dah tiba masanya untuk tinggalkan Malaysia T-T |
ALAMAK!!! MALAYSIA DAH BANJIR! MASUK BERITA UTAMA! laa~sume nanges pasal aku nak tinggalkan Malaysia rupanya. Dah-dah jangan nanges, HAJJAR IN THE HOUSE~~
haha. Perasan jek aku, orang nak nanges sebab aku. siapalah aku ni kann~~ *dush, tumbuk diri sendiri sebab dah mulakan kilang merepek buat kerepek dalam otak aku ni.
Anyway, entri kali ni aku nak ceritakan pasal hari aku meninggalkan Malaysia iaitu pada tarikh 13september2012. Bagi siapa yang tak tahu, aku ni nak pergi merantau. Gi belajaw buwat gigi. Bomoh-bomoh gigi orang. Amik course Dentist bagi siapa2 yang tak tahu. :P
5 tahun aku kena belajaw kat sana. dekat mesir. *Jangan cakap balik aku pakai purdah atau jadi ustazah ekh? Typical otak melayu!!
Maksud aku bukannye aku tak nak baik macam ustazah tapi aku x nak orang expect tinggi dari pelajar mesir dalam bidang agama sebab kitorang amik bidang pergigian atau perubatan,,So, aku rasa walaumacammanapun budak2 yang ambil bidang agama lebih arif ,,and lagi satu, aku nak korang bukalah minda korang dengan lebih luas seluas 50padang bola. Bukan ape, asal cakap g mesir jek jadi ustazah. Asal cakap dari UK jek orang lupe tanah air. Asal cakap bawa motor jek mat rempit. X rase tersempit ke pemikiran tu. So, nasihat aku : Keep your mind wide OPEN k??
Maaf. Gambar sikit blur. Actually, aku pun time ni xde mood nak amik gambar. Yelah, perasaan yang pelik melanda diri. Xhappy. Xsedih. Bercampur baur. Ntah malas nak cakap perasaan dia macam mana. Karang kalau cerita nanti,, jadi resepi Rojak Buah pulekk..eheks.
Dari kiri Mama Sidi Gabir: Ain (housemate aku kat KIBA) and finally me. |
Menenangkan diri dalam flight. Xdelah jauh mana. Sejengkal jari jek. |
Gambar terakhir di tanah Malaysia. Ceywah! P/S: Aku bawa Cik Teddy Bear aku untuk pengubat rindu. |
budak kecik ni aku tak tau tang mana dia boleh dapat sit sebelah aku. Jodoh kuat betul! Budak sekolah lower form aku. Elyss nama dia. X sangka kitorang fly same2. |
Memang berdebar gak masa naik flight tu. Konflik melanda diri. Hampir setiap masa tanya kat diri sendiri. Bermonolog dalaman.
"Hajjar, ni pilihan terbaik ke?"
"Betul ke kos dentist yang kau pilih?"
"Kalau fail jek kat sana macam mane?"
Pergh, kalau nak ditulis semua persoalan tu, aku nak buat jurnal pun xsiap cerita. haha. Tapi time tu aku memang dah nekadkan diri aku yang ini adalah bidang yang aku pilih. Aku kena teruskan jugak! Usaha tangga kejayaan! Yakin boleh!
#ceyh,padahal dah tau dah memang x boleh lari. Flight dah kat angkasa daa~. Nak terjun?! memang mampuihlah jawabnyerr.. =-="
FYI, flight aku delay sampai kul 5.30 pagi. <--- sabar itu separuh dari iman.
So, yang terakhir dari entry ni adalah BYE-BYE MALAYSIA!!!