Tuesday, December 21, 2021

Kenapa aku berdiam diri?

 Hi dan Assalamualaikum semua.

Last entry aku yang betul-betul aku menulis adalah pada November 2016 and selepas tu memang aku lesap dari dunia blogger and blogging ni. In fact, for last year, aku lesap dari any social media. Zaman sekarang pun orang dah makin maju dengan Instagram,Reels,Vlog, Tiktok dan banyak lagi. 

Sepanjang aku stop menulis blog memang macam-macam yang jadi dalam hidup aku and itu mungkin jadi sebab kenapa aku dah tak menulis sebab “life happens”.

Aku busy dengan preparation final year on 2017, start perkhidmatan wajib di klinik kerajaan, Alhamdulillah sempat pergi melancong ke Bali dengan kawan-kawan yang aku sayang by heart on 2018, Tunaikan umrah pada tahun 2019, I fell in love for the first time and fell out of love a year later #ytjt .Resign dari gov and was hired by a private dental clinic and now, here i am! Hi ! (tiba-tiba je bahasa bertukar) 

oops jangan lupa kita diserang covid 😆

Setelah bermacam-macam benda yang berlaku dalam hidup aku, pasang surut kehidupan bak kata orang tua. Aku pun decide untuk tulis blog balik. Not that, “Life is not happen” but lebih kepada “I’m back on the steering wheel”

Dah macam-macam jadi sepanjang 5 tahun ni yang aku percaya aku menulis dalam keadaan yang lebih matang sekarang dan aku memandang kehidupan dan dunia dari sisi yang berbeza. 

Till next update insyaAllah. Thank you sebab membaca ☺️

My Rant 2021

Hi dan Assalamualaikum.

Setelah lama berdiam diri, hari ni aku decide nak tulis satu blogpost without any idea to talk about or maybe sebab nak figure out why aku still upset.

Pagi tadi dah bangun awal, lepas subuh aku dah start aktiviti berbasikal. Nak jumpstart hari aku dengan lebih energy, lagi-lagi tgh mid-week and sebab esok dan lusa aku kena prepare untuk kerja 9pagi sampai 9malam. Semoga tuhan ikhlaskan lah hati nak bangun pergi bekerja and trust me benda nak ikhlaskan diri bukan senang.

So, while writing this sebenarnya aku dah discover why I still upset cuma itulah macam seorang staff aku cakap tadi.

“Nak ikhlas senang lah cakap, Nak buat tu susah”

So, Semoga Allah kurniakan perasaan ikhlas bekerja dalam hati semua orang dan harap Allah bagi banyak lagi rezeki yang tidak disangka akan keikhlasan kita. 

Tak kisahlah kita ni kuli cabuk ke atau majikan di syarikat besar atau kecil.