Friday, December 27, 2013

Legoland, Malaysia

Assalamualaikum.


Apparently, I'll be talking about "Legoland, Malaysia" this time.

We all went there on last 14th October.Well, that's about the last 3 months.

First of all, Legoland is an awesome place to go with your family/friends.

According to the map, Legoland has 6 attraction for the visitors.
1) Miniland
2) Imagination
3) Lego Technic
4) Lego Kingdoms
5) Land of Adventure
6) Lego City

For More Information, just click the link:  http://www.legoland.com.my/.

TIPS:
1)Get the Tourist Map and tick all the places you have go. Just to be sure that you don't miss any of the fun ! :)

2) Once you enter the Legoland, Go to Lego Technic and book a session for Lego Academy which provide a Lego Mindstorm where you can have an experience with robot.

Ohh, I thought I'm too old enough for this session until I noticed......ehem. Sory Pakcik!
Imagination


"Just use your immaaaaaagiinaaation"-spongebob



This one is called Kids Power Tower. There's also Build&Test, Observation Tower, Lego Studio 4D and not to forget toddlers attraction such as Duplo Express & Duplo Playtown


Build&Test


Lego Kingdom


























Here they have: Castle Stage, Merlin's Challenge, Dragon's Apprentice, The Dragon, The Forestman Hideout and Royal Joust.

For me, I enjoyed Lego Kingdom more than others.

Land of adventure

Sorry, There's no pic here. Well, it's too adventurous though. The only picture we have is the one we bought for the roller coaster.[The pic sell here is more cheapeeeerr than USS. You have to pay around RM100 for 1 pic at USS but here, u can get one for only RM30]

ahh! and there's one thing. When you go there, make sure you prepared to get wet, you don't know when u'll get SPLASH. Haha :D

Attraction they have here are Bettle Bounce, Dino Island, Pharaoh's Revenge and The Lost Kingdom. 

Miniland


Mini JB :)
Lego City

This part is suitable to those who have a younger children to entertain.
They have Rescue Academy, Lego City Stage, Lego City Airport, Legoland Express, Boating School, Shipyard, and driving school.


Rescue Academy. FYI: This one is really tiring.


Boating School
Lego City Stage

For restaurant, compared to USS,1) the decoration is more simpler. 2)The stalls is fewer and 3) they don't have many attractive designs of water bottles.



Lastly, just go and have fun there.^_^ 
Plus, we have to be proud that it is Malaysia's 1st International Theme Park.

Lots of Love, 
Sinuha

Saturday, October 12, 2013

Tutorial : Letak section categories di bahagian atas blog.

Assalamualaikum.

Tutorial ni for newbies macam aku. sekian.
#Sorry kalau gambar memberatkan laptop korang. Aku memang sengaja suroh laptop korang angkat berat. ehh?

So newbies, this is for you. :)

nak macam nii??

1) Firstly, pergi layout and click add a gadget.

Heee. Gurau.


2) Pilih Labels and letak di bahagian atas.


3) Like this. Sebenarnya, korang boleh je tukar setting2 tu.. ikut kesesuaian korang. 

4) Pergi dekat Posts and edit.


5) Click labels.


6) Tulis section yang korang nak and then save. Eg: Home, About Me, Health, Segmen and bla-bla-bla, ikut kreativiti.

7) Finally, korang view blog. InsyaAllah jadi.

and untuk touch-up ,

Korang boleh ke layout---> template designer ----> advanced -----> Tabs text/Tabs background.


Selamat mencuba :)




Thursday, October 10, 2013

SINUHA

Assalamualaikum.

Siapa SINUHA?
Seorang part-time blogger yang berblogging since 2012 dan seorang pelajar yang berfikiran positif. Berblogging hanya suka-suka dan untuk mengabadikan kenangan. Belajar untuk bina masa depan lebih cerah kerana hanya berbekalkan lampu kalimantang tidak cukup pada zaman ini walhal spotlight lebih cerah! ehh??

Kenapa SINUHA?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa SINUHA? Alaa~ Aku tau korang mesti tertanya-tanya punyee. Kalau tak tanya biar aku bagitahu. Aku guna nama SINUHA untuk twitter aku, masa zaman first year. Pastu, semua kawan2 tanye:

"Nama apa SINUHA?"
"Apa maksud?"
"Pelikkkks jek!"

Alaa. Biasalah, masa baru-baru masuk kelas persediaan. Mana rapat dengan semua orang lagi. Sekarang, Alhamdulillah. :)

Pelik tak pelik. Alaa biarlah. 

Sebenarnya nama tu datang dari nama aku sendiri SIti NUr HAjjar. Hah! and now u get it!
Mula-mula takut juga kalau takde maksud. Lagi-lagi dulu twitter tengah mainstream, tau je ada yang panggil aku SINUHA, gune nama twitter aku tuuu. Mula-mula macam pelikk jek aku dengar, tapi lama-lama aku tak kisah Sebab SINUHA pun ada maksudnya yang tersendiri. Smile :)

Nuha sebenarnya bermaksud orang yang berfikir/berakal dalam bahasa arab. Jadi, aku anggap je bila orang yang gelar aku SINUHA, panggil aku SI yang berfikir/berakal. Smart kan ? padanlah aku makin bijak jek semenjak dua menjak ni. Ihiks ^_^

Lastly,
Enjoy reading, friends :)
Kalau ada yang macam terkasar bahasa tu, lembutkan guna softlan.
Kalau ada entry busuk, kau guna downy.

Wednesday, October 9, 2013

Apa nak buat lepas PMR?

Assalamualaikum


Entry kali ni ditujukan khas kepada adik-adik yang baru sahaja habis menjawab PMR. Mesti korang tersengeh-sengeh baca kann? mentang2 exaaaam dahh habiiiiis.......kaaannnn?


Okay. Dekat sini, Akak nak tanya? Apa yang korang nak buat lepas ni? jawapan korang mesti enjoy kaaan?? yelah, cuti hampir 3bulan. Nak pulakk, dah perah otak selama ni. Mesti nak enjoy!

Nak enjoy tak salah dik, tapi pastikan selama korang bercuti sakan ni, korang buat benda yang berfaedah. Atur percutian korang tu. So that, naik je form4. Korang boleh kata pada diri korang :
"Yes, Cuti Aku Penuh Bermakna!"

takdelah mengeluh. Lepas tu, cakap:
"Alaa, dah nak sekolah dah?!!"

Ceh, cuti akak pun tak beberapa nak terurus sebenarnya. hiks ^_^

Ok, dekat sini akak ada beberapa suggestion untuk korang buat semasa cuti ni. First, Take a deep breath. 
Lepaskan semuanya. Hah! *giggles*

1) Make-the-list

Hah. Ini tujuan yang akak suruh korang breathe in tadi. Supaya korang boleh fikir tenang-tenang dengan bekalan oksigen tadi. Now, fikir dengan teliti. Dalam masa 3bulan, apa yang korang nak buat? "Hutang" apa yang korang nak bayar lepas habis exam? Tengok running man? habiskan movie korea? Tidur?? 


Jangan risau. Semua akan terbayar! Tapi agak-agaklah, takkan korang nak tidur sepanjang 3bulan kot.. itu berhibernasi namanya ataupun takkan korang nak tengok running man je. Gila nanti.

Ok. Fikir masak-masak and make-a-list. Sekarang simpan list tu. Korang kena berjanji pada diri korang yang sebelum 3 bulan, list tu mesti dah siap tick. 

2) Kemas nota.

Ye, akak tau yang korang dah habis exam. Officially, you're not connected to those notes. Tapi, ingatlah maybe notes2 korang tu berguna untuk adik-adik korang, tak pun jiran-jiran korang. Kemas! Yang mana berguna, sedekah je. Mana tahu, sedekah amal jariah yang korang buat ni dapat bantu result exam korang, kalau tidak pun, masa dah mati nanti perlu.



Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya "(Hadis Riwaya Ibnu Majah).



3) Hobby
Hah! Mengikut Mr. Wiki - hobby is a regular activity that is done for pleasure, typically, during one's leisure time. Dah trangtangtang cuti, memang byk leisure time. So, spend time doing your hobbies. Tak kiralah, membaca ke, main basikal ke, nak belajar main muzik ke... macam-macamlah or.........

you also can find a new hobbies, contohnya main puzzle ke? Mana tau, dulu tak pernah jadi satu pun,, bila dah cuti.. Berbingkai-bingkai puzzle korang dapat.

4) Networking system
Kau jangan pulak pikir akak tengah cakap pasal line internet ataupun komputer ea? Ini about relationship. Bukan DATING/COUPLE or such things. Ini pasal korang luaskan rangkaian persahabatan korang. Yelah, mana tau, sebelum PMR korang dok baca buku je. Sibuk memanjang. Budak sebelah kelas pun korang tak kenal. Hah! inilah masanya korang nak tambah kawan. Cuba tegur-menegur dengan budak kelas lain, mana tau korang satu kelas pulak tahun depan. kan senaangg? Tapi, kalau akak tau korang dating, akak rotan!!!



5) Find your passion

Akak kata korang penipu kalau tak bukak internet! Nie blogging bolehhh? Dah alang-alang buka internet tu, cari Passion korang. Matangkan pemikiran. Pilih cita-cita korang (seriously) and cari extra info pasal bidang yang korang nak ceburi. Korang perlu masuk aliran apa untuk capai cita-cita korang tu? Sains tulen ke? Sains Teknikal ke? Sastera ke? Berapa peratus rakyat Malaysia dah ceburi bidang tu? Macam-macam soalanlah. Google jek. Tengok Pros and Cons. Lepas tu, Determined! Whatever it is, the goal is set!

Mesti ada yang cakap, it's too early and plus, we never know what'll happen next. Yes. Akak akui. No one knows what'll happen next but it's better to prepare right?

6)                                                                 "Alaaa, boringlah." 
"Tak tahu nak buat apa!"
"SUMPAH BORING!"

Hah, ini frasa-frasa yang selalu kita ucapkan bila dah nak masuk minggu ke-2 cuti. Hah! sebab tulah akak suruh korang buat list. Masa saat-saat macam ginilah korang pergi tengok list korang balik and buat yang mana belum ditick kan lagi. Kalau kata bosan lagi, nak pelempang jepun namanya.

Haha. gurau. k?

So, whatever it is. Have a nice vacation.
You deserve it!




Cara mudah buat header blog

Assalamualaikum.

Kalau ada yang perasan. Aku dah ada header blog. Yeay! Memang tak sangka aku akan ada header sebab sebelum ni aku memang betul2 tak tahu cara nak buat header. Pernah juga sekali dua cuba, tapi buruk.

and now dah menjadi sebab aku dah jumpa cara mudah. Hip Hip HOORAY!
nak tau macammane?

Go visit picmonkey

1) Pilih create a collage


2) Pilih layout and duck in a row. Pilih yang 3 kotak.


3) Then, save as blank. Benda ni korang akan guna for template header korang nanti.


4) Then, Patah balik at first page--> picmonkey. Tapi this time, korang pilih Edit a Photo.



5) Bukak balik file yang korang dah save tadi.


Then, korang boleh gunakan kreativiti korang untuk buat header atas collage yang korang dah save tadi.

6) and SAVE


7) Untuk size, aku suggest 900xpix X 300pix. Tp, size ni korang boleh try and error untuk dptkan the best for your blog.



So, amacam? Senang kan? sekarang go and TRY!

Tuesday, October 8, 2013

Apa Kelebihan Bermain Muzik???

Assalamualaikum.

"Jeng Jeng Jeng"

Tup.Tup. Penyanyi dari youtube keluar. Yuna, Najwa Latif, Ainan Tasneem, dan ramai lagilah. 

"Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang..." 

Jalan-jalan tepi kotaraya, tengok-tengok Busker dah berlambak. 

Oh Haa!! Tak lupa juga yang ada dekat youtube. Tengok kiri, kanan, atas, bawah, Rupanya ramai juga rakyat Malaysia yang berbakat dalam bidang muzik. Tapi persoalan aku pada kali ini, adakah semua tahu kelebihan bermain muzik ni?
So, kali ni aku nak share dengan korang Apa Kelebihan Bermain Muzik?


1) Merangsang Pertumbuhan Otak
- Kajian menunjukkan muzik dapat membantu perkembangan otak terutamanya otak kiri yang berfungsi sebagai intelligent quotient. 




2) Self-expression and Confident
- Muzik juga dikatakan dapat membantu kita mengekspresikan diri dan dapat meningkatkan keyakinan diri. Apabila bermain muzik, kita dapat membina keyakinan diri dengan bermain instrumen-instrumen tersebut. Lihat sahaja Yuna, kelebihannya bermain muzik telah membawa dia membuat konsert orkestranya yang sendiri..

3) Menghilangkan stress
Muzik yang baik juga dapat membantu pengeluaran Hormon Endorfin iaitu hormon bahagia. Hormon ini secara tidak langsung dapat menghilangkan kadar stress dalam diri.

4) Fokus
Seperti yang kita tahu, muzik terdiri daripada not-not yang berbeza. Dalam membaca dan mendengar not-not muzik tersebut, ia memerlukan penelitian. Penggunaan lebih dari dua anggota badan apabila bermain muzik, membantu diri kita untuk lebih fokus. Dengan cara ini, ia dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.


5) Melatih Displin
Muzik mengambil masa yang lama untuk dipelajari. Sebagai contoh, Piano mempunyai 12level untuk dihabiskan. Sesetengah golongan mungkin menganggap Muzik adalah perkara yang mudah namun ia sebenarnya adalah perkara yang mencabar. Ia memerlukan kesabaran dan latihan untuk seseorang itu mahir. Maka, tidak hairanlah kanak-kanak yang menghadiri kelas muzik lebih berdisplin.

Ini antara 5 kelebihan bermain muzik. So, what u waiting for? Just grab a harmonica, recorder, guitar or piano and cabar diri anda!




Sunday, October 6, 2013

Basic that girls should know

Assalamualaikum.

Baru-baru ni baru aku belajar cara menjaga kulit dengan betul. Itupun, setelah aku melihat video yang aku nak sharekan dengan korang ni. Aku rasa video ni memang bagus untuk perempuan yang baru nak belajar cara-cara menjaga kulit especially to teenager.


To those yang tak tengok video tu, ni sum up for korang.

Asas Penjagaan Muka

1) Pencuci Muka
-Membersihkan muka dari kotoran

2) Toner
- Bertindak sebagai pembersih kedua
- Penyegar wajah
- Mengecilkan pori-pori
- Membantu penyerapan

3) Serum
- Memberi nutrisi tambahan pada kulit

4) Pelembab/ Moisturizer
- Melembabkan kulit
- Menghalang dari sinaran UV

5) BB cream
- Asas penutup wajah

      Setakat ni, aku baru belajar pakai toner. Step no. 3 and no.5 aku tak buat. Aku rasa memang bagus kalau kita betul-betul ikut step ni. Cehwah, sebab selama ni aku cuci muka je, moisturizer pun kadang-kadang je pakai. Bila aku try je buat step 1,2,4 and aku dapat rasa perubahan yang positif. Aku rasa aku patut buat entry ni. Ihiks.

Btw, aku pernah try pakai BB cream bila nak keluar and okaylah. Memang kulit nampak lagi segar and natural. Tak berat sangat macam pakai make-up and tak juga nampak kusam. "So-So" lah.

So, Bagi adik-adik yang baru nak melangkah alam remaja. Maybe, this post will be a quick step for you to learn.

# Banyak lagi fungsi no.1-5, utk info lebih: Google sendiri ea. hehe. Aku letak yang penting je :)





Sunday, September 22, 2013

Ku Sangkakan Panas Hingga Ke Petang, rupanya..

Assalamualaikum,

Masa zaman aku sekolah dulu, kalau orang tanya

"Apa cita-cita?".

Aku mesti jawab yang tinggi-tinggi. Nak the BEST gitu. Walaupun zaman sekolah menengah, ada keraguan. Alhamdulillah. Aku dapat achieve target. Then, people start to ask some more serious question.

"Apa plan lepas ni?"

and then, takdir membawa aku ke bidang Dentistry and dapat further my studies dekat overseas(egypt).
The moment was really great. Rasa memang semua susah payah terbalas.

Time kena tegur dengan Cikgu Chemist sebab tidur dalam kelas. Kena marah dengan kawan meja sebelah. Kena belajar tak kira masa, even kalau boleh waktu makan pun nak skip. Memang time nak dekat SPM saat yang mengGILAkan and walaumacammanapun I think it worth it.

and then, Alhamdulillah, Aku sampai Egypt and It was great. Aku dapat pengalaman baru. Kawan-kawan baru. Suasana baru. Memang tak pernah aku terfikir nak buat degree dekat tempat lain walaupun Egypt ni banyak kekurangan.

Tapi, pasal pergolakan yang ada dekat mesir. Aku confused. Memang tak tahu nak buat apa. Pulang ke Malaysia atau Balik ke Egypt semula. Parents menggalakkan aku pulang ke Malaysia sebab isu keselamatan. Kawan-kawan 50/50. Aku? 

     *)*^&(^*$$#@$#$%$^
*julingmata*

24 September ni akan ada pendaftaran untuk pelajar Mesir yang ingin sambung pelajaran mereka ke Malaysia. Haa, aku salah soranglah tu. Inilah yang orang katakan
"Ku Sangkakan Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengahhari". 
Aku harap semua yang membaca doakan yang terbaik untuk aku. Perjalanan aku masih jauh untuk capai cita-cita aku. 

*tutupmata* and try to keep motivated. :)


Yeah. It is just the beginning. 


Sinuha
23/9/2013

Monday, September 2, 2013

Hye Penendang :)

1 2 3 .. action!

Hye Keekers! *waving hands*


*bunyi dvd rewind*

Opsie. Sorry. Aku tersalah masuk saluran sosial berteknologi tinggi zaman sekarang ni. Hehehe. 
Ok. Ini satu gurauan. *senyumnampakgigi*

Assalamualaikum,

Dear Bloggers.
Memang tidak akan terbelah bagi kasih aku dekat dunia blogging. Lagi-lagi bersama rakan bloggers yang really supportive membaca entry aku yang hentah apeee-apeee ntah. Tapi, aku perlu mengikut arus pembangunan teknologi supaya aku tidak ketinggalan. *tears dropping*

Dears Bloggers,
ok. ini sudah merepek. Terima kasih kerana sudi membaca permulaan entri ala-ala zaman Tok Kaduk.
ngeh-ngeh-ngeh-ngeh. Sila bayangkan aku sedang tersenyum kambing sambil air liur meleleh.

Just nak inform kat semua, aku sudah ada Keek. yeay! 

ok bye. itu saje. *senyumseikhlasmungkin* :)

#pasal tajuk entry tu, saje je bagi gempak.. kikikikiki.

Friday, August 23, 2013

Universal Studios Singapore


Assalamualaikum.

After i came back from Egypt and spent almost a month and half at home doing  nothing. I always wanted to have a vacation, and alhamdulillah. Allah had granted my wish. I had my Hip-Hip Hooray time at Universal Studios Singapore last two weeks.

bajetkan buat gambar besar. awal2 entry.


TeeHee


~ :D

Ok. Sangatlah lame-o aku rasa. Padahal dah berpuluh ribu orang masuk USS tu, aku baru sekarang nak kecoh. 

First of all, aku pergi under package. 1 person Rm190 (adult). Pasal aku ni tinggal dekat johor je, jadi amatlah senang. Kitorang balik hari jee :) *keningkening.

Kitorang pergi naik bas and bertolak dalam pukul 8pagi, walaupun jarak johor dengan singapore ni memanglah sekangkang kera tapi mengambil masa dalam 3 jam. yelah, ada pemeriksaan kastam bagai kan. hmmph.*rolling eyes*. and akhirnya kitorang sampai dalam pukul 11pagi. lewat satu jam dari yang dijangkakan.

Turun je bas. Aku dengar ada orang cakap.

"Laa, panas rupanya. Aku fikirkan singapore sejuk"

oh maii! tidakkah kau tahu Malaysia dan Singapura berada di garisan khatulistiwa yang sama??
Tidakkah kau tauuuuu???

Tersangatlah over tau orang tu nak buat lawak.

For uolls infokan, map USS ni, kalau ikut kepala otak aku. Dia berbentuk bulat. and impossible untuk korang ter-miss tempat2 menarik kat situ sebab korang akan jalan ikut bulatan tu, sampailah korang jumpa stesyen first korang balik and ada 7 tempat menarik yang ada dekat sini.

1) Madagascar
2)Lost World
3)Far Far Away: shrek, fairy godmother, etc
4)Sci-fi city
5)Ancient Egypt
6) New York
7) Hollywood

Siapa yang gila bergambar, memang lagi menggila pergi tempat ni. Sebab tempat ni memang super awesome *senyumnampakgigi*. Tapi, kalau yang jenis macam aku, lebih suka main game dorang yang gempak tu. Lupakan jelah nak bergambar dengan maskot2 dorang yang menarik tu. Korang ada queue yang panjang untuk korang beratur, sebab manusia punyalah banyak gila nak naik benda2 yang gempak tu.


Gambar dekat atas tu, ride pertama yang aku naik. Ni dekat bahagian Madagascar. Sesuai untuk semua peringkat umur. Memang syok gile. Ok. serius. Sebenarnya kalau aku cakap betapa syoknya aku, memang takkan habis sebab tempat ni memang syokkk gilerrrr-gileeerrrr.


Haa! Inilah istana Far Far Away kingdomnya. Dalam ni ada wayang 4D. 


Entrance ke Jurassic Park, dalam ni uolls, boleh main canopy walk and ada satu game budak2 aka flying dinasours.

Siapa kata dalam usia muda kita tak boleh berjimba-jimba di Hollywood & New York kann?


Rumah Shrek :)

Ok. Dalam rumah shrek ni tak ada apa2 k. nothing.

 

Ancient Egypt

Dekat Ancient Egypt, ada satu roller coaster yang best gilerrzz and teramatlah rugi bagi siapa yang dah pergi USS ni tapi tak naik roller coaster tu. Roller coaster yang ada backward movement. Haa!! gempak kan?


 
      Woah! this one really extreme. Roller coaster ni terletak di Sci-Fi city. Dimana terletaknya segala anak beranak transformer. Roller coaster yang berbelit ni.... Pergh! Susahlah aku nak cerita. Kegempakan dia memang teramat mengujakan hati aku. Susah betul. Dia dah buat jantung aku berdegap-degup nak naik tapi dia TUTUP. Memanglah amat Kuanggg kann?? Menangis aku dalam hati tauu~. 



Gambar kat atas ni antara maskot2 yang sempat kitorang amik and the best one was the bumblebee. Comel gileee.. Sumpah awesome yang tak terhingga nampak autobot yang boleh bergerak. Maacaaam realllzz.

Ok. aku rasa cukuplah kan gambar. Kalau nak tengok gambar-gambar yang lain, bolehlah tunggu aku upload dekat FB. Hehe.

Dekat sini Dinasour dilarang merokok tapi Orang boleh. Ehh?


Then,Kitorang bertolak balik pukul 8malam and sampai johor balik dalam pukul 10malam. Lepastu, makan and balik terus tido. Lepakk gile sebab memang dah seharian penat main dekat sana. Even 2,3 hari lepas pergi pun, berborak tak habis2 pasal USS, memang excited terlampau. Ni baru pergi USS, belum pergi Hong Kong Disneyland. Aikk? *kerutkening* Mungkinkahh???

Wednesday,
28 August 2013



Friday, August 9, 2013

Syawal 2013

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya ! Maaf Zahir Dan Batin :)

Hehe. First of all, nak cakap terima kasih dekat this 3 bloggers yang awesome sebab bagi kad raya dekat aku. hehe. suke sangat. Haha. Terima Kasih eh, dapat jugak merasa dapat kad raya.



Excited punye pasal. Gua terus insta gambar2 kad raya ni. Hehe

So, macammane 1st syawal korang? Mesti meriah kan?

So, disini. Saya Siti Nur Hajjar Binti Kamarudin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. :) Kalau ada salah&Silap tolong maafkan. Hehe.

Sorrylah. No story Morrilah blog post kali ni. :'(

* Alaa, Kalau aku cerita bukan korang nak baca pun. heh!

Sunday, July 21, 2013

Summer Break 2013: Hurghada

Memori Hurghada 2013

Dimana Laut Merah?

Ceh, sengaja menimbulkan pertanyaan.
Siap bold and bagi besar lagi font tu. Hehe. So, jawablah di mana laut merah? Opss, sebelum jawab, biar aku yang jawab dulu. Laut Merah adalah di ehem.ehem. *batuk-batuk* Ceh, kat mana tu? Dekat hujung2 mesir, dekat2 hujung Sinai gitu. Erk? aku rasa aku adalah penunjuk arah yang paling trouble. Tengok petalah..


Laut Merah ni adalah sebuah teluk yang memisahkan antara benua asia dan benua afrika. Encik Wiki cakaplah.

Selepas habis je exam sem 2. Ada masa lebih kurang seminggu sebelum aku balik Malaysia. So, I decided untuk habiskan masa 3days and 2 night berjalan-jalan before coming back. Yelah, rugi kalau seminggu tu tak buat apa-apa. Eventhough, at the very beginning ada hasrat nak tarik diri from this trip sebab riot yang ada dekat Egypt. But Alhamdulillah, everything went well. Selamat pergi dan Selamat Balik. Ceh, kalau tak takda maknanya aku tengah goyang kaki blogging dekat Malaysia ni kann?? ye dok? Hahaha

Basically, There's just 3 activities that I did at Hurghada. Yelah, ni kan percutian ala-ala hawaaiii gitu, tepi pantai, relax-relax. So, sikit jelah activities yang buat. Among the activities that I've done adalah..

Glass Boat

The reason why this activities called Glass Boat
   Dah masuk dalam boat, baru faham kenapa dia panggil Glass Boat. Masa first2 tour guide terang, tak faham sangat pun. Fikir aktiviti lasak. Rupanya santai jek. Kita bersiar dengan boat tu, dalam masa lebih kurang dua jam gituh. Dalam perjalanan kita boleh nampak terumbu karang dengan ikan. Lawa-lawa semuanya tau.


Nampak tak terumbu karang? 
 
Lawa kann?
Snorkelling

Ini adalah kali pertama aku snorkelling and ia memang awesome and best sangat. Macam berada dekat dunia lain. Rasa macam nak pegang je ikan tu tapi memang tak dapatlah. The power of bending of light orang sains kata. Huh! 

First, memang agak susah nak snorkelling ni. Pada akulah..sebab dia punya lifejacket boleh terbukak-bukak pulak dalam air. Memang takutlah. Aku dahlah tak reti berenang. Sia-sia jek kalau mati lemas. But, last sekali, okay. Kena beranikan diri jugak. Akhirnya, dapat juga aku berenang dekat tepi terumbu karang. Hehe. Nasib baik.Fuwh *lap peluh*

   Hal ini kerana dekat check point pertama, aku dah sesat. Berenang jauh dari terumbu karang. Hampa! Last sekali, naik ke boat tanpa lihat apa-apa. Nasib baik, dekat check point kedua, everything went well. Ceh.cakap check point macam main treasure hunt jek.


Lepas snorkelling, kitorang dapat lunch and after that, kitorang dibawa ke Pulau Giftun.

Ni pulau giftun



Air dekat sini memang jernih tapi tetap Masin. Sejernih-jernih air tu nampak macam air mineral water, kalau dah nama dia air laut memang masin. Jadi, jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Tapi, jangan risau. Laut takde buaya. Kalau sungai ada...

Safari

Miss Zoro meronggeng motor. Ceh, padahal Zoro tu mata bukan mulut.

Hari ketiga, kitorang ada aktiviti Safari. Naik motor nilah. Pergh, Sakit belakang. Dahlah lama naik motor ni. Ada dalam 1 jam aku rasa. Kitorang konvoi naik motor ni meredah padang pasir untuk melihat perkampungan arab badawi. Jalan dia serius memang boleh buat Sakit Belakang.



1st time naik unta.


Permandangan di perkampungan arab badawi.

Kalau korang fikirlah apa yang aku fikir. Mesti korang tertanya-tanya, manalah orang arab badawi ni dapat sumber air? Dahlah aku jalan meredah pasir tu, tak ada bandar, petrol station ke... tapi tiba2 .. tup2 ada kampung. Macam manalah ada orang boleh hidup dekat tengah2 padang pasir ni?? Sikap curiosity aku ni membuatkan aku nak tanya Mr. Tour Guide aku yang.. hmm.. entahlah. Last sekali, dia jawab:

" Entahler, Saya pun enggak tau. Gimana ye mereka cari air. Entahlah ye, ada terpikir juga.. bla..bla"

Pergh, hampeh. Mr. Tour Guide aku. Nasib baik, ada inisiatif nak cakap Bahasa Malaysia.


Kat atas tu adalah antara aktiviti yang aku buat dekat Hurghada. Ada juga aktiviti lain seperti shopping, jalan-jalan dekat bandar dia tapi pada aku shopping and jalan-jalan dia biasa-biasa je. Suam-suam kuku. Tak de apa2 sangat. Nak shopping pun, tak best. Barang dia aku rasa mahal. Lagi baik aku shopping dekat Suq hussain. Lagi puas. Hehe.Last sekaly, Aku cuma beli satu T-shirt je, buat kenang-kenanganlah orang katakan.


Ok. That's all from me. Bye2.