Saturday, October 12, 2013

Tutorial : Letak section categories di bahagian atas blog.

Assalamualaikum.

Tutorial ni for newbies macam aku. sekian.
#Sorry kalau gambar memberatkan laptop korang. Aku memang sengaja suroh laptop korang angkat berat. ehh?

So newbies, this is for you. :)

nak macam nii??

1) Firstly, pergi layout and click add a gadget.

Heee. Gurau.


2) Pilih Labels and letak di bahagian atas.


3) Like this. Sebenarnya, korang boleh je tukar setting2 tu.. ikut kesesuaian korang. 

4) Pergi dekat Posts and edit.


5) Click labels.


6) Tulis section yang korang nak and then save. Eg: Home, About Me, Health, Segmen and bla-bla-bla, ikut kreativiti.

7) Finally, korang view blog. InsyaAllah jadi.

and untuk touch-up ,

Korang boleh ke layout---> template designer ----> advanced -----> Tabs text/Tabs background.


Selamat mencuba :)




Thursday, October 10, 2013

SINUHA

Assalamualaikum.

Siapa SINUHA?
Seorang part-time blogger yang berblogging since 2012 dan seorang pelajar yang berfikiran positif. Berblogging hanya suka-suka dan untuk mengabadikan kenangan. Belajar untuk bina masa depan lebih cerah kerana hanya berbekalkan lampu kalimantang tidak cukup pada zaman ini walhal spotlight lebih cerah! ehh??

Kenapa SINUHA?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa SINUHA? Alaa~ Aku tau korang mesti tertanya-tanya punyee. Kalau tak tanya biar aku bagitahu. Aku guna nama SINUHA untuk twitter aku, masa zaman first year. Pastu, semua kawan2 tanye:

"Nama apa SINUHA?"
"Apa maksud?"
"Pelikkkks jek!"

Alaa. Biasalah, masa baru-baru masuk kelas persediaan. Mana rapat dengan semua orang lagi. Sekarang, Alhamdulillah. :)

Pelik tak pelik. Alaa biarlah. 

Sebenarnya nama tu datang dari nama aku sendiri SIti NUr HAjjar. Hah! and now u get it!
Mula-mula takut juga kalau takde maksud. Lagi-lagi dulu twitter tengah mainstream, tau je ada yang panggil aku SINUHA, gune nama twitter aku tuuu. Mula-mula macam pelikk jek aku dengar, tapi lama-lama aku tak kisah Sebab SINUHA pun ada maksudnya yang tersendiri. Smile :)

Nuha sebenarnya bermaksud orang yang berfikir/berakal dalam bahasa arab. Jadi, aku anggap je bila orang yang gelar aku SINUHA, panggil aku SI yang berfikir/berakal. Smart kan ? padanlah aku makin bijak jek semenjak dua menjak ni. Ihiks ^_^

Lastly,
Enjoy reading, friends :)
Kalau ada yang macam terkasar bahasa tu, lembutkan guna softlan.
Kalau ada entry busuk, kau guna downy.

Wednesday, October 9, 2013

Apa nak buat lepas PMR?

Assalamualaikum


Entry kali ni ditujukan khas kepada adik-adik yang baru sahaja habis menjawab PMR. Mesti korang tersengeh-sengeh baca kann? mentang2 exaaaam dahh habiiiiis.......kaaannnn?


Okay. Dekat sini, Akak nak tanya? Apa yang korang nak buat lepas ni? jawapan korang mesti enjoy kaaan?? yelah, cuti hampir 3bulan. Nak pulakk, dah perah otak selama ni. Mesti nak enjoy!

Nak enjoy tak salah dik, tapi pastikan selama korang bercuti sakan ni, korang buat benda yang berfaedah. Atur percutian korang tu. So that, naik je form4. Korang boleh kata pada diri korang :
"Yes, Cuti Aku Penuh Bermakna!"

takdelah mengeluh. Lepas tu, cakap:
"Alaa, dah nak sekolah dah?!!"

Ceh, cuti akak pun tak beberapa nak terurus sebenarnya. hiks ^_^

Ok, dekat sini akak ada beberapa suggestion untuk korang buat semasa cuti ni. First, Take a deep breath. 
Lepaskan semuanya. Hah! *giggles*

1) Make-the-list

Hah. Ini tujuan yang akak suruh korang breathe in tadi. Supaya korang boleh fikir tenang-tenang dengan bekalan oksigen tadi. Now, fikir dengan teliti. Dalam masa 3bulan, apa yang korang nak buat? "Hutang" apa yang korang nak bayar lepas habis exam? Tengok running man? habiskan movie korea? Tidur?? 


Jangan risau. Semua akan terbayar! Tapi agak-agaklah, takkan korang nak tidur sepanjang 3bulan kot.. itu berhibernasi namanya ataupun takkan korang nak tengok running man je. Gila nanti.

Ok. Fikir masak-masak and make-a-list. Sekarang simpan list tu. Korang kena berjanji pada diri korang yang sebelum 3 bulan, list tu mesti dah siap tick. 

2) Kemas nota.

Ye, akak tau yang korang dah habis exam. Officially, you're not connected to those notes. Tapi, ingatlah maybe notes2 korang tu berguna untuk adik-adik korang, tak pun jiran-jiran korang. Kemas! Yang mana berguna, sedekah je. Mana tahu, sedekah amal jariah yang korang buat ni dapat bantu result exam korang, kalau tidak pun, masa dah mati nanti perlu.



Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya "(Hadis Riwaya Ibnu Majah).



3) Hobby
Hah! Mengikut Mr. Wiki - A hobby is a regular activity that is done for pleasure, typically, during one's leisure time. Dah trangtangtang cuti, memang byk leisure time. So, spend time doing your hobbies. Tak kiralah, membaca ke, main basikal ke, nak belajar main muzik ke... macam-macamlah or.........

you also can find a new hobbies, contohnya main puzzle ke? Mana tau, dulu tak pernah jadi satu pun,, bila dah cuti.. Berbingkai-bingkai puzzle korang dapat.

4) Networking system
Kau jangan pulak pikir akak tengah cakap pasal line internet ataupun komputer ea? Ini about relationship. Bukan DATING/COUPLE or such things. Ini pasal korang luaskan rangkaian persahabatan korang. Yelah, mana tau, sebelum PMR korang dok baca buku je. Sibuk memanjang. Budak sebelah kelas pun korang tak kenal. Hah! inilah masanya korang nak tambah kawan. Cuba tegur-menegur dengan budak kelas lain, mana tau korang satu kelas pulak tahun depan. kan senaangg? Tapi, kalau akak tau korang dating, akak rotan!!!



5) Find your passion

Akak kata korang penipu kalau tak bukak internet! Nie blogging bolehhh? Dah alang-alang buka internet tu, cari Passion korang. Matangkan pemikiran. Pilih cita-cita korang (seriously) and cari extra info pasal bidang yang korang nak ceburi. Korang perlu masuk aliran apa untuk capai cita-cita korang tu? Sains tulen ke? Sains Teknikal ke? Sastera ke? Berapa peratus rakyat Malaysia dah ceburi bidang tu? Macam-macam soalanlah. Google jek. Tengok Pros and Cons. Lepas tu, Determined! Whatever it is, the goal is set!

Mesti ada yang cakap, it's too early and plus, we never know what'll happen next. Yes. Akak akui. No one knows what'll happen next but it's better to prepare right?

6)                                                                 "Alaaa, boringlah." 
"Tak tahu nak buat apa!"
"SUMPAH BORING!"

Hah, ini frasa-frasa yang selalu kita ucapkan bila dah nak masuk minggu ke-2 cuti. Hah! sebab tulah akak suruh korang buat list. Masa saat-saat macam ginilah korang pergi tengok list korang balik and buat yang mana belum ditick kan lagi. Kalau kata bosan lagi, nak pelempang jepun namanya.

Haha. gurau. k?

So, whatever it is. Have a nice vacation.
You deserve it!