Friday, July 5, 2013

Day 6: Antalya, Kota Salji

Gambar BAJET menghiasi permulaan entry

Assalamualaikum. Pengembaraan kami diteruskan ke Antalya. Tempat dimana kami bermain salji buat pertama kalinya. Maklumlah, dekat Egypt tak jumpa Salji walaupun musim sejuk. Ada debu jek yang banyak dekat negara Mesir tu. Jadi first time, kitorang sampai and nampak salji, Jantung dah start tachycardia dah, berdegup kencang macam nak terkeluar melalui oesophagus dan terus meloncat ke tanah.

Untuk sampai ke Antalya ni. Kitorang kena ambil shuttle bus ke tempat perlancongan ni. Nama dia tahtali. Actually, untuk naik ke tempat yang ada banyak salji ni. Kitorang naik cable car...erm, sebenarnya...sebenarnya saya isteri dia.. hahaha.. CHOII! sebenarnya kitorang naik telepheric. Dia macam cable car tapi lagi besar....dia macam gini ...

This is Telepheric

Bergambar dengan orang yang control telepheric ni.

Hampir setengah hari kitorang main salji dekat atas tu, macam budak2. Ade jugak try buat snowman tapi tak jadi. Pk senang buat snowman, rupa2nya kena ada bakat jugak. hmm..

Lepas jek puas main salji and badan dah kebas sebab sejuk. Kitorang pun menuju ke stesyen bas balik, untuk ke destinasi yang seterusnya iaitu Cappodocia. 









Day 5: House of Virgin Mary, Ephesus & Pamukkale

House of Virgin Mary
Haloo,
Alhamdulillah selamat sampai di rumah sejak 4 hari yang lalu. Masa lenggang diisikan dengan perkara penting seperti membuat report polis akibat kehilangan IC, Membuat IC baru, Melawat sekolah sambil ambil sijil SPM, and juga menghabiskan lesen kereta yang sudah 10bulan tergendala.

Dengan hasrat yang murni, kali ini akanku ceritakan pengalaman hari kelima aku di bandar Turkey. Harap tidak bosan membaca entry-entry aku setakat ini. Maklumlah, aku ni hanyalah blogger yang baru menapakkan diri di dunia karya alam maya ni.

Our first tour guide.
 Perjalanan dimulakan seawal jam 9pagi. Tour guide kami mengambil kami di hotel (sory, lupa nama dia). Destinasi pertama kami adalah House of Virgin Mary. Disini dikatakan tempat suci Mary and ada gereja. Hmm, Takde yang menarik sangat bagi orang islam cuma nampaklah di mana bercanggahnya agama kami dan mereka setelah mendengar penjelasan tour guide ni tapi kitorang diam je, Lagipun, tengok tempat orang apa salahnya.

Ephesus

Destinasi kedua adalah Ephesus. Disini dikatakan peninggalan bandar greek dan rome lama. Gambar dibelakang itu dikatakan adalah peninggalan library pada zaman dahulu. Our Mr. Tour guide banyak juga cerita pasal kewujudan bandar ni tapi kebanyakannya aku ingat2 lupa. haha. Sorylah otak berkarat lorh..

Jamban

Gambar hok kat atas' tu dikhabo jambe ore dulu2. *kecek kelate pulekk* Ia diperbuat daripada marmar dan cuba bayangkan bila tibanya musim sejuk. Macammane dorang melepas ??? Tour guide kitorang khabo, diorang *yang hok kayo ni* akan bawa dua orang hamba diorang untuk duduk dekat situ and panaskan jamban tu dengan suhu badan hamba2 tersebut dan akan bergilir untuk sentiasa panaskan jamban tersebut untuk tuan diorang. Tapi kesahihan cerita ni tak taulah betul ke tak..tapi menarik bukan?

Pamukkale

Destinasi ketiga kami pada hari kelima adalah Pamukkale. Tempat yang memang lawa. Pamukkale dalam bahasa inggeris maknanya cotton castle. Di Pamukkale ni ada Air panas and actually yang warna putih tu mineral karbonat...erm, senang cerita garamlah kot. Pemandangan di situ memang lawa dan nyaman. Bila dah naik atas tu, ada batu2 juga.

Salam Sayang dari Pamukkale. :)


Gambar diatas tu, gambar masa rendamkan kaki dekat air panas dia tapi sebenarnya takdelah panas sangat. Suam2 kuku jek. Licin tempat ni. Sebelum masuk dah ada signboard "No Shoes Allowed". Yelah, bahaya kot. Tempat ni memang licin. Senang Jatuh.

Rasanya setakat ni sahaja. Ok Bye.







Wednesday, July 3, 2013

Day 4: Izmir

Assalamualaikum, Alhamdulillah baru jek habis sem 2. 30Hb ni balik malaysia. Ngee~ Nampak tak keriangan  hati aku yang melonjak-lonjak setinggi bangunan KLCC ni.
Hmm, Okay. Disebabkan itu, Marilah aku merajinkan diri untuk smbung Travelog Turkey aku ni.
After je kitorang habiskan masa di Bergama. Kitorang amik Shuttle bus ke Izmir. Kos shuttle bus tu 10TL. and walaupun ia hanyalah sebuah shuttle bus. Dia still ada pramugara. Fuwh, memang susah nak percaya. Even dalam shuttle bus pun dapat layanan ala2 naik flight. Hee~ Perjalanan dari Bergama ke Izmir tak delah jauh sangat. Hmm,

Kitorang sampai di satu stesen bas di Izmir. Kemudian, kitorang cari Hotel melalui travel agent. Kitorang cakap kitorang nak hotel yang paling murah and alhamdulillah kitorang dapat hotel yang ok which cost one of us 20TL. Dari koridor hotel tu, pemandangan dia tenang je, macam kampung tapi baratnye style.




Dekat Izmir, kitorang tak buat apa2 sangat pun. Juz lepak2 menunggu ke malam. Lagipun, siangnye tadi kan dah jenjalan dekat Bergama. Mau patah riuk vertebra aku kalau berjalan lagi. Lagipun, kenalah ada rest kan?


Malamnye kitorang berjalan2 sekitar hotel. Banyak kedai sangat kedai tapi malangnya time kitorang jalan2 tu banyak kedai yang dah tutup. Bila dah selesai jalan2, mata kitorang pun mencari kedai makan. Haruslah laparkan, kalau tak lapar tu namanya vampire. Tak makan cuma minum darah manusia je, macam dalam cerita twilight gituwh.. hikhikhik.

Memilih Menu Turkey.

Pemilik kedai ni peramah sangat and maybe excited juga sebab dia macam x pernah nampak orang malaysian sekitar situ. Syok juga berbual dengan dia walaupun perbezaan bahasa memang ketara. Dia belanja kitorang makanan yang aku tak tahulah apa kebenda. And lagi satu, kebanyakan makanan dekat turkey ni berdasarkan yogurt. Hmpph, rasa dia memang taklah ikut lidah malaysia tapi bile2 dah banyak kali try. Lidah ni boleh undergo mutation rase gak. Haha.

Nampak tak yang sos putih tu? Hah.. tu yogurt. Yang warna merah tu pun ada campuran yogurt.

My dinner that day. Yang putih tu, again . Its Yogurt.

Bersama pemilik kedai yang peramah
Ok. Now, Publish to blog.