Friday, April 18, 2014

Jogging Date & Fresh Juices

Assalamualaikum

Masa zaman sekolah dulu, berlari/berjogging/bersukan memang bukan benda yang aku minat. Tapi zaman sekolah, aku tak ada lah rasa tak sihat sangat. Mungkin sebab training taekwondo&menari  dah cukup memenatkan untuk aku. Jadi, memang aku tak involve dengan benda sukan-sukan ni. Even masa PLKN, orang lain sibuk training berkawat. Aku melarikan diri dengan masuk persembahan tarian. Choii! Nampak tak aku selalu mengelat nak menghadapkan diri dengan benda-benda yang panas.

Tapi sejak habis sekolah ni, rasa macam badan tak sihat je. Tak adalah selalu sakit. Tapi rasalah stamina tu dah menurun. Ditambah pula dengan perasaan malas, hmm. Memang lemaklah kan badan aku. Dekat sini pula dah tak ada aktiviti kokurikulum, So, basically, kalau kau nak aktiviti luar, kena cari sendiri.



Currently, aku sedang menghadap laptop. Baru lepas jog-edit gambar-breakfast and now its time to blog. Rasa macam sihat jap lepas jog tadi, walaupun aku orang last yang tertinggal di belakang, tapi atleast, oklah tu. Dah buat effort. Hehe. Nak trophy satu!

Lepas penat berjogging, kitorang pergi minum asir/juices. Mantap! Juices dekat sini fresh punya. Tak ada tambah gula. Memang kaww-haoliao. Dia memang perah fresh-fresh dari buah. Aku minum asir burtu'ol/oren, Umi minum asir sobya/vanilla and aisyah asir muzbilaban/susu&pisang(tetibe interframe).Padahal aku jog dengan umi and nad. Entah dari mana, masa aku and umi otw balik, tetiba nampak aisyah jalan sorang-sorang.

and apa lagi, instead of cakap "Mamak, Teh Tarik Satu!".
Kitorang cakaplah " Aiz asir, lau samaht".
Lepak-lepak jap lepas tu, baliklah rumah. Rasa gembira je masa lepak, sebab awal pagi, tak ada orang sangat dekat jalan. Lepak dekat kedai asir macam kedai tu kami yang punya! mwahahahaha

Pastu, Mesti korang rasa "kebendelah budak ni nak cerita?"
and aku pun rasa "Tak pe, korang kan banyak masa."

ok. anyways, thanks for reading.

Toodles~

5 comments:

  1. memang fresh kalau jogging sambil minum jus..hehe
    http://eykabaha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. bestnya kalau pekena green apple juice. perghhh. hahaha.
    ee dah lama sangat tak pergi jogging TT__TT

    ReplyDelete
  3. klu nak jogging bagai mase zaman sekolah jee. zaman sekarang malas haha. ape nak jadi dgn nasib badan.

    ReplyDelete
  4. hello! juices is the best companion..hahaha...mmg byk masa membaca :P

    ReplyDelete
  5. jogging mmg penat tp lepas tu badan akan rasa ringan...

    ReplyDelete