Monday, April 7, 2014

Good Things Are Going To Happen


One simple quote to motivate myself.



"Good Things Are Going To Happen"

What motivates you?

Thursday, March 6, 2014

Dentistry Grand Dinner 2014

Ding. Ding.


Dinner Hall. Sory camera gegar sikit. 

Dentistry Grand Dinner;
1 Mac 2014
Saturday
5pm-11pm

Bertemakan Vintage Garden, Dinner pelajar dentistry University Alexandria diadakan di Dewan Malakiyah. 

Pheergh, ramai yang lawa-lawa. Kebanyakannya memang mengikut tema. Even ada student yang macam nampak selalu selekeh/biasa-biasa pergi kuliah pun boleh nampak menawan, Yang memang dah setiap hari Fashionista memang " Da Bomb " lah kan? *dinner kot, xkan nak serabai.

Aku? Biasa-biasa je nok. Gadis normal saje. 

Bila dah tengok sekeliling, ramai kawan-kawan yang lawa. Aku teringat ada seorang kawan aku kata

"Kalau perempuan tu nampak selekeh macam mana pun, dalam hati dia, Dia mesti suka benda yang cantik-cantik and tetap ada keinginan untuk jadi cantik, sebab walaumacammanapun zahir dia, dia tetap seorang perempuan..."-anonymous

Aceh. Seorang kawan yang sangat memahami orang lain. Kalau kau jumpa dia pun, mesti kau cepat selesa dengan dia. Personaliti yang menyenangkan. Anyway, post ni bukan semata-mata nak puji dia sebenarnya. 

tapi nak sampaikan, memang betullah apa dia cakap. Asal judge pompuan ni kasar sikit je, kata tomboy, tak reti nak berhias bla..bla..bla, Walhal, dia pun perempuan. Nak pakai lawa-lawa gak, nak rasa ala-ala pwinnshess jugak.

HAHA.

Komen aku tentang Dinner ni, Okaylah. Best!
Part paling best aku rasa part dia tayangkan Video semua batch. Memang menggamit memori. Lagi-lagi part video, dia tunjukkan gambar-gambar Ex-student sini yang dah pindah Malaysia masa revolusi hari tu. Memang sentimental sekejap. T_T

Lovely Housemate!

Kedua, aku rasa masa dia bagi Dedication Gift. Comelll sangat! Dengan berlatarbelakangkan lagu OST Enchanted: Thats how you know... and ada flower girls pegang kotak berisikan dedication gift. Feeling tu macam ada dekat memoryland.Plus, yang jadi flower girls/boys tu plak batch aku. Memang sedaplah aku ketawakan&bahan orang. Haha. Tapi dorang memang comel pun. Comel sampai nak pecah perut aku ketawa. Hahahahahahaha
Ok. Kidding. Seriously, dorang masa tu memang comel & adorable. 

Ketiga, Part anugerah. Contohnya, Anugerah The Mysterious Girls/Boys; The most lovely person; The most cheerful person; Best Dress; Paling menarik anugerah The Mysterious Girls/Boys tulah. Haha

Okay. Makanan tak sedap-komen terakhir.




Selain daripada cuba untuk mengikuti tema majlis, tidak disangka juga yang aku dapat mengikuti tema wallpaper dewan hotel. -_-

Terima Kasih bagi yang sudi membaca.
So, apa pengalaman manis Dinner korang?







Tuesday, February 4, 2014

100 Doraemon Secret Gadget Expo

Assalamualaikum.



Hai,

Apa khabar semua? Sihat? Harap sihat-sihat aje. Kalau tak sihat nanti aku mintak ubat dari doraemon ya?
Dia dengan aku kamcheng, baru kitorang jumpa 2 Februari lepas. ehhheeee.. 

Aku tak tahulah korang tau ke tak? Tapi sebenarnya aku baru je tahu pasal Expo ni. Aku tak tahu sama ada Expo ni antara hot topic ke tak dekat Malaysia. Hmm,,, Tapi bila aku tengok barisan nak beli tiket punyalah panjang, aku rasa hot topic lah sebab makan masa sejam untuk beli tiket.





Sini biar aku story mory sikit apa je ada dekat 100 Doraemon Secret Gadgets Expo ni, manelah tau ade yang nak pergii. Expo ni mempamerkan gadget-gadget doraemon yang selalu kita tengok dalam TV tu. (well, boleh tau dari tajuk expo ni laa kan?)



and sebenarnya banyak patung watak-watak kartun dalam cerita doraemon and dalam ni memang bergambar jelah. (baca tak pun) and memang PENAT sebab bergambar ditambah lagi dengan kesesakan orang ramai. feewh.. *lap peluh
                                                                                         

Kat sini juga korang boleh bergambar dengan scene-scene menarik nobita dan doraemon.

 Dengan harga RM25, korang semua boleh dapat gambar bersama dengan frame yang bertemakan expo ni.






Lepas sahaja korang penat bergambar, korang akan jumpa bahagian cenderahati sebelum pintu keluar.

Bahagian Cenderahati yang terdapat di Expo ni, 
Di sini juga ada Food Court yang bertemakan Doraemon.

Bagi aku, harga dia tak berbaloi sebab ada makanan seperti Roti Bakar dijual dengan harga RM6. Sedangkan kalau di rumah, boleh dapat dalam 1 buku Roti Bakar. Memang tidak berbaloooi, :/



Gambar bawah ni nama dia Atayaki. Dia macam cream puff/kaya ball. Cuma yang specialnya,adalah dia berbentuk Doraemon. 

Ini Atayaki. 

























So, if ade orang yang nak jumpa doraemon dan mengimbau kembali zaman kanak-kanak korang. Bolehlah pergi ke 100 Doraemon Secret Gadget Expo ni. Saje je luangkan masa kannn??