Wednesday, April 9, 2014

reaching 20.

Assalamualaikum.

Hi.
Growing up can be so tiring. This year on September 15th, I will be officially 20 years old.
huh! *sigh*

Masa kecil-kecil dulu, kita selalu disoal perkara seperti

"Apa yang awak lihat pada diri awak dalam masa 5/10 tahun akan datang?" .

Dan memanglah aku sebagai budak nerd pada zaman sekolah dulu akan cakap seperti 

"Go to universities, Be a medical student and bla.. bla.. bla..". 

Alhamdulillah, aku dapat lebih kuranglah. Dapat masuk universiti, go to overseas, dapat jadi dental student. 

Life goes on really well. syukur pada tuhan.

Tapi bila aku cuba tanya "Hajjar, apa yang kau lihat pada 5tahun akan datang?"
Jawapan aku adalah;

" Umur aku adalah 25tahun pada waktu tersebut dan aku akan bekerja sebagai Doktor Gigi di hospital kerajaan. Aku sedang mengumpul duit untuk membuka klinik/aku tengah merancang untuk sambung belajar dan.................................................................................................. "

Skema kan jawapan aku? Korang tertanya tak kenapa ada space selepas dan tu?

 Ramai orang kata masa remaja adalah masa dimana semua tenaga kita adalah pada tahap maksima. Kira waktu peak dalam hidup. Waktu dimana semua semangat tentang berkobar, tengah terbakar dalam diri dan kita kena pastikan semangat tu pergi ke saluran yang betul agar benda tu dapat bagi kesan yang positif dalam hidup.


Jawapan aku tergantung sebab aku terfikir. Itu je ke aku nak buat? Selama ni aku rasa kehidupan aku goes in correct way and aku tak delah merancang untuk membuat corner-corner dalam hidup aku sampai tersimpang jauh dari jalan yang benar cumaaaaaaa.....

Ada mentol menyala atas kepala aku.Ting. *Sound effect sikit.

Ok sambung. Cumaaaa.... Umur aku sekarang ni ibarat tempoh emas. Takkan nak biar masa berlalu begitu saja kan? Aku nak buat something yang creative, great and meaningful. Simple but yet something I will thank myself for.

Aku dah set target. Dalam masa umur aku 20-25tahun. Duration 5 years. Adalah masa untuk aku gunakan sebaik-baiknya. Masa untuk aku try and do new things and most importantly, succeed in whatever I do.

I have few plans cuma..... when it comes to action speak louder than words,, ehem. lemah sikit.(mesti korang rasa macam nak lempang aku kan?)

So, do you have any ideas on what should I do? Anything?




1 comment:

  1. krikkk...krikkk...saya pun tertanya2 apa benda yg kita boleh buat dalam tempoh 5 tahun tu. erm..apa ya??

    ReplyDelete