Wednesday, September 10, 2014

Sarawak, Bumi Kenyalang [Part 3]

Hello There,
Okay, Jom sambung dengan cerita tentang percutian aku di Sarawak [part 3]. Hope you don't get bored.
Enjoyy!

Day 3

ya. aku pendek.
1) Sarawak Cultural Village

Sarawak Cultural Village terletak di kaki Gunung Santubong which is very legendary dekat Sarawak ni. On the way to this Cultural Village, korang boleh tengok bentuk Gunung Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang yang berbentuk muka dan badan manusia (need alotsa imagination)

Sampai sahaja di entrance dan selesai membeli tiket, korang akan diberikan Passport untuk dicopkan di setiap rumah budaya di sini. Kira untuk checkpointlah.Bagus juga, So that boleh detect kalau tak masuk mana-mana rumah. It was very fascinating experience for everyone to have. Terasalah macam

"Wahh, Malaysia memang kaya dengan budayanya *lagu instrumental patriotik berkumandang"

Rumah Penan :)
Di sini terdapat lebih kurang 7 rumah budaya Etnik yang dipamerkan. Antaranya Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu, Melayu and etc. Setiap rumah akan mempamerkan keunikan etnik masing-masing dan tidak lupa juga "welcoming dance" dari etnik mereka.

Not to miss chance to sumpit beside half-naked man 0-0 ooopsie.
 Dalam tidak sedar, hampir setengah hari juga kitorang berada di sini. Berjalan sana-sini and not to forget selfie sana-sini. hmm. cuaca waktu ni panas terik. So boleh consider fortunate jugalah kann... daripada kena berjalan dalam hujan. hehehe

Selesai habis semua checkpoint, kami ke dewan untuk menikmati persembahan yang telah disediakan.

Thumbs up for Persembahan Sumpit. :)



Lepas tengok show, kitorang pulak buat performance. Hehe. Mentang-mentang dua dua ex-dancer sekolah. haha.

Okay. After show, macam biasa pergi ke kedai cenderamata and then menuju ke destinasi seterusnya which is........

2) Shopping Ikan Terubuk di Pasar Satok


---------------tetttttt-----------
tak ade gambar sebab kami adik beradik tak ikut serta dalam sesi membeli belah ikan di pasar.

3) Beraya

Okay. Aku rasa tak pernah dibuat orang menyambut raya di rumah tourist guide. But, anyway thanks to Pak Jai sebab ajak kitorang beraya. Kira dapat jugalah rasa mood raya di perantauan. haha. Pak Jai pun cakap tak pernah dia bawa orang makan angin waktu musim perayaan.
Haha, kitorang memang suka buat benda lain daripada yang lain. Despite the fact that actually time raya je CONFIRM dapat kumpul semua. hahahah.


Okay. Don't forget to read on the finale part. [PART 4]

Sarawak, Bumi Kenyalang [Part 2]

Day 2

1) Kedai Crystal&Cenderamata


Pada hari kedua, perjalanan kami dimulakan dengan melawat kedai Crystal. Di sini banyak menjual crystal. haha. apa punya ayatlahh kann?

Selain daripada crystal, di sini ada juga menjual pelbagai cenderamata seperti bag, keychain, pencil etc. Mengikut sumber, harga di sini lebih murah berbanding di Bandaraya Kucing dan memang betul. Harga di sini memang lebih murahh.

sakan membeli belah

2) Gua Angin

Selesai sahaja membeli-belah, Kami semua menuju ke Gua Angin. Sebelum masuk, kita kena daftarkan diri dan sewa lampu suluh yang disediakan. Gua ni nama je Gua Angin tapi Panas! berpeluh-peluh masuk. sigh. Nama pun Outdoor activities kann?


Nah! Belanja gambar kelawar dalam gua sikit.



Dalam gua, of course kan gelap. Pada pandangan aku, tempat untuk berjalan kaki dia tak membahayakan sangat. Memang sesuai untuk "santai2" bagi orang yang memang so-not outdoor person kann?

3)Gua Tergantung/ Fairy Cave

Selepas je, melawat Gua Angin. Kami ke Gua Tergantung. Kenapa Gua Tergantung? Sebab gua tu tinggi dan perlu naik tangga untuk ke Gua tersebut. Tak yah cakaplah. Memang termengah-mengah. Dahlah, pergi tak ready. Masuk gua pakai kasut biasa and bukan sport shoes. Lahaiii! Cuak jugaklah.

Pintu Masuk ke Fairy Cave.
Nak jumpa pintu masuk ni pun kena naik tangga dalam 5-6 tingkat. Bayangkanlah.
Dekat dalam ada tangga lagi.. haa! memang gila.



Tapi memang berbaloi. Dalam gua ni. Subhanallah! Memang cantik pemandangan di sini and udara rasa nyaman dan sejuk je. Tumbuh-tumbuhan pun tumbuh segar. Dengar pulak bunyi flow air. Rasa nature sangat. Memang berbaloii dengan segala tangga-tangga yang kitorang daki tadi. fiuwhh.

4) Matang Wildlife Centre


Next, kitorang ke Matang Wildlife Centre untuk melihat Orang Utan. Walaupun sebenarnya dekat sini banyak juga haiwan lain tapi kitorang memang nak tengok Orang Utan sahaja. Just Orang Utan. Binatang lain is too common. haha. Nampak sangat aku dah bosan pergi Zoo. 


walaupun banyak binatang dan Orang Utan di sini tapi aku share satu je gambar. Ini Orang Utan yang paling besar pernah aku nampak sepanjang hidup. Tak kurang juga dengan perangai dia yang active. Gayut sana Gayut sini. Dalam sangkar, bolehlah tengok depan-depan macam gini, cuba kalau dilepaskan, memang aku lari lintang pukang. 

Hmm, agak sedihlah sebab aku bayangkan all those cute baby Orang Utan yang kite boleh kendong and main tapi dekat sini tak ade. So, tak pelah, takde rezeki.

and actually, aku teringin sangat nak masuk banyak-banyak-banyak-banyak gambar tapi nak upload ada payahlah. Korang pun nak tunggu loading mesti berat kan? So, cukuplah dengan gambar yang ada :'(

Ok. Habis sudah cerita untuk Day 2.  Jangan lupa untuk baca Day 3.

Bye semua :)

Tuesday, September 9, 2014

Summer Break 2014: Sarawak, Bumi Kenyalang. [Part 1]

Assalamualaikum.


Hai semua, 
Dengan menepekkan gambar aku yang berlatarbelakangkan airport sudah semestinya korang dah tau aku nak cerita pasal apa kann? 
Hahh? Apaa? Dah tau dah destinasi akuu? 
Tipu. 
Kau usha title kannn? Eleehhhh~ 

K.

So, Let's Get Started.

Day 1

Kalau perasan, ada aku memeluk beruk.
Kami spend 4days & 3nights dekat Sarawak ni. Pergi masa Hari Raya Kedua, Balik Johor Hari Raya Kelima.-The reason kenapa gambar raya/duit raya aku sikit.  T_T

Tapii ada pros/cons jalan waktu musim perayaan ni, Antaranya:
Advantage: Tempat2 perlancongan sikit orang
Disadvantage: Susah cari makan. Restaurant/warung/gerai mostly tutup.

Kami sampai di Kuching International Airport pada waktu pagi.*tak ingatlah pukul berapa. 
So, dari situ kitorang terus memulakan perjalanan kitorang. First, cari breakfast.
dan seperti yang aku katakan tadi, time musim perayaan ni susah nak cari makanan. Mostly, kedai tutup. Hambar.

Nasib baik Giant buka. So, kitorang makan fast food jelah. 
Restoran Sugar Bun, agak popular juga aku tengok restaurant ni dekat bumi kenyalang ni. Dekat semenanjung tak pernah pula aku perasan.

1) Jong's Crocodile Farm & Zoo

Inilah destinasi pertama yang kitorang pergi. Pada aku agak bosan sebab.... alaaa~ dari besar ke kecik asyik tengok binatang je. Dekat Johor ni pun ada satu ladang ternakan buaya tau, yang siap jual daging buaya. Lagi gila. Dahlah mahal harga daging buaya ni. 



Namun, Show "Flying Crocodile" ni tak menghampakan. Aksi-aksi crocodile ni bila diberi daging ayam gantung memang syiok. Cuba bayangkan kalau kita yang digantung?


Selain daripada Show "Flying Crocodile", Disini juga ada mempersembahkan "Arapaima Giga Show" tapi basically, show ni adalah memberi roti kepada sekumpulan ikan.  -_-"


Selain itu, ada jugalah mempamerkan beberapa hidupan liar dan spesies2 lain. Bolehlaaa~

2) Kek Lapis Sarawak


Benda ni memang perkara wajib bila dah jejakkan kaki di Sarawak. Sarawak yang memang terkenal dengan Kek Lapisnya. Maka, Haruslah kita singgah dan membeli belah sebanyak mana yang mungkin untuk dibawa balik ke Semenanjung. Kalau disini, harga baru RM10, Kalau di semenanjung, harganya sudah mencecah RM20++.

Haa, Sesi Memilih!!

Selesai saja memilih dan try tester, kitorang dibawa makan tengahari (walaupun dah petang) dan sekali lagi ditekankan, memang susah cari kedai makan. Yelah, raya kedua. Semua masih dalam mood beraya. Nasib baik jumpa juga tempat makan. Selesai je, kitorang dihantar ke homestay oleh Pak Jai. Haa! yang berbaju biru di atas tu.
Malam kitorang tak jalan. Lagipun, di sini kedai tutup awal. Jadi, pada malam hari kitorang hanya berehat dan menikmati telemovie syawal di TV3. Hahahaha.

Okay. Nantikan Part 2 ya? 

P/S: sorrylah, cerita dah lama peram jadi pekasam baru nak update. :'(