Thursday, October 27, 2016

Unexpected Trip: Slovenia

Assalamualaikum.

Last entry aku ada cakap yang aku akan update pasal Italy kan? Jeng.Jeng.Jeng.
Siapa sangka keesokan harinya aku tak sampai pun dekat Italy, dan siapa yang baca blog aku mesti tertanya-tanya di mana aku tersadai. (cehh, padahal dekat tajuk blogpost aku dah bagitahu...)

Muka barai kena transit :(
Ada masalah dengan tiket bas. Cerita panjang aku pendekkan je. Kitorang tertinggal bas, so kena transit and naik bas lain. Nak inform je, pasal tertinggal bas ni bukan salah kitorang. Ada problem dengan jadual syarikat bas. So, dia ganti dengan bas lain. End up, kitorang transit lama sikit and habiskan masa dekat bus station makan Mcd (obviously boleh order kentang and kopi je)--- and time ni rasa bersyukur gila aku sambung belajar dekat Egypt, pergi mana-mana restaurant confirm halal and boleh makan. Tak delah berkira-kira tak tau nak makan apa. Huhu. Tapi belajar mana-mana pun sama je, ada pros and cons. Asal kau belajar, ye dok?! *sindir diri sendiri*

Okay. Rasa macam panjang je explaination kat atas, tapi tu dah cukup pendek lah tu... pendek macam 1/3 panjang jari kelingking korang. kuangkuangkuang. XD

Ljubljana Bus Station
 So, end up kitorang sampai Ljubljana, iaitu capital city of Slovenia.


Turun je bas, refresh diri and decide nak cari mana-mana makanan halal sebab time ni bekalan makanan dah tak cukup.(haha,sedih sangat bunyinya) So, Najaa tour guide time ni yang tetibe kena handle situasi mengejut kenalah carikan makanan untuk kitorang manakala yang lain tunggu jaga luggage. hehe. cian najaa.


Bagusnya dekat sini, tourist dapat free wifi 1 hour and jauh jugaklah liputan wifi dia, sebab Najaa yang tengah order makanan pun boleh whatsapp kitorang yang dekat station bas. Nasib baik najaa jumpa restaurant turkey, sebelum ni ada je cari kedai yang dekat, kitorang ade tanya gak

 "Is this Halal?"
 Dorang bantai jawab "Halal!". Siap bagi salam.
Halal kepala otak kau! bila tengok menu ada Ham. Mujurlah kitorang teliti dulu kedai. Ciss!! Sesuka je nak tipu, fikir untung je.



Okay sambung balik. So, Najaa & Elyss order makanan. Dah whatsapp nak order makan apa, tiba-tiba diorang whatsapp ni---gambar-gambar souvenir Slovenia. Rupa-rupanya belakang tu ada satu tourist attraction, Ljubljana Castle. Dah alang-alang jejak, nak jugalah merasa ada souvenier dekat sini, bukti dah sampai. hehe. 


Makanan siap lambat. Entah macam mana, sedar-sedar lagi berapa minit je bas ke Italy nak sampai. Berlarilah aku and Najaa pergi cari Souvenier. Aku and Najaa je pergi, yang lain semua kirim je, sebab kena ada yang standby dekat bas station in case bas sampai.So, bolehlah yang lain check-in kan dulu kalau kitorang lambat. Nervous gila time ni, takut kena tinggal bas lagi. T_T

Sampai je kedai, tak de pun tawar menawar, yang mana kirim t-shirt, aku grab. Aku nak postcard, sekali lalu terus pilih and grab mana-mana yang okay. Kabut!


The only selfie yang aku dapat ambil dekat Slovenia. Tak dapat snap betul, (kelam kabut kan?) tapi view belakang ni sebenarnya nampak Llubljana Castle. Fuwh. Ini memang unexpected short-trip. Planning nak pergi 4 Negara, tiba-tiba dapat free lagi 1 negara. Haha. 

Rasa barai waktu ni tapi best! sebab
 INI BARU ADVENTURE!!!

Thanks For Reading :)

9 comments:

  1. Take care korang! Takpe transit pun ada hikmah boleh tgok tempat lain sama. Haaa extra tu. hehe

    ReplyDelete
  2. Huh berjalan lagik dak kecik ni.. hehe.. bestkan dpt jenjalan negara org.. Akak doakan nuha sentiasa dibawah lindunganNYA... Take care yaa..

    ReplyDelete
  3. OMG bestnya! even though it is unexpected but bila dah balik nanti ni mesti jadi one of the sweetest memories too hihi ^^

    ReplyDelete
  4. OMG bestnya! even though it is unexpected but bila dah balik nanti ni mesti jadi one of the sweetest memories too hihi ^^

    ReplyDelete
  5. wahhh , bestnya . adventure gitu . hihi

    ReplyDelete
  6. Alahai seronok yang amat sinuha... sis hanya mampu dapat postcard dari penpal di Slovenia.. Jejak sana? Hurrrmmmm tak tau bila..

    ReplyDelete
  7. waaa nuhaa jauhnya belajarrrr.. bestnya dapat pg luar negara. sy ni penakut sangat nak p tau. org bawak p indon pun saya takut ntahla nape hahahah.. take care tau nuha :)

    ReplyDelete
  8. Pergi negara orang ni apa yg syok sebenarnya Nuha? Kalau mcm hakak yg 5 beranak ni, duit banyak jugak tu nak belanja....
    Emmm....jalan jalan dlm Malaysia ajelah hihi...

    ReplyDelete
  9. wah bestnyaa leh travel byk negara..

    dah baca post kat atas pasal italy..
    mmg teringin sgt nak rasa gondola rides..
    baru igt nak fefeling tapi xsempat eh..?

    heheh..

    ReplyDelete