Friday, October 7, 2016

Amsterdam, Holland [Day 1]

Assalamualaikum.

25 Ogos yang lepas, aku dan lagi empat orang kawan aku (Nada, Najaa, Mayyah and Elyss) bertolak dari Cairo ke Amsterdam. Finally, after dalam setahun juga merancang Euro-Trip ni. Tercapai jugak akhirnya!

Kitorang naik flight Al Italia dari Cairo International Airport pada pukul 5.25pm. Transit di Rome Fiumicino Airport selama 1 Jam 55 Minit dan sampai di Amsterdam Schiphol International Airport pada pukul 11.25pm (waktu Amsterdam).

Sampai sahaja Airport, kami cari bank untuk keluarkan duit sebab di Mesir ada masalah inflasi. Tak ada satu pun sarafah (money changer) yang nak tukar duit dari Egyptian Pound kepada mana-mana mata wang negara luar. Hampeh betul! Mujur dulu ada buat simpanan USD, dapatlah tampung mana-mana yang patut. Selesai sahaja cash-out money, kitorang cari tempat transit sebelum masuk ke hostel pada pukul 6pagi keesokan harinya.



Dari Amsterdam Schiphol International Airport, kami naik train ke Amsterdam Central Station. Satu tiket train One-way to Amsterdam Central Station berharga 4.2 Euro. Setelah sampai di Amsterdam Central Station, Kami beli tiket GVB 24hours bernilai 7.5Euro untuk memudahkan perjalanan kami di kota Amsterdam. Dengan menggunakan tiket GVB ni, kami boleh menggunakan semua transport yang disediakan oleh syarikat GVB seperti train,tram, dan bus.

Setelah membeli tiket di vending machine, kami bergerak ke arah tram line yang terletak betul-betul di hadapan Amsterdam Central Station. Kami menaiki Tram Line-2 untuk menuju ke Hans Brinker Budget Hostel. Sampai sahaja di hostel, kami breakfast dan bersiap-siap untuk berjalan. Untuk trip kali ni, kitorang dah standby.  Mini rice-cooker and makanan segera seperti Brahim's memang memenuhi luggage sebab kitorang tahu susah nak cari makanan halal. Lagipun, save budgetlah kannn... :)

Masa check-in, staff hostel bagi city map dan sedikit penjelasan tentang Amsterdam
Destinasi pertama yang kami tuju haruslah Iamsterdam Landmark. Iamsterdam Landmark ini terletak di hadapan Rijksmuseum yang merupakan antara top destination di Amsterdam. Ramai sangat orang yang tengah posing ambil gambar dekat Iamsterdam Landmark tu. Memandangkan kitorang rasa sangat serabut untuk ambil gambar jadi kitorang decide untuk datang awal pagi esok. Lepas subuh. Haaa.. nampak tak semangatnye tu?

Rijksmuseum

Anne Frank House

Pemandangan sekitar Anne Frank House

Anne Frank House
Siapa yang pernah tengok movie The Fault In Our Stars mesti recognise tempat ni. Sebenarnya kitorang nak pergi The Fault in Our Star's Bench (bench yang masuk movie. lol). Tempat tu rupanya tak popular pun di kalangan penduduk tempatan dan memang susah nak cari. Daripada menghabiskan masa mencari satu bangku, baik kitorang pergi shopping souvenier.

Nada excited bagi makanan kat pigeon.

Dam Square
 Dam Square ni macam city centre Amsterdam. Dekat sini ada Amsterdam Dungeon, Madamme Tussaud and tempat shopping etc.

Dari Dam Square, kitorang bergerak menuju ke Albert Cup Market untuk cari souvenier. Dekat market tu tak ambil apa-apa gambar sangat sebab semua tengah sibuk shopping. Penjual souvenier tu orang Bangladesh. Dia bagi diskaun sebab kitorang ni orang asia. Lepas semua orang dah habis bayar. Dia bagi kitorang free gift gelang Iamsterdam lagi sorang satu. hee~



Habis je shopping, kami berlima ambil angin di sekitar hotel dan relax di tepi canal sebelum tumbang lepak di bilik hostel. 

Thank you for reading. 

4 comments:

  1. Bestnya travel!! Ni baru part 1 ke apa ni? Sambung la lagi.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    wahhhhh bestnyaaaaa....
    singgah malam sambil follow ^_^

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaaa! Lawa bangunan kat sana 😍

    ReplyDelete
  4. WoW! Memang cantik sangat pemandangan kat sana... Teruja betul LeYa nak pegi juga ni...

    ReplyDelete