Thursday, October 20, 2016

Fussen, German (Neuchwanstein Castle)

Assalamualaikum.

Perjalanan dimulakan dengan sarapan nasi lemak dan kami bertolak dalam pukul 9pagi untuk menaiki train ke Fussen. Perjalanan ke Fussen mengambil masa dalam 2jam (seingat aku) and the view was fantastic!

Serious, kalau tertidur mesti rasa menyesal. Eventhough, everytime nak ambil gambar, dia akan gegar sikit sebab train tengah bergerak,tp nasib baik dapat tangkap gambar yang memuaskan hati. *senyumbangga*

view dalam train
Rasa best sangat naik train ni. Lagi-lagi sambil dengar favourite playlist. Memang melayang ke dunia lain lah kan? (aku mmg kuat berangan sikit pun) Maka berkhayallah aku dengan lagu-lagu ditemani view macam dalam cerita hindustan. trololololol. XD


Another view
Aku difahamkan oleh Dalili yang penduduk German kat sini tak boleh ada tanah. Semua tanah adalah hak milik kerajaan. Kalau diorang nak bercucuk tanam, diorang kena sewa tanah daripada kerajaan. Takdelah macam dekat Malaysia. Ini tanah Pak Abu punya, 3 ekar lagi tu Pak Ali punya, yang tu Pak Atan punya. Tau-tau family dah berebut tanah. Hahahah. Okay. #cerekaramamelayu #shortstory #iklan


Sampai je di Fussen Train Station, kitorang naik bas menuju ke Neuchwanstein Castle and untuk ke puncak Neuchwanstein Castle tu kena hiking selama 20minit. Sebenarnya, Neuchwanstein Castle ni Top Destination yang memang aku nak pergi sangat-sangat di German. Korang tau cerita Sleeping Beauty? Mesti taukan? Castle dalam cerita disney sleeping beauty tu was inspired by this castle.So, memang aku excitedlah! The day before pergi sampai bingung nak pakai baju apa. (sebab iolls nak pakai baju ajet pwincess sikit). 

Tapi.....

Bila je dengar kena hiking, aku mula mengeluh. 
"Tak boleh ke tak hiking?!!!"

Hidup kena positive. 
Makanya, aku memotivasikan diri juga untuk hiking ditemani kuda-kuda yang tetiba tengah jalan dia melepas. *buchuuk*. Mujur trail dia senang. Takdelah macam dekat sinai dulu tu. Haru!


first view
Masa sampai dekat Neuchwanstein Castle, view first yang kitorang nampak tak lawa sangat, sebab nampak dari dekat. Kitorang kena berjalan dalam 10 minit untuk ke Marienbrucke which is jambatan yang boleh nampak view castle ni dari jauh. Amazing! lawa! Tak menyesal hiking. hehe
(so, after this, if anyone ajak hiking, I might say yes!)

Lawa kannnnnn?


The only baju yang aku rasa sesuai untuk pakai hari ni. 
[P/S, aku tak bawa banyak baju sebab nak beg ringan.] 
But baju ni okaylah untuk fefeeling princess sebab dia ada lace kat lengan.Okay, aku boleh stop berangan sekarang.


Sebaik sahaja turun, kitorang maniskan tekak dengan makan Ice-cream. Ice-cream ni perisa caramel walnut yoghurt&caffe. Good thing masa pilih flavour, aku lucky dapat pilih dua flavour yang memang masuk. Good combination! Caramel walnut yoghurt memang ada walnut yang buat ice cream tu crunchy and manis because of the caramel plus masam sebab yoghurt . So,combination dengan caffe yang pahit memang the bomb! *bungaapidiudara*. Sedap sangat!!!

Kitorang pernah je makan ice cream dekat cologne, tp aku rasa ni lagi sedap, and try dekat italy juga after habis jalan-jalan dkt german. Tp still aku terbayang lagi icecream ni. Maybe kat tempat lain aku pilih 2 flavour yg bad combination kot. hmm. and aku tak pernah lg jumpa ice cream macam ni dkt Egypt/Malaysia. Sedih! :(

2 comments:

  1. hahaha.. bab cerita tanah pak atan tu bagai lawak giler.. >.<

    ReplyDelete
  2. Cantik castle tuuu!! Hehe. Ada selingan jugak kisah perebutan tanah ek=D

    ReplyDelete