Tuesday, October 11, 2016

Munich, German

Assalamualaikum.

Muka fresh lepas dua hari tak mandi. oops!
Perjalanan kami pada dua hari yang lepas menggunakan night-bus. Dua hari kitorang tak book mana-mana accomodation. Nak refresh semuanya di toilet. Nak travel jiwa kena kental! Sampai je di Munich pada keesokannya, Dalili terus bawa kitorang ke Asrama pelajar Malaysia di sana. Memang lega dapat mandi and berehat sekejap. Pelajar di sana pulak masakkan kitorang lunch. Masyuk! 
Memang dah lama tak jumpa masakan panas Malaysia. Time ni memang dah jemu makan lauk segera Brahims, serunding and sambal ikan bilis.

Lepas je recharge energy, kitorang ke Bandar Munich untuk bersiar-siar. Keluar pun time tu dah tengahhari, mujur summer waktu siang panjang. Takdelah terkilan sangat.

Tempat pertama yang kitorang lawati adalah:

Marienplatz 

Marienplatz ni adalah main city centre untuk Munchen (org sini pggil Munich, Munchen). Tempat dia macam Oxford Street, London. Orang kata syurga membeli belah gituwh. Pada pendapat aku, Oxford Street lagi best tempat shopping berbanding dekat sini. Mungkin sebab oxford street ada kedai yang aku mampu masuk kot, macam Primark. Lol! Students macam aku mana mampu sheshopping mahal-mahal. Hahahaha. okay. lawak budak-budak student je.

Old Town Hall




New Town Hall


MarienSaule


BMW Welt

Selepas bersiar-siar di Marienplatz, Dalili dan Elyss bawa kami ke BMW Welt. Seperti yang kita semua tahu,syarikat pengeluar kereta mewah BMW iaitu abbreviation for Bayerische Motoren Werke/Bavarian Motor Work terletak di German dan headquarters syarikat ini terletak di Munich.

BMW World

Terdapat banyak model kereta dan motor yang dipamerkan di sini. Antara model yang mendapat perhatian aku adalah model kat bawah ni. Kereta yang menggunakan kuasa elektrik. Power woaah! Tak perlu gunakan minyak dan dapat selamatkan sumber asli dunia, acehhh tudia!

tapi aku prefer if dia gunakan warna merah. Designated Sports Car with red colour is always better! ^_^


Antara koleksi kereta mewah yang dikeluarkan oleh syarikat BMW.



Koleksi Motor

Dekat sini aku ada perasan satu vip lounge, maybe untuk tempahan model kereta dan sebagainya. Bila tengok signboard tu, aku tunduk dan sedar diri bahawa aku ni baru student, tak boleh tempah kereta elektrik sport warna merah tu ye. Sila berdoa satu hari nanti ada rezeki, boleh naik satu kereta ni. Amin :)

okay itu je cerita di Munich. Bis Bald! (See you soon.)

15 comments:

  1. huihhh! sampai ke Jerman ni haaa...bukan patut kena bermastautin dekat Mesir sana? hihihi...

    how's life so far? lama betul kak sally tak datang sini

    ReplyDelete
  2. Wow german, tpi pernh trfikir bilala agaknya akak akan smpai ke cna

    ReplyDelete
  3. Wow german, tpi pernh trfikir bilala agaknya akak akan smpai ke cna

    ReplyDelete
  4. Bagusla jalan2 sampai ke jermann! Saya prnh terbaca kt fb, dia kata kita kena pergi travel masa muda2 ni. And btw I like ur travelog blog sbb slalunya saya malas nk baca blog yg cerita psl travel. bohsannn bacanya but this one keep it up!

    ReplyDelete
  5. seronoknya Nuha.. ada ambil gambar kereta yang putih tu tak? X6 kan? kereta impian akak tu.. hihi

    Singgah follow Nuha. seronok baca Nuha gi jenajlan..")

    ReplyDelete
  6. Cantiknya permandangan seni bina bangunan kat German ni. Untung dapat jejak kaki kat sini kan

    ReplyDelete
  7. Untung dapat jejak kaki kat Munich, kita ni belum tentu lagi huhuhu

    mija-blur.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Untung dapat jejak kaki kat Munich, kita ni belum tentu lagi huhuhu

    mija-blur.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. cantik la bangunan dekat sana. suka betul tengok bangunan2 design classic macam tu :D

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Aamiin,,,nak dah jadi dentist berjaya bleh la merasa pakai bmw sebijik.hihi

    ReplyDelete
  12. terbaik.. dpt pegi showroom BMW lagi tu..

    ReplyDelete
  13. WoW! Bestnye tengok Nuha ke German. Bilalah LeYa nak ke sana pula ye

    ReplyDelete
  14. germany is one of my wishlist. seronok baca tengok bakal dentist ni berjalan-jalan. apa-apa all the best in dentistry :)

    ReplyDelete