Thursday, November 3, 2016

Pisa & Rome, Italy

Assalamualaikum.
Pisa

Lepas habiskan empat hari di Venice dan Fluorence, kami berlima singgah di Pisa untuk bergambar dengan Pisa Tower. Harga souvenir lagi murah dekat sini compared to Venice, tapi di Venice aura shopping tu lain sikit. Mungkin dekat sana lebih meriah. Aku beli sikit-sikit souvenir tambahan. Takut ada yang aku lupa and takut juga ada benda yang aku dah beli kat Venice tapi tiba-tiba tak nak bagi dekat orang. (So, kena ganti) Hahahahahahaha.



Masa on the way balik, kitorang jumpa orang special (Penyeluk saku). Time kitorang tengah tanya direction platform, baik sangat diorang nak tolong. Bersungguh nak masuk satu lif dengan kitorang. Rupa-rupanya dalam kalut-kalut tu try nak mencuri.

Aku letak bag aku dekat bahagian depan (ni dah langkah berjaga dah ni), tu pun selamba badak je dia buka zip beg aku. Nasib baik Nada perasan, terus dia tepis tangan perempuan tu and tutup zip beg aku. Fuwh. Memang berdebar jantung. Dahlah handphone aku baru kena curi bulan April lepas (RIP my Sony Z3), memang meroyanlah kalau hilang lagi. T_T *ciumhandphonebaru*

Aku banyak dah pengalaman dengan pickpocket ni. [I've been pickpocketed]
Dulu masa 1st year, kena curi purse, habis hilang IC, kad bank semua. Pastu, masa 4th year, kalut sangat naik tram kena curi handphone. Seriously,bangsa arab ni memang kalau dah firaun, perangai memang setan betul (lepas geram), tapi kalau dah alim, baik betul. Gua stress memikirkannya! *picitkepala* . [but partially my fault, so yeeee, aku tahu aku cuai]---- tp diorang still salah sebab mencuri!
Mujur lagi 7 bulan je dekat sini. Lepas tu, gua chao tak pandang belakang. Mohon tembakan doa supaya selamat je aku sepanjang final year ni.

Nota Kaki: Italy memang terkenal dengan kes pickpocket. Beware!

Rome

Collosseum
Di Rome, kami habiskan masa melihat landmark-landmark yang ada di sini. Banyak sangat. Ada yang aku ingat dan ada juga yang aku lupa. So, aku akan share gambar je. 

Pantheon

ni lah landmark yang aku lupa apa nama dia. huhu.

Trevi Fountain
Trevi Fountain ni memang aku dah cop nak pergi. Sampai banyak kali aku ingatkan Nada pasal tempat ni. Semua gara-gara cerita Lizzie McGuire The Movie. Dalam movie tu, ada satu scene Hilary Duff make wish dekat sini. hee! Saje jelah nak tengok tempat yang pernah keluar dalam one of my fav movie.
Ice-cream!

Vatican City
Ni saje je tiru cerita A Walk To Remember: Be in two places at once. 
Right Foot at Vatican City (which is the smallest country in the world) and left foot at Rome. Yezza!
*banyaksangattengokmovieakuni*

And finally, #travelexsquad has come to and end. 


Thanks for reading :)

8 comments:

  1. Cantik2 tempat di rome ni kan.. leh berangan pergi sana ni.. tapi berangan jerk laa.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Nasib member perasan pickpocket. Kalau tak ,haruuu..lebih hati2 lpas ni yer. :)

    ReplyDelete
  3. Cantiknya . Moga boleh sampai sana jugak suatu hari nanti . Hehe .. pak arab memang macam tuuh kalau jahat tuuh kalah setan . Hoho

    ReplyDelete
  4. Nak letak Rome as my honeymoon destination laaa hahaha

    ReplyDelete
  5. homaiiii...kak sally teringin gila kot nak g Rome! aisehmannnn...sedihnyaaa rasa bila time ni macam takde harapan nak kesana

    ReplyDelete
  6. Historical place! Baru sempat singgah blog cik dentist ni :D

    ReplyDelete
  7. Historical place! Baru sempat singgah blog cik dentist ni :D

    ReplyDelete