Saturday, April 11, 2015

Life Update #3

Assalamualaikum.

Ye...Ye.. Ye...

Aku tahu lama dah aku tak update blog. Banyak je benda nak update macam Travelogue, Dentistry Grand Dinner, Events, Kisah 1st Patient, and banyak lagilah. Kalau boleh nak update semua. Setiap satu nak update satu blogpost. Tapi pasal sikap aku yang suka menangguhkan kerja membuatkan semua benda yang aku nak update tu jadi basi. Tambahan pula, aku dah lupa dah nak update pasal apa.

kwang.kwang.kwang.

Camera aku yang rosak pun antara faktor kenapa aku tak update. Sebab selalu sangat tumpang camera kawan. So, proses nak kumpulkan gambar tu jadi lambat, Then, datanglah isu tertangguh. Lagipun, tak puas sebab tak dapat ambil gambar yang aku nak. *Cett, Padahal hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. XP

Dentistry Grand Dinner 2015

Habis je winter break, terus busy membiasakan diri dengan life student clinical year. Fuwh. Terkapai-kapai jugalah nak biasakan diri tu. Sebelum ni, struggle dengan buku and few peralatan dentist je. Now, struggle dengan buku, peralatan yang makin bertambah and patient. Ulang balik. PATIENT. Benda yang kita tak boleh control sebab kita tengah berurusan dengan manusia. Ulang balik. MANUSIA.

Dulu, bila-bila fed up, kalau nak baling handpiece pun tak delah rasa serba-salah sangat. Now, kalau fed up, rasa nak campak je diri sendiri ke laut, sebab rasa serba salah tu more kepada patient. Alhamdulillah, setakat ni okay je perjalanan hidup aku dengan patient-patient aku. Rasa lemas-lemas, at last, survived gak.  Tak de lagilah kes aku kena marah dengan patient ke ape tapi perasaan serba salah aku dengan patient tu menggunung je. Lagi-lagi Patient Prosthodontic, hmm... harap-harap Mak Cik Aminah Yasir tu sabarlah menunggu gigi palsu dia yang nampaknya memang mengambil masa yang lama untuk siap. huh *keluhanberat*

So, basically hidup aku now memang tengah berusaha nak jadi Dentist yang baik! *feeling determined* Walaupun bab teori, buku-buku, akademik ni aku macam lemah sikit tapi bab layanan ke patient, I'll give my best. InsyaAllah, boleh!

For Travelogue yang memang plannya nak update, buat masa sekarang ni. Hold dululah kot. Kasi aku catch up dengan semua benda. Then, slow-slow aku buat. Hokayy?  Now, actually aku happy and lega sebab semua benda yang aku rasa "penting" dah lepas and aku dah boleh concentrate betul-betul dekat studies(hopefully (?)) and tengah nak tunggu balik Malaysia jek niiii. Mwihihihihi.

Dalam erti kata lain. I'm back in my comfort zone.

Thanks for reading,
Lots of love- Sinuha.