Saturday, October 22, 2016

Berlin, German

Assalamualaikum.

Sampai sahaja di Berlin, Kami berlima terus menuju ke Hostel yang telah dibooking. Penat dengan perjalanan night-bus semalam, Kami rancang untuk refresh kan diri dulu sebelum bersiar-siar di sekitar Berlin. Elyss ada request early check-in masa buat reservation. Tapi apabila sampai sahaja di Hostel, kami difahamkan oleh pihak hostel bahawa bilik tersebut masih belum disediakan. Alang-alang kami pun sedang menunggu Dalili, maka kami berlima bersetuju untuk simpan luggage dahulu dan hanya ambil angin di sekitar hostel.

Mujur sahaja berdekatan dengan hostel tersebut ada satu taman permainan, boleh juga kitorang ambil angin pagi sambil bersarapan. Haha. Tapi cuma dapat sarapan roti dan sambal ikan bilis jelah. Plan awal tergendala sebab kitorang check-in hotel lambat. Aktiviti pagi tu digantikan dengan photoshoot yang entah apa-apa dekat playground sambil main buaian dan gelongsor. Sambil main tu acah-acah lupa yang umur masing-masing dah 22 tahun.

Gambar Photoshoot habiskan masa sebelum check-in
After je check-in, masing-masing refresh diri dan bersiap-siap untuk berjalan. Sempat juga kitorang lunch dalam hostel tu. Aku berpuas hati dengan keadaan hostel tu, sangat besar dan selesa. Walaupun bilik air dia dekat luar, tapi kebersihan terjaga.

Muka excited dapat kibarkan Bendera Malaysia di German. (Itu guna monopod tu...hehe)
Hari kitorang berjalan di Berlin jatuh pada tarikh Hari Merdeka iaitu 31 Ogos. Itu yang excited bawa bendera. Bangga tau kibarkan bendera negara sendiri dekat negara orang. Itu yang gigih buat monopod jadi batang bendera tu. Kreatif tak?

Destinasi pertama yang kami tuju adalah Bradenburg Gate. Bradenburg Gate ni menandakan permulaan jalan dari Berlin ke Kota Brandenburg An Der Havel. Ia dibina pada tahun 1791 .Dibina sebagai simbol keamanan atas titah King Friedrich Wilhem II.

Bradenburg Gate

Brandenburg gate
Ramai tourist/orang german pandang pelik bila kitorang ambil gambar dengan bendera Malaysia tapi ada juga yang teringin nak ambil gambar dengan kitorang. Anyhow, I'm proud to be Malaysian and eventhough, ada yang tanya "What country is this?" [malaysia cam tak popular enn] but still proud to say "It's Malaysia!"

Reichstag Building

Lepas ambil gambar di Brandenburg Gate, Kami berjalan menuju ke Reichstag Buiding. Reichstag Building ni adalah Bangunan Parlimen.

Reichstag Building
Nampak? Still bangga ambil gambar dengan Bendera Malaysia walaupun Bendera German lagi banyak dikibarkan (memang ar kann, negara diorang. lol)

Cute Dalili
Haa, Inilah Dalili. Tour Guide kitorang yang baik hati.

Charlie Checkpoint

Memandangkan hari ni adalah hari terakhir kami berada di German. Souvenier untuk dibawa pulang mestilah kena cari. Dalili bawa kami berlima ke Charlie Checkpoint untuk cari souvenier. Dapatlah aku beli sepasang T-shirt and satu set coaster dari Germany.

Checkpoint Charlie
Charlie Checkpoint ini adalah garisan pemisah antara west berlin dan east berlin, banyak lagi history tentang checkpoint charlie ni, contohnya macam dulu ini adalah jalan untuk tukar banduan dan banyak lagi, tapi malas nak baca and ulas.hehe. 

Habis je shopping, kami berlima terus balik ke hostel sebab keesokan harinya kitorang kena bangun awal untuk naik flight ke swiss. Lagipun, bag kena kemas, time ni rasa serabut gila dengan barang-barang yang tak tau mana datang.  

Thanks for reading. Hope you enjoy :)

6 comments:

  1. wow wow awakk, bestnya dah sampai kota europe. =)

    ReplyDelete
  2. haha kreatif sangat guna monopod je as batang bendera xD
    seronoknya sis dpr berjalan kt europe! tak sabar nk baca next entry

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya dapat jejak berlin, german.
    siap boleh guna monopod letak bendera. ramah betul org sana, siap ada yg nak bergambar sama lagi :)

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa berjalan ke german. Siap bawak bendera Malaysia dan kibarkan di sana. Hehe. More pictures please =)

    ReplyDelete
  5. Tak pelah depa tak kenal Malaysia pun Nuha ....janji dapat kibar bendera Malaysia kat negara orang hihi....

    Seronoknyalah korang ni dapat berjalan jalan ye....tak pelah sementara belum kawen, berjalanlah puas puas...

    ReplyDelete