Sunday, October 23, 2016

Switzerland: Beauty Is Pain

Assalamualaikum.

Switzerland memang tak dinafikan adalah satu negara yang sangat lawa. Bukan sahaja pemandangan yang ada dekat negara ni sahaja tapi juga suasana di sini yang boleh membuatkan semua pengunjungnya rasa tenang. Namun di sebalik suasana damai itu, Switzerland juga adalah antara negara yang memerlukan kos yang tinggi jika dipilih sebagai destinasi percutian. Satu panahan di dada. *sedih*

Sebab tulah tajuk entry kali ini, Beauty is Pain. iCry iCry T_T



Swiss Pass yang Mahal Sangat. I cannot ! T_T

Seperti negara-negara eropah yang lain, sistem pengangkutan di Switzerland sangat meluas. Dari ferry, train,  tram dan bas semuanya dapat dinaiki mengikuti keselesaan masing - masing. Switzerland menyediakan perkhidmatan tiket Swiss pass kepada para pelancong. Hanya dengan satu tiket ini , para pelancong mendapat semua akses kepada pengangkutan awam dan perkhidmatan pelancong yang terpilih. Kami berlima membeli tiket Swiss pass yang valid selama 3 hari bernilai 179CHF/Franc. Semua boleh baca sambil buat muka toya lagi.  Jom kita convert!  Tiket untuk 3hari ini sahaja bernilai Rm752. Maka, semua pembaca blog aku ni automatik rahangya jatuh. Huhu!

Mengikut itinerary asal,  kami akan berjalan di sekitar bandar Geneva tapi kerana kesuntukan masa kami semua bersetuju untuk terus ke Bandar Bern.

Old City Of Bern

Seperti yang aku katakan Switzerland memang ada view yang sangat lawa. Old City of Bern ni ibarat setting cerita Barbie:Princess and The Pauper (kalau korang tengoklah cerita tu). Seni bina bangunan yang antik,  hiasan pintu kayu, jalanraya batu bata dan tidak lupa juga air pancut yang menghiasi jalan-jalan di Bern ini memang mirip dengan cerita tersebut.

Kereta pun tak banyak. Relax je kat sini :)

Zytglogge
The Cathedral Of Bern




Kindlifresserbrunner Fountain
Fountain of the eater of the little children.
Fountain ini terkenal dengan pelbagai kisah dongeng. Ukiran patung di atas fountain tersebut adalah Ogre yang sedang makan bayi sambil membawa beg yang penuh dengan anak-anak kecil. Banyak kisah dongeng yang dikaitkan dengan patung ini, ada yang kata ogre yang memang suka makan budak-budak and ada yang kata makhluk ni cuma makan budak-budak yang nakal waktu christmas etc. Fountain ini telah wujud semenjak kurun ke-16 lagi.


Setelah penat bersiar-siar, kami balik ke hostel. Trip kali ini memang rasa percutian bajet. Bajet-bajet nak jalan swiss tapi takde duit so kena jaga budget. lol 
Di hostel kami masak nasi dan lauk berahim untuk kenyangkan perut. Mujur ada periuk nasi mini. Aku sarankan kalau korang nak jalan negara yang susah nak cari makanan halal untuk beli periuk nasi ni. Senang :)


Kami berlima tidur dekat Ibis Budget Hostel ni. Boleh tahanlah. Dia cuma sediakan barang-barang keperluan je. Nama pun Hostel Budget kan? Bilik dia kecik dan sempit berbanding dekat Berlin.
Tapi location dia memang tip top,  sebab keluar je hostel dah sampai tram station. Gambar ni pun diambil dari tram station.

Okay. Thanks for reading :)

6 comments:

  1. Beauty is pain.. setuju sangat!! Switzerland memang cantik tapi tue lah, mahal ya amat. At least pernah pergi sekali jadilah kan awak =)

    ReplyDelete
  2. Fuhhh, memang jatuh rahang jatuh dagu baca kosnya :)

    ReplyDelete
  3. Seronoknya jadi nuha dapat jenjalan jelajah dunia... hehe.. take care ye nuha ditempat org.. :)

    ReplyDelete
  4. memang jatuh rahang dah lepas baca harga convert tu, huhu. asalkan berbaloi jugalah kan utk merasa keindahan swiss tu, bukan selaluu *ayat sedapkan hati*

    btw cantik senibina bangunan kat sana!

    ReplyDelete
  5. Ohhhh.... hakak baru tahu Nuha Swiss ni tempat percutian yg mahal hihi.... Entah bilalah nak ke sini Nuha. Baca cerita Nuha pun jadiklah.... Mekah pun belum lepas lagi ni.

    Walaupun budget hotel tapi nampak okay sangat dah tu Nuha....Oklah tu. Bape Rm semalam?

    ReplyDelete
  6. 752?oh maii..memang terngangan cik renex baca.
    tapi xpe,berbaloi dengan pengalaman yang awk dpt kan.. :)

    ReplyDelete