Tuesday, November 27, 2012

Stawberries Babies

Assalamualaikum. 

Hi, entri kali ni nak cakap pasal first stawberry yang aku makan kat mesir.
Woot..woot. Sedap uwh.. di makan dengan NuCrema yang disponsor oleh kawan sebilik aku, Fatin Hamimi.


Hehe. sedap gilerrr.... sedap..sedap...sedap.. laziz awi!!

half kilo khomsah geneh @ 5 L.E @ RM2.50

     Tadi situasinya begini:


    Suasana sunyi sepi di bilik nombor dua, tingkat tujuh. Kelihatan Fatin Hamimi sedang menelaah mata pelajaran. Izzati dan Hajjar pula sedang sibuk menguruskan diri sendiri. Entah apa perkara yang mereka berdua lakukan pun mereka tidak pasti. Mungkin sedang melayaan perasaan sendiri agaknya. Kesejukan pada malam itu seakan2 menggigit tulang mereka. (erk, ape ko buat ayat ni hajjar??). Tiba-TIBA!!

JENG.JENG.JENG

   Terdengar bunyi derapan tapak kaki yang mereka tidak asing lagi. Selangkah demi langkah, tubuh yang berpakaian cardigan putih dan tudung hitam masuk kedalam bilik mereka. Semua mata tertumpu kepada mata tersebut dan tiba-tiba....

"Eh, korang, jom makan stawberry nie" syera dila menyapa.

"NAK!!!" 

Kitorang pun apelagi,berkerumunlah nak makan stawberri.. sebelum makan kitorang berposing2 dulu and tadaa~~




hehe. gambar dah bape kali amik. Stawberri satu pun x makan lagi. Semua gilerr camera. huhu.

Ok. that's all from me. buhbye. 

*Thanks kerana membaca entri ni walaupun saya dah tau dah sape pembacanye :D ehehe*




Wednesday, November 14, 2012

Carrefour

Yo..yo... wassap..wassap..

    Over giler korang tajuk carrefour pun klik nak bace..!! giler stalker ! ahaks! hajjar perasan ade orang stalk blog dier.. k shut up!

    Hari ni 14 November 2012. It means dah masuk due bulan dah aku dekat mesir. So, duit pun masuk untuk bulan yang ke dua. hehe. Hari ni aku nak tulis entri macam mane aku menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi... (Erk, sesuai ke?). Secara ringkasnya, aku nak tulis pasal perbelanjaan bulanan aku.

   Tiap-tiap bulan, setelah elaun masuk , aku dah berazam pada diri aku yang sebulan hanya sekali jek aku keluar beli barang-barang keperluan. Jadi, tempat di alex yang sesuai untuk aku membelanjakan duit aku sekali gus adalah Alexandria City Center. hehehe *sengih.

Inilah carrefour mesir

   Gambar kat atas tulah carrefour mesir. Dia hanya ada satu tingkat tapi memanjang. Aku target 400 L.E jek untuk dihabiskan di carrefour ni. Tiap2 bulan. Insya-Allah 400L.E jek. Maksudnya,aku memang beli semua barang keperluan aku di sini sekaligus.

Ini target belanjawan november 2012 aku:
Barang-barang keperluan (makanan, sabun etc): 200 L.E
Broadband: 150 L.E
Topup Etisalat: 50 L.E

   
   Nak dijadikan cerita, punyelah aku heksaited terlebih nak buat bajet bulan baru, nak jadi orang yang terorganized merancang perbelanjaan, nak jadi mahasiswi pandai berbelanja.. boleh pulekk xde teksi xnak angkut kitorang pergi carrefour... dekat setengah jam nak tahan teksi.. nasib baiklah last sekali jumpe jugak teksi yang nak angkut kitorang.

   Sampai jek carrefour, aku dgn kawan aku terus jek pergi bayar broadband and terus cari barang keperluan sendiri and lastly,tadaa~~

Resit belanja barang keperluan di carrefour
  haha. tetibe tadaa~ dah sampai umah.(erk, +-=" asrama okayh, ko tu baru budak 1st year.xde umah lg..ingat hajjar! ingat!) .

   Aku belanja 164.74L.E untuk barang keperluan. Still under budjet. Yess!!

Barang2 keperluan :)
and itulah barang2 yang aku beli.

TIPS PERBELANJAAN AKU:

1. Tulis duit keluar-masuk setiap bulan.
Dengan cara tulis, at the end of the month, korang boleh teliti and semak balik benda ape yang korang dah belanja and mana duit-duit yang korang dah belanjakan. So, korang boleh tanye kat diri sendiri masa hujung bulan mane duit2 korang pergi.. xdelah duit tu hilang tanpa arah tuju.

2. Be the mastermind!
Hehe. Duit anda hak anda! Rancang perbelanjaan setiap bulan. Bajetkan berapa yang perlu digunakan setiap bulan. Be discipline! Jangan lebih bajet. Well, as student, gunekan duit sebetulnya. Kite belum ade gaji pun nak berjimba-jimba. So, simpan untuk keperluan!

3. Simpan Resit
erk? ni aku tak buat sangat. kengkadang jek. hmm... actually, buat. Tapi... untuk bayaran yang besar2 jek seperti carrefour, broadband, ...tu jek kot. hehe. ni penting gak. At least, korang ade bukti yang korang dah belanja ape..dah bayar ape.. so, penting.penting.penting.....laa kot.. #xley pakai tips aku ni.

4. Simpan duit syiling
Ni kegemaran aku. Atas sebab yang aku ni suka melihat duit syiling. so, ini tabiat yang aku suka. Setiap kali dapat duit syiling. At the end of the day, aku akan letak dalam tabung. So, tanpa kita sedari kita akan dapat juga simpan some amount of money. Bak kata pepatah: sikit-sikit lama2 jadi bukit.

5. Keperluan @ kehendak
Ni ayat yang aku pegang time shopping. Keperluan atau kehendak? Beli jek ape yang perlu. Yang x perlu, XYAH BELI! HAH! garang ak?!! hehe.
don't worry, aku pun manusia gak.. ada kehendak and sebab tulah diwujudkan tips no.4, barang2 kehendak semua amik dari duit syiling @ bagi siapa yang pemalas untuk menyimpan duit yang berat-kira amik jek dari duit lebih elaun korang. kan senang citer! heh! -_-"

#bajet-bajet jugak tapi xyah seksa diri xnak makan sebab nak simpan duit. then, jangan lupe untuk sedekah. bahasa sinisnye: janganlah kedekut sangat yerrkkk.. eheh. :P
Lastly,
Selamat berbelanja bagi siapa yang baru merancang perbelanjaan sendiri. (^_^)







Friday, November 9, 2012

Alexandria atau Iskandaria?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

   Salam pertemuan di mana aku amat stress sekarang ni. arggh! giler punye serabut. Dari semalam aku x dapat tidur sampailah azan subuh berkumandang. Kawan2 aku sekarang masih sedap dibuai mimpi dan aku tercangak depan laptop ni sambil nak isi masa lapang aku yang terbuang yang sepatutnye aku pun dah dibuai mimpi sekali. Pewh, korang mesti x dapat bayangkan betape bosannye aku baring macam orang sakit selama hampir 5 jam x buat ape2. buka mata. tutup mata. buka mata. tutup mata. 5 jam tu aku patut tido beb !!bukan tercelik. gila macam nak tumbuk diri sendiri.

   Mungkin ini penangan cappucino yang aku minum 8jam yang lalu. Entah berape kepekatan caffein dia pun aku tak tahu. Seriyes aku memang bingit. Pukul 10pagi jap lagi kena bedah katak. gilerr tension. (ok,tak masuk topik! dari aku tercangak membazir mase lagi baik aku tulis blog!)

Alexandria atau Iskandaria?

:D *Tunjuk gigi.

      Alexandria atau iskandaria? heee.. saje jek bagi tajuk entri yang cuak. haha. due2 same jek. Hari ni aku nak hapdate blog pasal lawatan aku ke Alexandria.

       First tempat yang aku pergi adalah citadel @ kubu sultan salehudin al-ayubi. Sama macam dekat cairo hari tu kann? tapi tu kubu lain.. ni lain. Tengok gambar bawah.

Lawa kan kubu dia? btw: nampak cam berwawasan x? ahaks :P

    kat sini, aku beli postcard-5geneh. Postcard yang ade gambar sume tempat perlancongan. hehe.

x buat papepun kat sini. Amik gambar jek. Pastu, next destination!

Naik bas dulu sebelum ke destinasi seterusnya

dan tempatnya adalah......



   Ok. Krik.krik.krik. Aku tak ingat sangatlah ape tempat ni. Tapi yang pasti nama dia medan masjid sebab dia ada 4 ke 5 masjid dalam satu tempat and dekat situ banyaklah makam2 ulama termasuklah makam 3 orang cicit Nabi Muhammad S.A.W.

  Kemudian, kitorang ke Library yang terkenal uwh...library yang besar uwh...dan merayaulah kitorang kat sana..

k, ni aku bajet baca buku. tapi xpown :P

ok, ni pown bajet.

    Memang besawlah library ni. Kalau x percaya: datang tengok sendiri! Pasal aku xde amik gambar luar library. So, aku letak gambar yang aku pergi masa hari lain.





gambar kat atas tu adalah gambar pemandangan luar library alexandria.harap maklum. Sekali masuk library=2geneh aka rm1.

Finally, bye2.

#blog ni banyak gambar aku sebab ini blog aku. HARAP MAKLUM! 





Jaulah Cairo

Haloo-haloo..

Hari ni lepas balik dari lecture (penat!). Sepatutnye kelas habis pukul 6.00p.m (which means dekat mesir ni dah gelap sbb maghrib is pukul 5.15pm) tp naseb baik sangat Prof. Physic xde hari ni, so kelas habis kul 4p.m. Dalam lecture tadi, aku dah hampir mati kutu (erk, aku xde kutu) tapi yang pastinye memang aku dah bosan tahap ilmu x boleh masuk sebab BLANK!

  Daripada aku melagho, lagi baik aku update blog ni. heh! *Sengih. :D Hari ni aku nak cerita pasal trip aku ke Cairo. Mostly yang pergi trip ni adalah budak dentist seramai 49 orang yang kesemuanye mengisi masa lapang sebelum kelas start. Kitorang pergi naik bas. (overlah kalau nak naik flight kann? haha)

Gambar sebelum bertolak: aku and elyss

Whoop!dah sampai!

   Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4jam. Lebih kurang perjalanan dari JB ke KL laa..Sampai jek cairo. Kitorang terus g piramid giza.

Yes. Tunjuk tiket!
   Kitorang dapat student price untuk tiket sebab kitorang gune kerneh aka student card akak2 senior. Semua akak2 bagi kerneh yang senior2 yang lain pinjamkan untuk kitorang. Maklumlah, trip bajet. hehe. xpasal2 senior bagi kerneh yang ade iras2 muke kitorang.

Lunch dekat atas batu piramid

  Dari jauh nampak piramid tu kecik jek. Sekali, dah sampai dekat. Batu die bapok besaw!! siap boleh duduk bersila lagi dok atas tu. Dekat sini kitorang boleh nampak 3 piramid. Yang namanye: Piramid Khufu(piramid terbesar and tertua: one of the seven wonder of ancient world), Piramid Khafre dengan piramid menkaure (rase macam piramid mengkarung kann? haha)

padang pasir dan bandar kaherah

   Hmm,kalau nak cakap pasal tahap kepanasan,, memang panaslah dekat sini. Tapi aku lebih rela duduk luar dari duduk terperok dalam bas sebab kat luar berangin yang sejuk. Kalau duduk dalam bas, macam duduk dalam TIN SARDIN DALAM OVEN.

kepala singa tu namenye abuhul(arabic) or sphyx (english)

  Kat sini sebenarnye takut sikit dengan penjual2 dorang sebab dorang ganas and suke menipu. Ade budak rombongan kitorang kena tipu dalam bape dolar...pewh, kalau aku kena memang gampaknye menangis x berlagulerr... 

   Lepas jek menghabiskan mase dekat piramid, kitorang ke kubu salehudin al-ayubi. Besar! tapi pasal camera dah digunakan sepanjang masa dekat piramid, so, dekat kubu sikit jek ar gambar boleh amik. 

ni jek gambar yang berkualiti dapat amik dari camera aku. Name masjid ni: masjid mohamed ali. (klu x silap)


   Kubu ni besar. Dalam dia ada masjid and beberapa lagi museum. Dalam masjid tu seriyes lawa. Nampaklah keagungan islam. Subhanallah.Tourist mat saleh kalau nak masuk tempat ni ,kena tutup aurat. Memang amazing!

  Dalam ni, barang jajan dia bapok mahal. Ice-cream nak cecah 10ringgit malaysia. Memang xlah aku nak beli. Cekik darah betul. Dari atas kubu nie, kite boleh nampak seluruh kaherah etc masjid 4mazhab, piramid yang pergi tadi and macam2 lagi.

  Lepas kitorang habiskan mase dekat kubu ni. Kitorang g suk hussain utk shopping. Suk hussain ni dekat dengan university Al-Azhar. Name dia pun suk hussain, so dah sememangnyelahkann ade kena mengena dengan saidina hussain. Kat situ ada makam saidina hussain tapi kitorang x sempat masuk makam tu sebab ustaz x galakkan. sebab time tu tengah peak hour. Kitorang pergi time tu dah senja so, memang masjid  tu penuh untuk solat maghrib.

 Suq hussain ni ade jual banyak benda. Penjual dia pun ade yang boleh cakap melayu. "Murah...murah" . Aku juz beli t-shirt IloveEgypt,shade and baju blouse satu. Xingat sangat bape harge. 

        Baju I love Egypt=18geneh
Blouse=35geneh
Shade=25geneh

Aku tak puas hati dengan shade yang aku beli. Kbye.

    Hehe. Belum bye lagi. Lepas jek shopping, BALIK!

KBYE! haha :D










Saturday, November 3, 2012

Fly-Part 3

Hi, Ni entri pendek jek. Juz nak share gambar2 dari airport ke asrama Mara. Nothing interesting but do enjoy! :D

already arrived at alexandria,egypt


rase beruntung sebab x sampai 1 jam sampai , dah dapat tengok orang arab accident and gaduh

zahmah!

  Mesir memang terkenal dengan sifat zahmah @ traffic jam die. 

ni dasyat? tp ade lg yg dasyat!!

Bangunan kat mesir

Ni bukan kuda di mansyiah

Tadaa~ dah sampai!

    Setelah 1 jam setengah perjalanan, Aku pun akhirnya sampai ke Asrama MARA. YESS!!








Thursday, November 1, 2012

Fly-Part 2

Hi,
X sangka Fly ni ada part 2. Tercangak jugak aku depan laptop ni sambil menaip dan sambil terngiang-ngiang lagu fly-hilary duff

Fly.Open up the part of you that wants to hide away

  Haha. Bajet kene jek lirik lagu tu dengan tajuk entri. 

  FYI, aku naik Qatar Airways. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam. Macam x penat sangat sebab kali berjalan kitorang merentasi masa.. dan walaupun perjalanan 12 jam tapi sampai kat mesir pukul 12tengahari(lebih kurang gitu). Dont worry, aku x jetlagged sangat sebab daya dah bagi aku teknik untuk x jetlagged. So, aku dapat adapt dengan waktu mesir sehari jek.

Teknologi!: Sempat gak ar tengok cerita Brave.

Hehe, padahal gambar kat atas tu jakon. First time dapat naik flight ada tv. Hehe. Memang padah benda alah tu aku kerjakann. X termasuk radio kat tepi tangan tu lagi. Even siaran arab yang banyak..aku buat2 dengar jek. *konon practice arab. Coii. pastu, aku dengar siaran english jek.

Breakfast. Yum.yum

Ini omelet with chicken

HAH! atas tu nasib baik aku amik omelet with chicken. Kalau aku dok ikut kawan aku minx omelet with blackbery. X niaya aku nak makan benda macam telur dadar campurr jem. kann pelik ngasenye tu?

Pemandangan doha dari atas flight

  Lawa kann? kalau korang tengok real lagi lawa. Xtau lepas bape jam.. Kitorang transit kat doha. Tapi pasal flight awal dah delay.. Kitorang kena terkejar2 mengejar second flight.

Gambar yang sempat diambil dekat doha.

   Gambar kat atas tu, xtau benda alah ape aku naik. Tapi yang pasti dia terus bawa kitorang dari kapal terbang ke airport. Time ni sume jakon. Eksaited terlebih. Orang2 arab pandang pewlik jerr.. tapi apa kesah ? dorang bukan kenal kite ponn.. haha.

Ni time flight second. xde tv! alorh!

    Dari Qatar nak ke Alexandria,airport amik masa 3 jam jek, tu yang flight x seSYOK td tu.

and finally,

Egypt! here we come!!!

  Kitorang arrived pun dekat egypt. 

Geng Ulun Nuha aku!

   Kat sini ada program Ahlan yang sambut kitorang. Memang bestlah disambut. Pelajar2 baru. hehe.


Masa disambut kitorang terus diberi nombor bilik and floormate. ehem. Budak first year~~, kenalah duduk asrama tapi asrama die best. nanti aku buat entri pasal asrama dia eh.. hehe.

YO! Budak kangkar dah sampai mesir.
Giler innocent muka aku Opsie! lupe plak aku memang innocent pon. mwahahaha!

Bye2. Peace from egypt!

P/S: Mungkinkah ada part 3? hmm. lihat saja nanti.