Assalamualaikum
Entry kali ni ditujukan khas kepada adik-adik yang baru sahaja habis menjawab PMR. Mesti korang tersengeh-sengeh baca kann? mentang2 exaaaam dahh habiiiiis.......kaaannnn?
Okay. Dekat sini, Akak nak tanya? Apa yang korang nak buat lepas ni? jawapan korang mesti enjoy kaaan?? yelah, cuti hampir 3bulan. Nak pulakk, dah perah otak selama ni. Mesti nak enjoy!
Nak enjoy tak salah dik, tapi pastikan selama korang bercuti sakan ni, korang buat benda yang berfaedah. Atur percutian korang tu. So that, naik je form4. Korang boleh kata pada diri korang :
"Yes, Cuti Aku Penuh Bermakna!"
takdelah mengeluh. Lepas tu, cakap:
"Alaa, dah nak sekolah dah?!!"
Ceh, cuti akak pun tak beberapa nak terurus sebenarnya. hiks ^_^
Ok, dekat sini akak ada beberapa suggestion untuk korang buat semasa cuti ni. First, Take a deep breath.
Lepaskan semuanya. Hah! *giggles*
1) Make-the-list
Hah. Ini tujuan yang akak suruh korang breathe in tadi. Supaya korang boleh fikir tenang-tenang dengan bekalan oksigen tadi. Now, fikir dengan teliti. Dalam masa 3bulan, apa yang korang nak buat? "Hutang" apa yang korang nak bayar lepas habis exam? Tengok running man? habiskan movie korea? Tidur??
Jangan risau. Semua akan terbayar! Tapi agak-agaklah, takkan korang nak tidur sepanjang 3bulan kot.. itu berhibernasi namanya ataupun takkan korang nak tengok running man je. Gila nanti.
Ok. Fikir masak-masak and make-a-list. Sekarang simpan list tu. Korang kena berjanji pada diri korang yang sebelum 3 bulan, list tu mesti dah siap tick.
2) Kemas nota.
Ye, akak tau yang korang dah habis exam. Officially, you're not connected to those notes. Tapi, ingatlah maybe notes2 korang tu berguna untuk adik-adik korang, tak pun jiran-jiran korang. Kemas! Yang mana berguna, sedekah je. Mana tahu, sedekah amal jariah yang korang buat ni dapat bantu result exam korang, kalau tidak pun, masa dah mati nanti perlu.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya "(Hadis Riwaya Ibnu Majah).
3) Hobby
Hah! Mengikut Mr. Wiki -
A hobby is a regular activity that is done for pleasure, typically, during one's leisure time. Dah trangtangtang cuti, memang byk leisure time. So, spend time doing your hobbies. Tak kiralah, membaca ke, main basikal ke, nak belajar main muzik ke... macam-macamlah or.........
you also can find a new hobbies, contohnya main puzzle ke? Mana tau, dulu tak pernah jadi satu pun,, bila dah cuti.. Berbingkai-bingkai puzzle korang dapat.
4) Networking system
Kau jangan pulak pikir akak tengah cakap pasal line internet ataupun komputer ea? Ini about relationship. Bukan DATING/COUPLE or such things. Ini pasal korang luaskan rangkaian persahabatan korang. Yelah, mana tau, sebelum PMR korang dok baca buku je. Sibuk memanjang. Budak sebelah kelas pun korang tak kenal. Hah! inilah masanya korang nak tambah kawan. Cuba tegur-menegur dengan budak kelas lain, mana tau korang satu kelas pulak tahun depan. kan senaangg? Tapi, kalau akak tau korang dating, akak rotan!!!
5) Find your passion
Akak kata korang penipu kalau tak bukak internet! Nie blogging bolehhh? Dah alang-alang buka internet tu, cari Passion korang. Matangkan pemikiran. Pilih cita-cita korang (seriously) and cari extra info pasal bidang yang korang nak ceburi. Korang perlu masuk aliran apa untuk capai cita-cita korang tu? Sains tulen ke? Sains Teknikal ke? Sastera ke? Berapa peratus rakyat Malaysia dah ceburi bidang tu? Macam-macam soalanlah. Google jek. Tengok Pros and Cons. Lepas tu, Determined! Whatever it is, the goal is set!
Mesti ada yang cakap, it's too early and plus, we never know what'll happen next. Yes. Akak akui. No one knows what'll happen next but it's better to prepare right?
6) "Alaaa, boringlah."
"Tak tahu nak buat apa!"
"SUMPAH BORING!"
Hah, ini frasa-frasa yang selalu kita ucapkan bila dah nak masuk minggu ke-2 cuti. Hah! sebab tulah akak suruh korang buat list. Masa saat-saat macam ginilah korang pergi tengok list korang balik and buat yang mana belum ditick kan lagi. Kalau kata bosan lagi, nak pelempang jepun namanya.
Haha. gurau. k?
So, whatever it is. Have a nice vacation.
You deserve it!