Sunday, October 9, 2016

Cologne,German

Assalamualaikum.

Kami berlima sampai di Cologne, Germany pada waktu pagi. Semalaman tidur dalam keadaan yang tidak selesa. Semuanya disebabkan satu transit nightmare semasa dalam perjalanan dari Amsterdam-Cologne ni. *Lap peluh* Malas nak cerita.

Sampai sahaja di Cologne, kami bertemu dengan Dalili, kawan sekolah Elyss masa mrsm dulu. Dalili ni pelajar kos Mechanical Engineering dekat sini. Pandai cakap bahasa German woooah! Laju je dengar dia speaking german.

Antara tempat yang kami kunjungi di Cologne ni adalah

Cologne Cathedral




Cologne Cathedral terletak berhampiran dengan Cologne Central Station. Kiranya keluar je dari station....

"Ini dia destinasi pertama kita pada hari ini!"

Waktu kitorang jalan-jalan di sini, Cathedral ni tengah tutup sebenarnya bagi menghormati upacara agama kristian yang sedang berlangsung. Tourists cuma boleh ambil gambar di dalam kawasan yang ditetapkan sahaja. Ukiran seni bina dan cahaya lilin yang banyak dinyalakan dalam Cathedral ni buat aku rasa macam dalam movie Harry Potter. Sekejap je aku ambil gambar dalam ni, lepas tu bulu roma aku seram sejuk bagi signal suruh aku keluar. adeii!

Alter Markt

Perjalanan hari ni hanya menggunakan Koln Group Pass untuk lima orang. Satu Koln Group Pass berharga 19 Euro. Selepas melawat Cologne Cathedral, kami berenam naik tram menuju ke.......

bukan nak buat surprise, tp aku serius tak tahu sebab Elyss buat Itinerary, pastu Dalili jadi tour guide. So, yang lain memang cuma ikut diorang macam anak itik je. lol. Sedar-sedar dah duduk Coffee Bean minum caramel latte. 


Aku tak sangka cuaca panas terik hari tu. Aku sedar je kitorang jalan waktu summer tapi kat Amsterdam suhu sempoi-sempoi je. Tak sangka pulak Cologne ni panas terik, and btw, Tram/Subway dia tak de aircond. Lol. Memang macam udang bakar lah! KTM and LRT Malaysia pun ada aircond lahaiii...
Tu yang tiba-tiba lepak minum coffee jap tu, sebab nak aircond dengan legakan tekak. Lagipun, sesi warming up and sembang-sembang dengan Dalili kena ada jugak. :) 

Cologne City Hall


Cologne City Hall waktu ni tengah under-construction. 
Cologne City Hall ni antara salah satu tempat bersejarah di Cologne yang dulunya berfungsi sebagai pusat pentadbiran.

Hohenzollern Bridge

View Rhine River and Hohenzollern Bridge

hee, kan kitorang macam anak itik... pergi naik tram turun tram naik tram turun tram, sedar-sedar je dah sampai park dekat sini. Entah macammana jalan belakang sikit terus sampai Cologne Central Station balik.


Kitorang lepak dekat depan Cathedral ni sebelum naik night-bus ke destinasi seterusnya. Gambar atas tu Dalili bagi try cheese german. Sedap! 

Thanks For Reading :)

8 comments:

  1. Enaknya keliling dunia ya.
    Jangan lupa berkunjung ke blog saya ya Staedtler Pensil Terbaik Untuk Anak

    ReplyDelete
  2. Kenapa rasa seram sejuk waktu kat Cathedral..? Cathedral ni tempat ape eh? Gereja mereka..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.Cathedral ni gereja. hee, maybe seram sejuk sebab time tu dorang tgh nyanyi kot mcm nasyid dorang.

      Delete
  3. xdee aircond? perghhh..bersauna la korang yer..

    bestnya dpat jenjalan tmpat orang..

    ReplyDelete
  4. seronoknya dapat travel bnyk negara...

    ReplyDelete
  5. BEst sangat tengok Nuha dapat travel banyak negara...

    ReplyDelete
  6. Bestnya awak. Muda2 lagi dah travel luar negara. Dah alang-alang di sana kan..

    ReplyDelete