Sunday, October 28, 2012

Langkah Pertama

Assalamualaikum.
Tajuk entri jek dah melambangkan yang ini adalah pertama kali aku menulis blog.
dup.dap.dup.dap.dup.dap
Berdebar giler dalam hati ni. ceyh, cara cakap macam ada orang nak stalk blog dia jek. hehe. Tapi apa keyrrrsah, lantak akulah kann? kann?

   Entri pertama ni aku nak ceritakan pasal first time aku menyentuh air laut mediterranean.

Hah! nampak tak first time pegangnye tu?
   Walaupun orang kate aku bajet ke nak sentuh air laut mediterranean ke.. poyo ke.. jiwang ke.. Lantaklah. Tapi pada aku menyentuh air laut mediterranean memang salah satu hajat aku bila aku sampai ke bumi Alexandria ni. Yelah, aku dah merentas lautan untuk melanjutkan pelajaran. Kalau korang? korang x bangga ke? mesti bangga kann? ceyh. belagak plak hajjar nie. Hehe. bukan ape saje meluahkan perasaan. XD

  Alhamdulillah. belajar kat luar negara memang hajat aku dari dulu lagi dan dipanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa, aku diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di Alexandria, Egypt. I'm taking dentistry course and insyaAllah I will study hard and dapatkan segulung ijazah di sini. 

Pemandangan dari salah satu pantai di Alexandria. Shatby. Subhanallah. :)

   Sebenarnya, aku dan rakan2 nak pergi ke open house Kak Nadia sempena Hari Raya Korban. So, Alang2 rumah dia dekat2 dengan pantai.. kitorang pun singgahlah kat pantai ni. Bak kata orang sambil menyelam minum air. Tapi kitorang tak boleh minum air pantai ni... MASIN! lagi baik kitorang makan dan minum yang tuan rumah dah sediakan. lagi sedap! yum..yum..

Ni photoshoot. Pink2 semuanye. :D

Ni gambar semua ahli floor 7 + 2 orang arab

  Masa kitorang tengah excited kat pantai ni, ada dua orang arab tegur kitorang. Diorang tu dari Dumyat, which is one of daerah dekat Alex ni. Dorang excited jumpa kitorang and kitorang pun excited jumpa dorang. *klu x xkan sampai ambil gambar kot. hehe. 

Klah. Sampai sini je entry untuk kali ni. Semoga bertemu di lain kali. Maasalamah.

No comments:

Post a Comment