untuk membersihkan diri. Apelah gunenye nikmat tuhan yang memberikan aku saliva yang aktif untuk membersihkan diri, jika perlu mengharapkan kau membersihkan segala najisku. Kalaulah dijadikan begitu, kau boleh buat Toilet Kucinglah Kak, Sekali cebokk 10geneh. Sumpah kau jadi jutawan serta merta. sigh =-='
Kakak Syera. Mohon x buat lagi. please! |
Tapi selepas beberapa minit. Dia lepaskan aku. Dia lepaskan aku setelah dia dapat tau yang spesies kucing tak perlu dicebokkan setiap kali terpoops. Kesian ahli keluarga yang lain, terganggu tidur mereka kerana Kakak Syera mati kutu bila dapat tau aku dah Poops dalam shower. Tapi xpe, aku maafkan. Aku mengerti yang Kakak Syera xde pengalaman dengan kucing sebelum ni. Aku ngerti dong. Aku maafkan. cat smile. :) ok. ends of story.
P/S: hehe. sory Syera. Aku post entri pasal cerita kau semalam. No hard feeling k? Actually, I found that was cute. Xpe eh. Sama2 belajar jaga baby shiro lepas ni k?
-Sincerely Me, Hajjar-
notakakikucing: Semua gambar adalah berkat ihsan insta Jamilah. Satu jek gambar dari hp aku. Kbye.
No comments:
Post a Comment