Tuesday, November 27, 2012

Stawberries Babies

Assalamualaikum. 

Hi, entri kali ni nak cakap pasal first stawberry yang aku makan kat mesir.
Woot..woot. Sedap uwh.. di makan dengan NuCrema yang disponsor oleh kawan sebilik aku, Fatin Hamimi.


Hehe. sedap gilerrr.... sedap..sedap...sedap.. laziz awi!!

half kilo khomsah geneh @ 5 L.E @ RM2.50

     Tadi situasinya begini:


    Suasana sunyi sepi di bilik nombor dua, tingkat tujuh. Kelihatan Fatin Hamimi sedang menelaah mata pelajaran. Izzati dan Hajjar pula sedang sibuk menguruskan diri sendiri. Entah apa perkara yang mereka berdua lakukan pun mereka tidak pasti. Mungkin sedang melayaan perasaan sendiri agaknya. Kesejukan pada malam itu seakan2 menggigit tulang mereka. (erk, ape ko buat ayat ni hajjar??). Tiba-TIBA!!

JENG.JENG.JENG

   Terdengar bunyi derapan tapak kaki yang mereka tidak asing lagi. Selangkah demi langkah, tubuh yang berpakaian cardigan putih dan tudung hitam masuk kedalam bilik mereka. Semua mata tertumpu kepada mata tersebut dan tiba-tiba....

"Eh, korang, jom makan stawberry nie" syera dila menyapa.

"NAK!!!" 

Kitorang pun apelagi,berkerumunlah nak makan stawberri.. sebelum makan kitorang berposing2 dulu and tadaa~~




hehe. gambar dah bape kali amik. Stawberri satu pun x makan lagi. Semua gilerr camera. huhu.

Ok. that's all from me. buhbye. 

*Thanks kerana membaca entri ni walaupun saya dah tau dah sape pembacanye :D ehehe*




Wednesday, November 14, 2012

Carrefour

Yo..yo... wassap..wassap..

    Over giler korang tajuk carrefour pun klik nak bace..!! giler stalker ! ahaks! hajjar perasan ade orang stalk blog dier.. k shut up!

    Hari ni 14 November 2012. It means dah masuk due bulan dah aku dekat mesir. So, duit pun masuk untuk bulan yang ke dua. hehe. Hari ni aku nak tulis entri macam mane aku menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi... (Erk, sesuai ke?). Secara ringkasnya, aku nak tulis pasal perbelanjaan bulanan aku.

   Tiap-tiap bulan, setelah elaun masuk , aku dah berazam pada diri aku yang sebulan hanya sekali jek aku keluar beli barang-barang keperluan. Jadi, tempat di alex yang sesuai untuk aku membelanjakan duit aku sekali gus adalah Alexandria City Center. hehehe *sengih.

Inilah carrefour mesir

   Gambar kat atas tulah carrefour mesir. Dia hanya ada satu tingkat tapi memanjang. Aku target 400 L.E jek untuk dihabiskan di carrefour ni. Tiap2 bulan. Insya-Allah 400L.E jek. Maksudnya,aku memang beli semua barang keperluan aku di sini sekaligus.

Ini target belanjawan november 2012 aku:
Barang-barang keperluan (makanan, sabun etc): 200 L.E
Broadband: 150 L.E
Topup Etisalat: 50 L.E

   
   Nak dijadikan cerita, punyelah aku heksaited terlebih nak buat bajet bulan baru, nak jadi orang yang terorganized merancang perbelanjaan, nak jadi mahasiswi pandai berbelanja.. boleh pulekk xde teksi xnak angkut kitorang pergi carrefour... dekat setengah jam nak tahan teksi.. nasib baiklah last sekali jumpe jugak teksi yang nak angkut kitorang.

   Sampai jek carrefour, aku dgn kawan aku terus jek pergi bayar broadband and terus cari barang keperluan sendiri and lastly,tadaa~~

Resit belanja barang keperluan di carrefour
  haha. tetibe tadaa~ dah sampai umah.(erk, +-=" asrama okayh, ko tu baru budak 1st year.xde umah lg..ingat hajjar! ingat!) .

   Aku belanja 164.74L.E untuk barang keperluan. Still under budjet. Yess!!

Barang2 keperluan :)
and itulah barang2 yang aku beli.

TIPS PERBELANJAAN AKU:

1. Tulis duit keluar-masuk setiap bulan.
Dengan cara tulis, at the end of the month, korang boleh teliti and semak balik benda ape yang korang dah belanja and mana duit-duit yang korang dah belanjakan. So, korang boleh tanye kat diri sendiri masa hujung bulan mane duit2 korang pergi.. xdelah duit tu hilang tanpa arah tuju.

2. Be the mastermind!
Hehe. Duit anda hak anda! Rancang perbelanjaan setiap bulan. Bajetkan berapa yang perlu digunakan setiap bulan. Be discipline! Jangan lebih bajet. Well, as student, gunekan duit sebetulnya. Kite belum ade gaji pun nak berjimba-jimba. So, simpan untuk keperluan!

3. Simpan Resit
erk? ni aku tak buat sangat. kengkadang jek. hmm... actually, buat. Tapi... untuk bayaran yang besar2 jek seperti carrefour, broadband, ...tu jek kot. hehe. ni penting gak. At least, korang ade bukti yang korang dah belanja ape..dah bayar ape.. so, penting.penting.penting.....laa kot.. #xley pakai tips aku ni.

4. Simpan duit syiling
Ni kegemaran aku. Atas sebab yang aku ni suka melihat duit syiling. so, ini tabiat yang aku suka. Setiap kali dapat duit syiling. At the end of the day, aku akan letak dalam tabung. So, tanpa kita sedari kita akan dapat juga simpan some amount of money. Bak kata pepatah: sikit-sikit lama2 jadi bukit.

5. Keperluan @ kehendak
Ni ayat yang aku pegang time shopping. Keperluan atau kehendak? Beli jek ape yang perlu. Yang x perlu, XYAH BELI! HAH! garang ak?!! hehe.
don't worry, aku pun manusia gak.. ada kehendak and sebab tulah diwujudkan tips no.4, barang2 kehendak semua amik dari duit syiling @ bagi siapa yang pemalas untuk menyimpan duit yang berat-kira amik jek dari duit lebih elaun korang. kan senang citer! heh! -_-"

#bajet-bajet jugak tapi xyah seksa diri xnak makan sebab nak simpan duit. then, jangan lupe untuk sedekah. bahasa sinisnye: janganlah kedekut sangat yerrkkk.. eheh. :P
Lastly,
Selamat berbelanja bagi siapa yang baru merancang perbelanjaan sendiri. (^_^)







Friday, November 9, 2012

Alexandria atau Iskandaria?

Assalamualaikum dan selamat pagi.

   Salam pertemuan di mana aku amat stress sekarang ni. arggh! giler punye serabut. Dari semalam aku x dapat tidur sampailah azan subuh berkumandang. Kawan2 aku sekarang masih sedap dibuai mimpi dan aku tercangak depan laptop ni sambil nak isi masa lapang aku yang terbuang yang sepatutnye aku pun dah dibuai mimpi sekali. Pewh, korang mesti x dapat bayangkan betape bosannye aku baring macam orang sakit selama hampir 5 jam x buat ape2. buka mata. tutup mata. buka mata. tutup mata. 5 jam tu aku patut tido beb !!bukan tercelik. gila macam nak tumbuk diri sendiri.

   Mungkin ini penangan cappucino yang aku minum 8jam yang lalu. Entah berape kepekatan caffein dia pun aku tak tahu. Seriyes aku memang bingit. Pukul 10pagi jap lagi kena bedah katak. gilerr tension. (ok,tak masuk topik! dari aku tercangak membazir mase lagi baik aku tulis blog!)

Alexandria atau Iskandaria?

:D *Tunjuk gigi.

      Alexandria atau iskandaria? heee.. saje jek bagi tajuk entri yang cuak. haha. due2 same jek. Hari ni aku nak hapdate blog pasal lawatan aku ke Alexandria.

       First tempat yang aku pergi adalah citadel @ kubu sultan salehudin al-ayubi. Sama macam dekat cairo hari tu kann? tapi tu kubu lain.. ni lain. Tengok gambar bawah.

Lawa kan kubu dia? btw: nampak cam berwawasan x? ahaks :P

    kat sini, aku beli postcard-5geneh. Postcard yang ade gambar sume tempat perlancongan. hehe.

x buat papepun kat sini. Amik gambar jek. Pastu, next destination!

Naik bas dulu sebelum ke destinasi seterusnya

dan tempatnya adalah......



   Ok. Krik.krik.krik. Aku tak ingat sangatlah ape tempat ni. Tapi yang pasti nama dia medan masjid sebab dia ada 4 ke 5 masjid dalam satu tempat and dekat situ banyaklah makam2 ulama termasuklah makam 3 orang cicit Nabi Muhammad S.A.W.

  Kemudian, kitorang ke Library yang terkenal uwh...library yang besar uwh...dan merayaulah kitorang kat sana..

k, ni aku bajet baca buku. tapi xpown :P

ok, ni pown bajet.

    Memang besawlah library ni. Kalau x percaya: datang tengok sendiri! Pasal aku xde amik gambar luar library. So, aku letak gambar yang aku pergi masa hari lain.





gambar kat atas tu adalah gambar pemandangan luar library alexandria.harap maklum. Sekali masuk library=2geneh aka rm1.

Finally, bye2.

#blog ni banyak gambar aku sebab ini blog aku. HARAP MAKLUM!