Wednesday, October 26, 2016

Switzerland: Beauty is Pain (Part 2)

Assalamualaikum.

Day 2

Destinasi pada hari kedua adalah Interlaken Ost dan Brienz-Rothorn.


Interlaken ni maksud dia between two lakes, connecting between Brienz Lake dengan Thun Lake. Aku pergi belah Brienz Lake. Besar sangat tasik niiiiiii!!!!

Permandangan Lake Brienz
Di Brienz-Rothorn, kami berkesempatan untuk menaiki kereta-api steam ke atas puncak Gunung Brienz-Rothorn. Tak tahu berapa kali nak cakap, tapi Switzerland ni memang cantik. Nak naik gunung pun view dia cantik...semua cantiklahh... Haaaa~ Memang boleh kata jatuh cinta lah dengan Swiss ni. *senyumlebar*

View dari dalam train
Perjalanan ke puncak gunung ini memakan masa lebih kurang 1 jam. Sampai sahaja di puncak gunung, kami solat dan makan tengahari dengan bekal sandwich tuna yang dibawa. :)

Tengah pandang masa depan tu, sebab tu senyum je! ekekeke

Pak Cik pakai topi ni tak bagi can aku duduk belah tingkap. Ciss!
Muka excited dapat bergambar di Swiss-Alps.
Kami habiskan masa lebih kurang 2 jam di atas puncak gunung. Setelah puas bergambar, kami turun ke kaki gunung dan naik boat untuk pulang ke Interlaken Ost. (kat atas boat pun, habiskan masa dengan bergambar ) . Setelah penat, kami pulang ke hostel. Ohh! Masa balik tu, depan hostel tu ada carnival, so singgah jap. Acah nak tengok pasar malam orang putih macam mana... tapi bila tengok tadarappappa *takdepape* and semuanya pegang bir/rum, wa rak lu lah!

Ada juga ambil gambar, tapi tak jumpa pulekk!

Air dia....masyaAllah! jernih :)

Day 3

Rhine Fall Schaufhaussen

Rhine Fall Schaufhaussen ni adalah "The Largest Plain Waterfall in Europe" [copy dari wikipedia]. Tapi aku rasa biasa je, ekekeke *gelaknakal* maybe sebab view dekat Brienz-Rothorn tu cantik sangat yang aku tak boleh nak move on. Trololololol!!!


Setelah bersiar-siar di sekitar Rhine Fall , kami meneruskan perjalanan ke Zurich. Zurich adalah destinasi terakhir kami di Switzerland. So, time dekat Rhine Fall memang kejar masa sikit sebab takut tak sempat nak shopping souvenirs. 

Time ni rasa macam makcik-makcik sangat sebab tak sabar nak shopping, tp lg tak sabar nak shopping kat Italy sebenarnya sebab ramai yang kata dekat Italy murah. huhu. [very the makcik iolls]

Pisau ni antara souvenir popular di sini.  
Sampai sahaja di Zurich, berdezzzuppp terus cari kedai souvenir. Agak-agak dah puas hati dengan shopping (mcm byk je, pdhl 2-3 barang je beli), terus tunggu bas untuk ke Italy. Fuwh! What a long day!

Grab coffee cause I need Energy!

Coffee-mate
Okay itu je! Next time, aku update pasal Italy. *kenyitmata* *lambai-lambai*

Thanks For Reading :)

1 comment:

  1. Dah katanya berjalan, rugilah tak penuh gambar hp tu....Rasanya zaman belajar Geografi dulu teringat ingat cikgu sebut Swiss Alps...

    ReplyDelete