Monday, August 25, 2014

Ada apa di Hello Kitty Town ???

Assalamualaikum.

Aku tak tahulah ramai ke tak yang tahu aku ni anak jati Johor. 
Sebagai anak jati Johor, sudah semestinyalah kan aku kena melawat Hello Kitty Town ni sebab sah-sah tempat dia pun sekangkang kera dari rumah aku. 


So, Pada Khamis yang lepas *berminggu-minggu yang lepas, Aku mendapat tugasan menjadi pemandu pelancong tidak bertauliah kepada dua orang rakan aku yang datang jauh merantau dari Ipoh dan Selangor.

Awww~ 

Memang terharulah sebab tiba-tiba diorang sanggup turun Johor jumpa aku. Rasa macam dihargai dan disayangi. *hembus hingus sebaldi.

Kitorang sampai di Puteri Harbour lebih kurang pada pukul 9.40 and masuk awal di Hello Kitty Town.

Waktu Operasi Hello Kitty Town ni adalah pada pukul 10am-6pm and harga tiket masuk bagi warganergara Malaysia adalah RM55. *dapat murah kalau ada kad legoland. 



Memang BEST sebab kitorang pergi pada waktu bekerja/bukan pada waktu cuti sekolah. Tempat dia lengang and tak ramai sangat orang. Dapat rasa macam tempat ini Kami yang punya. Nak berposing pun, tak adalah malu-malu dan sembunyi2 sangat. 

Masa masuk, Korang akan diberikan satu Activity Card dan Tag tangan. Activity Card perlu dicop pada setiap activities yang korang buat di dalam Hello Kitty Town manakala tag tangan tu untuk discan apabila gambar kita diambil oleh jurugambar di situ. 

Antara aktiviti yang kitorang buat di sini adalah:

1) Mini Tea Cup Ride

okay. ini memang agak kebudak-budakan. -_-
Dekat sini ada, satu bahagian yang dinamakan WISHFUL STUDIO, di mana kita boleh buat pelbagai aktiviti and the best thing is boleh bawa balik as souveniers.

2) Hello Kitty Bakery

Okay. Aktiviti ni amatlah senang. Mereka akan bagi kita satu biskut kosong and all we need to do is decorate it. haa~ amatlah senang untuk yang suka decorate/baking kann?



Lepas dah decorate, boleh masuk mulut.
hehe.

sedih sebab tak berbakat. T_T

3) Button Badge

Next, adalah buat button badge. Kita akan diberikan warna dan kertas bulat. Kemudian, kita akan warna kertas tu lawa-lawa, letak nama ke...and finally, seperti gambar dibawah, Kita akan buat button badge untuk dijadikan souvenier.


korang tau kan button badge tu ape? tak payah tunjuklah gambar.

 4) Hello Kitty Craft

Ini Hello Kitty Craft. Agak menguji kesabaran sebab kita akan mengendalikan biji-biji kecil tu untuk dijadikan gambar Hello Kitty. Masa yang diberikan adalah 20minit. So,

F-O-K-U-S


Lepas dah siap, Hello Kitty tu akan di-iron untuk dijadikan souvenier. Best kan? Dapat banyak souvenier. Ahaha.


5) Hello Kitty & Friends costume


sebab apa dipakaikan costume?
sebab nak ambil gambar. 
bukan senang nak merasa jadi maskot, kann?

dan terhasillah gambar kanak-kanak riang.

6) Hello Kitty Black Wonder

Lepas kitorang keluar daripada Wishful Studio. Kitorang ke Hello Kitty Black Wonder which is a must-go dalam kebanyakan blog yang aku baca. *dah buat research dah before pergi.

Tempat ni best. Kita kena selesaikan mission yang diberikan dan jawab beberapa soalan tentang Hello Kitty Black Wonder ni. 

Kalau nak tahu mission dia, kena pergi sendiri. Hehe.

Yang bestnya, dapat sijil after mission. haa~ dapat souvenier lagi. ^_^

kat dalam pulak, banyak tempat boleh bergambar.


Pastu, rasa geram dengan semua benda.



and lastly,

7) Kitty House


Dekat dalam Kitty House ni banyak barang-barang Hello Kitty, kira feeling dia macam melawat rumah Hello Kittylah.

Boleh masuk bathtub lagi.


Ada Wardrobe Hello Kitty lagi. 
 and macam-macamlah..



Nasihat aku adalah kalau boleh pergi pada waktu weekdays "kalau boleh...." walaupun aku tahu amat susah bagi yang bekerja. 
Sini banyak tempat untuk ambil gambar. Jadi sayang kalau dah pergi tapi tak bergambar sakan. Lagipun tempat dia kecil je sebenarnya. Kalau ramai orang, mesti sesak. Plus, kena tunggu beratur panjang. Ohh, memang malas nak tunggu!

Lepas tu, mesti yang dah bekerja rasa jealous dengan aku sebab dapat pergi masa weekdays. wihihihi. 
Inilah orang kata 

"Nikmat zaman belajar, dapat cuti sem 3 bulan".

 Kuang-kuang. Rasa seronok pulak jealouskan orang. lulz.

haa~ nak tambah. Kat sini pun ada Dream Photo Garden,Playground, Purrfect Stage&Cafe
Dream Photo Garden tu platform untuk ambil gambar.
Playground tu taman permainan untuk budak-budak and memang tidakklah aku masukk playground. Naik Mini Tea Cup Ride pun tebalkan muka berinchi. Playground memang takklah!
Purrfect Stage pulak performance oleh Hello Kitty & Friends. Yang ni aku tak tengok sebab malas nak tunggu  and 
cafe tu biaselah kan...  (korang akan dapat free drinks from Lat's Place)
tapi aku tak dapat sebab orang tu kata kena tunggu sebab Lat's Place busy sikit pasal ada events. bencik!
*padahal tak dapat sebab malas menunggu.

Pastu, dapat tahu  Nisa Kay pergi jugakkan pada hari yang sama. pergggh. apa pasallah tak terserempak? Kalau tak, mesti aku tak tau malu mintak bergambar dengan dia kan? pastu, share dengan korang. hahahaha

ok ni last. Janji last!
Kalau rasa nak info lebih pasal Hello Kitty Town ni boleh klik sini

ok. till then korang. muahhh 
xoxo