Tuesday, November 18, 2014

Day 23: Pekerjaan yang anda inginkan selain daripada sekarang.

Assalamualaikum.

30DaysChallenge-Day23

Aku tak kerja lagi.

So, kita tukar soalan
Kos apa yang aku inginkan selain daripada kos sekarang?

Law / Journalism/ Business / Architecture.
Haha. Banyak kan?

Sebenarnya, masa aku kecik2 aku nak jadi architect@designer sebab aku minatlah tengok rumah lawa-lawa and nampak cool. Plus, aku memang suka mewarna&melukis dulu.


Bila dah besar sikit, aku suka tengok Majalah 3. Best je tengok Norzie Pak Wan Chek tiap-tiap minggu dapat explore benda baru and pergi merata-rata tempat. Masuk hutanlah..naik gununglah...
Aku rasa job ni dapat ilmu pengetahuan yang luas (iaitu tak tertumpu pada satu bidang je) and adventurous. but it was only just a dream-Nelly. *terngiang-ngiang lagu.

Pastu,

Bila dah besar lagi sikit, aku jadi sedikit mata duitan.(Sedikit ke?) Hakhak.
Tu yang teringin nak ambil kos business sebab dapat generate duit. Time ni dah ambil kos science stream kat sekolah. Maka, di situlah terhapusnya harapan dan impian untuk jadi seorang arkitek @ bussiness woman tu. Tapi tak pelah, aku lemah Math. So, harapan memang boleh terkubur di situ.
*Cacak Dua batu nisan!

Pastu, time nak isi UPU, aku nak ambil kos law. Ceh, konon-kononnya, aku ni pandai bercakap dan pandai menegakkan perkara yang benar dan sebenar-benarnya. *Tangandibahumatajulingkeatas.
Choii! Perasan je sebenarnya tu. =_="

Tapi, parents aku tak bagi. So, semua UPU aku isi bidang sains bertepatan dengan kos yang aku ambil time form 4-form 5. Time isi UPU, tak terfikir pun pasal Dentist... sampailah...
hmm.
ok. banyak lagi nak cerita sebenarnya....So, end up. Aku disinilah. haa!



Tapi, Alhamdulillah! Aku Happy je dengan kos ni! Tak kenal Maka Tak cinta kann?

Walaupun tak dapat jadi arkitek@designer, Takpe. Nanti aku designlah rumah aku lawa-lawa. Ikut taste aku sendiri.
Walaupun tak dapat jadi Journalist, Takpe, Tulis blog pun rasa macam journalist.
Walaupun tak dapat jadi Business Woman, Takpe, Nanti aku bukak Dental Clinic, Businesslah tu kan?
Walaupun tak dapat jadi Lawyer, Takpe, Bukankah semua manusia perlu menegakkan perkara yang benar?

Hehe.
Thanks for reading, guys :)

4 comments:

  1. betul jugak tu kan. ayat2 walaupun tu memang buat cikfafa terfikir.

    ReplyDelete
  2. Wah, banyak cita2 dia!
    I love the last part of this entry :)

    ReplyDelete
  3. banyaknya cita-cita kan..masa kecik dulu..good luck in your studies!semoga tercapai cita-cita nak jadi dentist ye

    ReplyDelete