Monday, October 3, 2016

Burj Khalifa, Dubai

Assalamualaikum

Masa aku balik Malaysia Summer Break yang lepas, Aku pilih Emirates Airlines instead of Qatar Airlines-- 3 Tahun berturut-turut naik Qatar Airlines, ni first time tukar angin nak naik different Airlines.

Qatar Airlines memang syok pun untuk student macam aku ni. Mana taknya, beli tiket dapat harga promo, Luggage dapat 40kg. Haa... Kan syok tu ! Dapatlah aku angkut segala Maggie, Ikan Bilis, Milo dan seangkatan dengannya. Kali ini aku pilih Emirates Airlines sebab nak singgah transit Dubai, selalu Qatar transit Doha.Luggage Weight pula dapat 30kg. Bolehlahh~



Aku dapat transit Dubai dalam 1 hari.Kitorang decide nak habiskan masa satu hari tu dekat Dubai Mall, dimana terletaknya Menara Burj Khalifa. Daripada Dubai Airport, kami ambil teksi ke Dubai Mall dengan cas dalam 90AED. Perjalanan mengambil masa dalam 45minit.



Burj Khalifa ni adalah menara tetinggi di dunia dengan ketinggian 829.8m . Dibina pada tahun 2004 dan dibuka untuk orang awam pada tahun 2010. Dekat Dubai Mall, kitorang jalan-jalan cuci mata sambil tunggu waktu untuk naik ke Burj Khalifa. Tiket masuk At The Top, Burj Khalifa = 125AED.


Dari atas Burj Khalifa ni, dapat nampak pemandangan Dubai. Lif yang kitorang naik sebelum sampai ke tempat tinjau ni memang laju. Tak terasa pun naik ke Level 124. Kitorang habiskan masa ambil gambar dalam 2jam dekat atas tu.


Di perkarangan Dubai Mall ni ada pertunjukan air pancut. Ada Souq sebelah Dubai Mall ni. Kitorang lepak dan jalan-jalan dekat Souq and balik ke Airport semula.


Pada pendapat aku, Burj Khalifa lagi cantik pada waktu malam sebab ada lampu kelip-kelip berbanding dengan waktu siang yang panas. lol.


Okay. Itu je cerita short-trip aku ke Dubai. Bye-bye!!!

3 comments:

  1. wahhh bestnya dah jejak dubai. siap pergi kat burj khalifa lagi :D

    ReplyDelete
  2. Burj khalifa? Awesome .. I'm jealous haha

    ReplyDelete