Saturday, July 20, 2013

Sushi Kaki te' jadiosh

AnijualSayo  *tundukkepala*

Dengan kuasa kimono yang ada di jari jemari aku ni, ingin aku ucapkan 

"Sheng Sheng"

"Ceng, ceng, ceng"

*Bunyi pedang berselisih*

Assamualaikum.

Kalau siapa yang pandai lagi bijaksana, mesti dah tau apa yang aku nak sampaikan. Hari ni aku nak cerita pasal Sushi. Jangan korang harapkan aku nak buat giveaway belanja tiket sushi king ke ape. Hari ini aku just nak story mory kisah aku membuat sushi.

Ini first time aku nak buat Sushi. Omputih kata first attempt. Dulu masa kecik2 dulu, aku fikir susah buat sushi ni tapi bile dah tau caranya, Hah! Senang Jek! Kacang Goreng!

Sini. Meh aku sharekan...

Tutorial  *bajet jek aku ni* Teruskan Membaca :) Siapa yang nak tutorial betul punya, sila klik sini .

Step 1: 

Masak Nasi. Kemudian campurkan nasi tu, dengan cuka, garam dan gula. Biar Sesedap rasa.
Tapi kalau rasa, hari tu,sedih jek.Muka monyok jek. Assignment kena tolak ke..? Kena marah dengan bos ke..? Bolehlah tambah cuka tu lebih sikit. So, kalau ada orang tanya

"Asal Masam Mencuka je ni?"

tanpa perlu menyatakan sebab yang sebenar. Bolehlah anda selamba badak jawab.

"Memang lebih cuka pun"


Ok Next.
 Beras ni korang kena beli beras jepun. Kena guna nasi yang banyak kanji. But for me, Aku guna beras arab jek. Dah standby bawa dari mesir. 

Step 2:

Bentang Seaweed di tikar sushi.


Aku masa buat ni memang ikut watak betul. Elok2 jek aku bentangkan. Ibarat perempuan melayu terakhir gituwh. Membentangkan tikar lah katakan? cehwah. Haha. Nak-nak tengah tengok cerita Kampung Girl. Terinfluencelah jugak dengan tajuk cerita tu. HikHikHik. :) Lagipun,Nampak Kemas kan aku bentang seaweed tu? 

Step 3:

Sapu Mayonaise di atas Seaweed.


Time ni, aku dah start rasa disaster. Dah rasa macam tsunami kat atas kepala dah. Kerja yang aku buat, tak pernah nampak kemas. Sampai sapu mayonnaise pun, aku rasa serabai. Hilang dah watak perempuan melayu terakhir tu. Hmm..

Step 4:

Susun Nasi, Crab Meat, Timun and Tuna di atas seaweed.


Disaster kan? Tak lawa betul aku susun. Tapi tak pe, Aku ni positive thinking orangnye.

" There's always a chance"

Step 5:

Gulung.

gambar jek nampak lawa ni. Tp lakonan semata-mata

Step 6:

Potong kecik untuk dihidangkan.

Step 6 tak de gambar sebab gambar dia sadis. Tapi tak pe, At least kita belajar something which is

"Don't Judge the Book By It's Cover"

P/S: Siapa yang tak tahu tikar shushi ada jual kat mane, aku cadangkan cari kat jusco jek. RM4.90 jek. and aku punya sushi. sedap; cuma rupa je cacat sikit. Hehe. *siapa lagi nak puji kan,, kalau bukan diri sendiri?"





Thursday, July 18, 2013

Day 11: Selamat Tinggal Turkey!

A picture is worth a thousand word.
So, this time. Let's the pictures talk.
Cehwah, padahal dah tak tau nak tulis apa.


We just spend our last day in Turkey by Shopping at grand bazaar.
p/s: Grand Bazaar ni besaq sangat. Jangan sampai sesat pulak ye. Dia pula ada banyak pintu masuk. Jadi ada kemungkinan untuk anda masuk pintu lain and keluar pintu lain. Jadi yang pergi ikut group tu, pandai2lah jaga diri.




Barang-barang dekat grand bazaar memang lawa-lawa. Tapi jangan tertipu dengan harga yang dorang bagi. Semua dah marked up dah. Pandai2 lah bargain ea and untuk teh turkey, boleh dapat dengan serendah harga 2 lira. Jangan jadi macam aku, beli dengan harga 4 lira.


Posing hindustan gitu.


Rasa macam famous pulak cenggini.
Kitorang ride a cruise before pergi Grand bazaar. Sorry susunan terabur sikit. This cruise is along Bosphorus Sea and kita boleh tengok Galata Bridge yang terkenal dekat Istanbul ni. Tempoh Cruise ni adalah dalam 2jam Setengah.

Turkey special ice-cream before flight departure to Egypt.
Ice-cream ni sedap. Bila kita tengok dia buat, macam tepung je tapi entah macammana entah,,boleh jadi ice-cream bila kita makan. Memang sedaplah and yang paling best, memang dia ada buat macam-macam kejutan sebelum kita dapat ice-cream tu. Syok! Inilah perbelanjaan terakhir aku di Turkey. Sob..Sob.


Bye2, Turkey.
walaupun meninggalkan turkey tidak sesweet kisah Lisa Surihani dalam Istanbul, Aku datang! namun aku tetap sedih.

selamat tinggal. T_T


The END.



Day 10: Istanbul, Aku kembali!

Assalamualaikum,

Setelah kakiku menapak dari satu tanah turkey ke satu tanah yang lain. Akhirnya, aku kembali ke kota Istanbul. Banyak daerah negara seribu kubah ini telah aku jejaki. Bermacam- ragam manusia telah aku jumpa. Walaupun tidak semua yang aku ceritakan di blog ini, tetapi sudah cukup untuk menjadi salah satu pengalaman yang berharga untuk diri aku. 

Istanbul. Kota yang paling aku gemari antara semua daerah yang sudah aku jejaki. Sebab?
*senyum nampak gigi dua batang*

 sebabnya adalah kerana ia kota yang penuh warna warni dan mungkin kerana di situnya terletak masjid biru.
Di hadapan Topkapi Palace.
P/S: Kami tiada kena mengena dengan lelaki tersebut.
Klik untuk lihat dengan lebih jelas.

 Setelah bertolak dari Antalya, Kami sampai di Istanbul ketika subuh. Sejuk. Itu sahaja yang dapat aku gambarkan pada pagi itu.
Pada mulanya, kami tidak mengenal pasti tempat tersebut kerana pada pertama kali kami sampai di Stesyen bas Istanbul,suasana stesyen bas tidak seperti itu.Pelik. 

Kami meneruskan perjalanan dalam keadaan yang sejuk dan gelap itu. Setelah keluar dari perkarangan parking lot bas, baru kami sedar bahawa kami berada di tempat lain. Kami segera mencari surau untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Solat subuh harus ditunaikan.

Dalam perkarangan Topkapi Palace.

Setelah hari sudah cerah, Kami ke Sultanahmet Square untuk ke hotel yang sudah kami booking pada hari pertama kami sampai di tanah istanbul ini. Setelah selesai menyiapkan diri, kami berkunjung ke topkapi palace.Kami ke Topkapi Palace hanya dengan berjalan kaki. Almaklumlah, dari sultanahmet square nak ke Topkapi tu bukannya jauh mana.

Tempat untuk berteduh. 


Topkapi Palace

Alhamdulillah, Aku suka dengan Topkapi Palace ni. Nak tau kenapa? Sebab disinilah terletaknya tinggalan Nabi Muhammad S.A.W. Janggut beliau, tapak kaki beliau, even gigi beliau di simpan di Topkapi Palace tersebut. Macam-macam yang ada disini. Pedang 4 khalifah khulafa' ar-rasyidin pun ada di sini. Aku bersyukur kerana dikurniakan peluang untuk melawat tempat sebegini.


Kami meneruskan hari kami dengan berjalan-jalan di sekitar Sultanahmet Square sambil jalan-jalan cari makan and lastly, we decided to eat at this restaurant.


setelah kenyang, apa lagi?

balik hotel dan tidurlah.